This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday 28 May 2012

Perangi hawa nafsu satu pengorbanan




 




Peperangan menentang hawa nafsu adalah merupakan satu bentuk pengorbanan yang paling besar untuk membentuk jati diri sendiri dan kemaslahatan umat. 


Perangi hawa nafsu menuntut kesabaran yang tinggi dan ketaqwaan yang teguh dalam mendidik jiwa sentiasa beristiqamah melakukan kebaikan dan menjauhi segala bentuk kejahatan. 


Perkara ini jelas disebutkan di dalam ayat al-Quran, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. 


Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157)
Perangi hawa nafsu adalah merupakan perjuangan yang paling besar. Ia adalah utama dari peperangan mempertahankan diri. 


 




Hal ini bersesuaian dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda pulang dari peperangan Badr, "Kita baru saja kembali dari jihad kecil menuju jihad yang besar. Para sahabat bertanya, "Apa jihad besar itu?, Nabi SAW menjawab, "Jihaad al-qalbi (jihad hati). 


Setiap orang juga berpotensi memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. 


Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu dan kelemahan manusia adalah berpunca daripada godaannya. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti kita akan menempuh kebinasaan. 






Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam ayat al-Quran, “Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesesatan.” (Surah Maryam, 59)




 Kehidupan adalah satu bentuk perjuangan melawan hawa nafsu. Sesiapa yang mampu melawan hawa nafsu, maka Allah akan memberikannya kemenangan dan dipermudahkan segala urusan. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah S.W.T. 


Abu Hamid Imam al- Ghazali menyebut terdapat tiga bentuk perlawanan manusia terhadap hawa nafsu, iaitu Nafs al-Muthmainnah, Nafs al-Lawwamah, dan Nafs al-Ammarah al-Suu’.


Nafs al-Muthmainnah merupakan nafsu yang tenang yang mana ketika iman menang melawan hawa nafsu, sehingga perbuatan manusia tersebut lebih banyak yang baik daripada yang buruk. Dengan kata lain mereka yang mampu menguasai terhadap  hawa nafsunya. 








Manakala Nafs al-Lawwamah ialah nafsu yang gelisah dan menyesali dirinya sendiri. Keadaannya adalah ketika iman kadangkala menang dan kadangkala kalah melawan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut perbuatan baiknya relatif seimbang dengan perbuatan buruknya. Mereka yang sentiasa dalam bertarik tali melawan hawa nafsu. 
Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu. 








Nafsu yang ketiga adalah Nafs al-Ammaarah al-Suu’ iaitu nafsu yang mengajak kepada keburukan. Keadaanya adalah Ketika iman kalah dibandingkan dengan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut lebih banyak berbuat yang buruk daripada yang baik. Mereka inilah yang hawa nafsu sepenuhnya telah dikuasai dan tidak dapat melawannya sama sekali.


Namun, dewasa ini, seringkali kita mendengar berita-berita tentang gejala sosial. Penyakit ini sebenarnya telah menular dalam kalangan masyarakat. Pelbagai kes dilaporkan setiap hari mengenai jenayah yang dilakukan, antaranya kes penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, samun, rogol, bunuh dan pelbagai kes yang melibatkan undang-undang negara. 


Namun persoalannya, mengapa kes seperti ini semakin menjadi-jadi? Sudah tentu masyarakat terbiasa menjadikan hawa nafsu sebagai satu ikutan tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh diri mereka sendiri. 


Perkara ini dinyatakan oleh sebahagian orang bijak "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]


Kehidupan yang berlandaskan syariat mampu menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Perangi hawa nafsu mampu memberi jaminan kebahagiaan kehidupan. Jaminan kebahagiaan ini adalah ditentukan oleh diri sendiri kerana diri sendiri berhak memilih jalan yang harus ditempuh. 
\




Jika jalan yang diambil adalah jalan kebahagiaan di akhirat, maka sudah pasti kebahagiaan dunia akan dapat dikecapi oleh setiap individu muslim. Perkara ini disebut oleh Allah s,w,t di dalam ayat al-Quran, 


“Barang siapa beramal soleh sama ada lelaki dan wania sedang dia mukmin, maka Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik (bahagia) dan Kami akan tunaikan kepada mereka dengan ganjaran mereka yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”(An-Nahl: 97) 


Cerminan hati juga diukur dari sudut ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Hati dilahirkan fitrah dan suci serta menjadi kewajipan kepada hamba-hambaNya mengisi kekosongan hati dengan beribadah kepadanya. 


Pengisian jiwa dengan syariat Islam serta keindahan akhlak Islam mampu mendidik hati melawan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar yang ditegah oleh Allah s.w.t. Setiap muslim harus melaksanakan tuntutan-tuntan Allah s.w.t.. 
Kewajipan ini dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah al-Imran ayat 104, “Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.”





Istiqamah dalam melakukan amalan-amalan kebaikan mampu menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah kebinasaan. Diri mampu terdidik dengan kebiasaan melakukan kebaikan dan merasa akan sentiasa perlu menjaga hati daripada segala bentuk kemaksiatan. 


Istiqamah dalam penjagaan diri dan hati perlu diselaraskan dengan panduan pegangan agama agar kehidupan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah. 


Di dalam surah Hud ayat 12, Allah s.w.t berfirman, “Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”


Kesimpulannya, peperangan melawan hawa nafsu merupakan peperangan yang paling utama keranaia melibatkan penjagaan hati, diri dan iman.  










Setiap Muslim berkewajipan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dengan menjaga anugerah diri dan hati sebaik mungkin. Dengan memerangi hawa nafsu, kehidupan akan mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah. 


Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Mereka bersukacita (bergirang hati) kerana memperoleh nikmat dan kurnia dari Allah. Dan (kerana) sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan ganjaran orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran: 171)




Sumber

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu


KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.


Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.

Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.

"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

"Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.

Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.
(Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis)

"Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau.

Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham?

"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya.

PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

"Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya.

Friday 25 May 2012

Pemuda PAS himpun depan NST desak minta maaf


(Pemuda PAS berhimpun membuat bantahan depan NST hari ini)

KUALA LUMPUR: Hampir 100 Pemuda PAS berarak ke pejabat akhbar New Strait Times (NST) hari ini bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang mendakwa "Nik Aziz bapak kafir".

Mereka medesak agar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang menghina dan melabelkan Mursyidul Am PAS.

Berkata kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS Wialayah Persekutuan, Kamaruzzaman Muhammad menjelaskan himpunan bantahan hari ini dilakukan adalah susulan terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu lepas.

"Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik.

"Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah disiarkan, kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," jelasnya.

Sebelum itu, hampir 100 pemuda PAS berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebagai tindakan membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan.

Tambah Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah akan diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak mahu mengambil tindakkan seperti mana yang kita mahukan.

"Kita akan boikot akhbar kesemua akhbar yang berada di bawah NSTP, dalam pada itu kita akan turut meminta akan syarikat-syarikat pengeluar produk tidak mengiklankan produk mereka di dalam akhbar terbitan NSTP.

"Malah kita akan juga memboikot produk-produk yang diiklankan di dalam akhbar tersebut," sambungnya lagi.

Sementara itu, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewatu ucapannya menegaskan jika NST tidak tampil memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut, "Kami akan datang lagi dan kali ini dengan  lebih ramai lagi."

Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu bersikap biadap serta jijik dan tidak bertanggungjawab.

Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut.

LAPORAN BERKAITAN

Anak menjadi tuan


Jika sebelum ini, kedengaran isu pembuangan bayi sering dijadikan tajuk utama dalam setiap dada akhbar tetapi keadaan seperti ini seolah-olah telah terbalik, ini kerana  terdapat segelintir anak tanpa segan silu sanggup membuang ibu bapa mereka di rumah jagaan orang tua, di perhentian bas dan terdapat juga di hospital kerajaan. Betapa dunia pada masa kini semakin menginjak ke akhir zaman kerana telah banyak anak yang bersikap seperti tuan-tuan besar, semakin hilang kasih anak kepada ibu bapa dan  semakin banyak anak yang telah mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua mereka.

Percaya atau tidak, fenomena seperti ini telah pun berlaku di sekitar kita sejak kebelakangan ini sepertimana kejadian yang dilaporkan di Ipoh pada 12 Mei 2012, yang mana seorang wanita warga emas, Jenice Abdullah, 70,  mendakwa bahawa 10 anaknya yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang professional sengaja berpakat membuang beliau di salah sebuah rumah jagaan orang tua sejak lapan tahun lalu setelah kematian suaminya. Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku gara-gara kesemua Si Tenggang Moden tersebut jijik mencuci najis beliau.

Kejadian yang menyayat hati turut berlaku di sebuah negeri di utara tanah air, Labuan, pada September 2011, kita telah digemparkan dengan kejadian seorang anak derhaka yang sanggup menghalau dan membuang bapanya yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan ditinggalkan di perhentian bas di tepi sekolah dengan keadaan bapanya sehelai sepinggang sehingga terpaksa merempat dan mengharapkan ihsan orang lain. Hal ini kerana dikatakan kehadiran si bapa tidak disukai olah isteri anaknya lalu merasakan kewujudan beliau dirumah tersebut boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Ini jelas terbukti bahawa pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapa sepanjang membesarkan si anak itu langsung tidak dihargai dan dianggap remeh.

Apa yang lebih mendukacitakan lagi, sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sabagai orang Islam sedangkan dalam Islam tidak pernah wujud sifat sedemikian malah Islam sangat mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu meyambung) dan sumpah yang palsu.” –Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654.

Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. yang mana ia merupakan dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Allah S.W.T. berfirman:“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” –al-Nisaa’ (4): 36.

Di dalam ayat ini telah  menjelaskan bahawa Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T. turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik. Dengan erti kata lain, seseorang itu tidak akan dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi die tidak berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya.

Terdapat juga kejadian yang dilaporkan pada 15 Januari 2010 yang mana seorang bapa berumur 60 tahun yang menghidap penyakit buah pinggang kronik telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Ini difahamkan, warga emas tersebut dianggap sebagai beban kepada anak-anak kerana terpaksa menghantar bapanya pada setiap minggu. Akhirnya, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan si bapa tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri Kenangan di Jejawi. Begitulah kesudahan nasib seorang bapa yang malang kerana telah dianggap beban kepada anak-anak yang mana tanpa disedari sebenarnya begitu banyak kasih sayang yang telah dicurahkan oleh si bapa, tetapi sebaliknya, anak-anak tidak pernah mengambil peduli akan tanggungjawab menjaga dan membalas segala apa yang diberikan oleh bapa mereka malah cuba untuk lari dari setiap tanggungjawab yang perlu mereka hadapi.

Sepertimana yang kita tahu, menjaga ibu bapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaannya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya sangat memerlukan bantuan dari anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, mudah terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya dan menyebabkan perbualan mereka dengan seseorang anak itu hilang sabar. Namun, setiap kesukaran dalam menjaga ibu bapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibu bapa mereka dan tetap menjaga dengan baik dalam apa jua suasana, maka sebenarnya mereka telah menempah tiket untuk ke syurga.

Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia, namun mereka masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” –Hadith riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no 2551.

Namun, masih lagi terdapat isu pada Oktober 2010, yang mana kita dikejutkan dengan sifat tidak berperikemanusiaan seramai 9 orang anak yang sanggup menghantar ibu mereka yang lumpuh separuh badan ke pusat jagaan warga emas dengan alasan ibu kuat makan. Lebih menyedihkan lagi apabila wang pencen arwah suami wanita yang berusia 84 tahun tersebut yang sepatutnya menjadi hak beliau turut dikaut oleh sembilan zuriatnya yang derhaka itu pada setiap bulan.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang dizalimi apatah lagi jika doa itu merupakan dari ibu bapa, sudah pasti akan termakbul.

Rasulullah pernah bersabda: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) doa orang tua ke atas anaknya.” –Hadith riwayat Imam al-Tarmizi di dalam Sunnahnya, no: 1828.

Secara realitinya, setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat kesilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.

Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibu bapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggungjawab atas hal ehwal mereka.

Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan


(Debat Khairy dengan Rafizi malam tadi...tetapi Najib yang paling tertekan dengannya)

KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.

Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.

Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan  kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.

Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.

"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik.

"Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara.

Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.

Tuesday 22 May 2012

Politik Islam

Politik Islam (bahasa Arabسياسي إسلامي) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar katasâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha(mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam.



Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :
"Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda :
"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)


Pemikiran politik Islam
Islam merupakan agama yang paling kaya dengan pemikiran politik. Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik, agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan. Tapi keragaman khazanah pemikiran politik Islam itu boleh dikatakan bermula pada pemikiran tentang hubungan agama dan negara.
Bolehlah kita katakan pemikiran para pemikir Islam yang menginginkan pemisahan Islam dan politik sebagai pemikiran politik Islam dan pemikiran yang menghendaki penyatuan Islam dan politik sebagai pemikiran Islam politik. Ini kerana, ketika sejak Revolusi Perancis agama Kristien relatif telah selesai membahas hubungan gereja dan negara iaitu bahawa gereja harus terpisah dari negara. Namun begitu, Islam masih lagi tetap pada persoalan yang satu iaitu penyatuan Islam dan politik sejak zaman Nabi hingga zaman kini

Gerakan politik Islam

Islam sebagai gerakan politik mempunyai sebuah ciri beraneka yang pada berlainan waktu menginkorporasikan elemen-elemen banyak gerakan politik lain, sementara pada waktu yang sama menggunakan pandangan-pandangan keagamaan fundamentalisme Islam, terutamanya pandanganIslam sebagai agama politik.
Suatu tema yang umum pada abad ke-20 adalah pertentangan terhadap perselisihan kaumkolonialisme dan imperialisme, dalam pembentukanEmpayar Turki Uthmaniyyah dan Empayar British (walaupun Empayar Uthmaniyyah itu sendiri adalah gerakan politik Islam). Akhirnya sosialismesebagai suatu viable alternative dengan akhirnya Kesatuan Soviet dan Perang Dingin telah menambahkan appeal gerakan revolusi Islam, terutamanya dalam konteks rejim tidak-demokrasi dan korupsi sepanjang dunia Islam. Islamisme membesar sebagai reaksi pada trend-trend ini, dan sebagai suatu desire untuk membentukkan sebuah kerajaan berasaskan rukun-rukun Islam.
Pada jelasnya, skop politik Islam adalah sangat lebar ia mengencompass apa-apa jenis gerakan revolusi atau parti di mana-mana negara Islam. Invariably, ia bermakna bahawa ia menyampurkan sekali such a variety of gerakan nasionalis, Marxisme dan perkauman yang ia tidak ada lagi kandungan ideologi yang benar. Ciri-ciri satunya beristilah yang ia ada adalah nasionalisme dalam sebuah konteks Islam; tetapi ini dijelaskan secara sedikit. Walaubagaimanapun, dalam kitab al-Quran, tiada apa yang menyatakan bahawa Politik perlu digunakan untuk menubuhkan Islam. Jadi, ia mungkin adalah suatu benda yang bahaya dari pemandangan Islam bahawa seorang mengaplaikan Islam untuk mendapatkan kelebihan politik.



Tunggang motosikal 3 jam datang temui MB




GUA MUSANG:Agak luar biasa kehadiran masyarakat pelbagai kaum pada program penyampaian surat hak milik tanah, dividen Ladang Rakyat dan bantuan sosial  yang diadakan di Dewan Sivik hari ini.

Sebelum ini jarang dapat dilihat rakyat pelbagai kaum termasuk Orang Asal, Cina, India dan Melayu bersama memenuhi dewan dan kawasan sekitarnya sejak pagi lagi.
Lebih 300 masyarakat Orang Asal termasuk yang datang menaiki motosikal selama tiga jam dari Pos Tuil bertolak jam 6 pagi melalui jalan pembalakan sebelum sampai ke jalan raya Lojing – Gua Musang.
Kesukaran itu tidak mematah semangat Zaman Kavi bersama rakan-rakan datang untuk bertemu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berada di Gua Musag sejak malam tadi.
Seramai 140 penduduk termasuk keluarga masyarakat Cina yang tinggal di Kampung Pulai menerima surat hak milik tanah. Mereka meluah rasa begitu gembira kerana impian mendapat hak milik tanah akhirnya menjadi kenyataan.
Ng Nget Fah dari Kampung Pulai mendapat surat milik tanah kebun getahnya seluas 2.5 hektar yang diusahakan sejak berpuluh tahun lalu.
“Tentunya saya rasa gembira yang amat sangat kerana mendapat surat hak milik tanah kebun yang diusahakan keluarga saya selama ini,” katanya sambil menunjukkan geran yang baru diterima daripada Menteri Besar.
Dua keluarga India iaitu Bhaskaran A/L Rengasamy dan R Parimala A/P Ramachandran masing-masing menerima cek sebanyak RM1,000 di majlis berkenaan ekoran kematian ibu mereka yang merupakan peserta program skim Takaful Kifaalah.
Hadir sama pada majlis yang penuh bersejarah itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Che Abdullah Mat Nawi dan Wan Ubaidah Omar.
Turut hadir Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Hussin, Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Hussin dan Penyelia Paloh, Shah Amiruddin dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.
Abdullah melahirkan rasa syukur di atas kehadiran begitu ramai rakyat Gua Musang yang terdiri daripada pelbagai kaum sehingga memenuhi dewan sivik dan kawasan sekitarnya.
“Sokongan rakyat pelbagai kaum begitu hebat sekali. Saya terharu di atas sambutan yang luar biasa hari ini,” katanya pada ucapa mewakili tuan rumah. Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai.
Pada 4 Mei lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga melakukan lawatan kerja ke Gua Musang merasmikan Komuniti 1Malaysia yang diadakan di padang Majlis Daerah Gua Musang. Sehingga hari ini padang tersebut tidak dapat digunakan kerana rosak.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap orang ramai yang mendapat geran tersebut tidak menjualnya kepada orang lain sehingga habis tempoh masa yang ditetapkan kerajaan.
Katanya juga tanah menjadi rebutan rakyat kerana bilangan manusia semakin ramai sedangkan keluasan tanah tidak berubah.
Pada lawatan kerja itu juga sebelah petang Menteri Besar melawat kolam penternakan ikan kelah milik Mohd Saiful Basri Mat Yaakub di Kampung Lepan Jaya.

Polis tanpa jenayah tidak takut sertai PAS, PR





KUALA LUMPUR, 22 Mei: Polis yang tidak terlibat dengan jenayah tidak akan takut untuk menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR," katanya.

Mohamad menyifatkan kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mengenai perkara itu mempunyai pengertian yang sangat mendalam untuk dijadikan iktibar oleh rakyat.

"Menyertai PAS mendedahkan diri untuk menghadapi pelbagai ujian. 

"Kalau seseorang itu terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, kesemua itu akan digunakan untuk mengugut jika bertentangan dengan Umno," katanya.

Dalam ucapan sulungnya selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Fauzi berkata penyertaannya dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Beliau juga berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Serentak dengan penyertaan Fauzi di dalam PAS, Mohamad menjemput presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri agar mengikut jejak langkah Fauzi dan bersama-sama membantu kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

"Sama seperti Fauzi, saya yakin Shafie tidak pernah terlibat dengan jenayah, tidak rasuah dan tidak pernah melindungi gangster dan beliau juga tentulah tidak takut seperti Fauzi," kata Mohamad.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Shafie menyifatkan tindakan Fauzi menyertai PAS "mengkhianati kerajaan".

Sambil menolak pandangan Shafie itu, Mohamad menyifatkan pemikiran presiden PBPM itu sebagai pemikiran typical sebahagian bekas polis.

"Pemikiran mereka seperti telah dibrainwash dan diselewengkan untuk mempercayai Umno itu kerajaan, Umno itu negara dan Umno itu Melayu.

"Sebab itulah bila orang menyertai PAS, mereka menuduh orang berkenaan mengkhianati kerajaan, mengkhianati negara dan sebagainya," katanya.

Hanya anggota polis yang bijak seperti Fauzi sahaja, katanya lagi, yang boleh menolak dakyah menyesatkan sedemikian rupa.

Mohamad juga merasa amat bersyukur apabila Fauzi menjelaskan tindakannya menyertai PAS juga didorong keinginan untuk menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," kata Fauzi kepada Harakahdaily sebelum itu.


Sumber

Paksa tandatangan pinjaman, Anak adu ke Suhakam


KUALA LUMPUR: Pencabulan hak asasi para peneroka berhubung paksaan dalam menandatangani borang pinjaman saham memerlukan perhatian dan tindakan serius Suhakam.

Ini kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab ke atas hak asasi manusia.

Demikian ditegaskan Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman selepas menyerahkan memorandum kepada badan itu, di Menara TH Perdana, hari ini.

Mazlan, dalam aduannya di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen, berkata hak untuk menandatangani borang perjanjian saham itu tertakluk atas diri peneroka itu sendiri.

"Mereka tidak boleh dipaksa jika enggan menandatanganinya.  Itu hak mereka sebagai peneroka.  Atas pencabulan ini kita harapkan Suhakam memberi perhatian serius terhadap perkara ini," kata beliau.

Dalam memorandum tersebut, Anak menyatakan kebanyakan peneroka Felda tidak mendapat gambaran jelas berhubung borang pinjaman saham tersebut sebelum diminta menurunkan tandatangan.

Suhakam, dalam responsnya berkata pihaknya akan meneliti dan menyiasat kandungan memorandum tersebut sebelum membuat sebarang pendirian.

Mazlan yang ditemui selepas penyerahan memorandum itu turut mencadangkan agar Suhakam mengadakan inkuiri awam berhubung isu Felda ini, selain meletakkan isu ini sebagai isu utama dalam agenda Suhakam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya akan menghantar memorandum ke Bank Negara, esok bagi mendesak penarikan semula borang perjanjian saham yang dikeluarkan tujuh buah bank sebelum ini.

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru