Pemberitahuan

Segala Kandungan Dalam Laman Blog Kami Ini Sumber Yang Dari :-

2) http://www.pas.org.my


Translate

Lagu Rasmi PAS

Sunday, 3 February 2013

SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA


1.      Apa yang disebut sebagai “Amanat Haji Hadi” ini sebenarnya adalah strategi jahat UMNO BN untuk memburuk-burukkan Presiden PAS sejak tahun 2001 (yang ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS)  dan kemuncaknya ketika DS Tuan Guru menjadi Menteri Besar Terengganu dengan cara cuba MEMPOTRETKAN DS Tuan Guru sebagai seorang yang “keras” (syadid) dan seorang yang suka menjatuhkan hukum ke atas orang atau pihak lain. Tujuannya jelas, untuk menimbulkan keraguan, ketakutan dan pra sangka buruk orang lain terhadap DS Tuan Guru yang seterusnya berniat untuk melemahkan PAS yang merupakan seteru (musuh) politik UMNO BN.
2.      Realitinya, tidak wujud apa yang disebut sebagai “Amanat Haji Hadi”, melainkan hanya satu lontaran pandangan seorang pemimpin Gerakan Islam (PAS) pada waktu itu melalui Ceramah Umumnya (awal tahun 80-an) yang berkeyakinan bahawa Negara ini telah diurus tadbir dengan (penerusan) sistem penjajah. Tiada “Islah” (reform) terhadap sistem warisan (penjajah) itu. Hatta, Malaysia dan bangsa Melayu itu sendiri  belum benar-benar dimerdekakan dan kedudukan Islam tidak lebih daripada sebagai acara ritual semata-mata seperti doa membuka serta menutup majlis. Selebihnya, Islam, kedaulatan dan kemerdekaan sebenar Negara masih pada kedudukan yang sangat lemah. Ummat Islam seolah tidak bermaya, tiada jati diri dan tiada usaha serta kesedaran untuk memberdayakannya (empowerment) oleh pihak Regim.
3.      Justeru, strategi jahat “melabel” dan “mempotretkan” pihak lawan dengan wajah dan rupa yang mereka (yakni UMNO BN) mahu dan semahunya adalah sebahagian daripadastrategi dan budaya Politik Machiavelli, yang mengamalkan pendekatan “Niat Menghalalkan Cara”. Satu bentuk politik durjana, politik lemah aqal dan miskin hati budi. Lawan kepada politik sebegini adalah Politik Hujjah seperti Debat, Muzakarah, Forum, Wacana atau seumpamanya. Bukan mengkritik seseorang di pentas yang berbeza, tanpa memberikan ruang untuk orang itu menjawab, memberi penjelasan atau membetulkan “fitnah” yang ditokok tambah bagi “menyedapkan” rasa para pembaca atau pendengar. Malaysia dan komunitas Melayu hakikatnya sudah semakin berkembang dan matang, maka usah diamal Politik Penglipur Lara yang digunapakai zaman dahulu kala  ketika teknologi dan sains moden belum mengambil tempat!
4.      Umum tahu, sejak awal tahun 2001, ketika strategi jahat ini dimainkan UMNO BN menjelang PRU11, DS Tuan Guru Presiden telah MENAWARKAN Perbincangan/ Forum/ Muzakarah secara bertamaddun, ilmiah dan terarah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang ketika itu dipengerusikan oleh Datuk Ismail Ibrahim bagi menjawab tuduhan liar dan fitnah jahat UMNO BN, selari dengan tuntutan dan pendekatan Islam. Malangnya, ia dibatalkan pada saat-saat akhir dengan alasan yang tidak munasabah iaitu kononnya ia dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Alasan dangkal lagi  tidak Islamik!
5.      Nah, untuk kesekian kali Regim UMNO BN terpaksa mempolitikkan isu ini guna sebagai“talian hayat”  UMNO. Ingat, UMNO BN mungkin boleh menipu seseorang atau semua orang untuk satu-satu masa dan zaman TETAPI BUKAN seseorang atau semua orang pada setiap zaman!
6.      Menggunakan atau mengulang tayang isu dan strategi jahat “Amanat Haji Hadi” ini menjelang PRU13, Pilihan Raya Umum paling penting Negara hanya memposisikan UMNO BN sebagai sebuah parti yang ketinggalan zaman dan sangat sesuai untuk ditinggalkan oleh semua pihak yang  berhasrat untuk “move forward”, Malaysia Baru dengan jati diri, gagasan idea PAS untuk Mensejahterakan Rakyat Dan Memakmurkan Negara.
7.      Saya percaya, itulah intipati sebenar pendirian DS Tuan Guru Presiden yang ingin dilontarkannya sejak awal 80-an. Begitu futuristik, mandiri dan holistik selari dengan iltizam dan perjuangannya yang kita lihat kini dengan keupayaan menyajikan kepada khalayak rakyat dan ummat sebuah misi Membangun Negara Berkebajikan dan Negara Berkebajikan Teras Perpaduan! Mana mungkin seorang yang cuba dipotretkan syadid hatta kononnya perkauman upaya menggagas misi semurni ini dan nekad merealisasikan perjuangan tinggalan Nabi Muhammad SAW iaitu ISLAM RAHMAT KEPADA SEKALIAN ALAM.
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia
19 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru

Ingatan

Ingatan

Video Pilihan PAS Subang

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More