This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday 6 August 2012

Royalti: Mohon Perkenan Sultan, bincang mesyuarat Exco


Bernama melaporkan bahawa Nik Aziz akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan berhubung penyertaan wakil kerajaan negeri ke dalam jawatankuasa khas yang diumumkan kerajaan pusat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagi tujuan tersebut, beliau akan membawa isu tersebut kepada mesyuarat Exco Rabu ini untuk membincangkan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihaknya.
"Saya sendiri akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda. Hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan," katanya seperti dipetik laporan tersebut.
Kerajaan Pusat telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas untuk mengkaji bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia dalam tempoh enam bulan ia ditubuhkan.

4 cendekiawan Yaman kunjungi Presiden PAS


[Gambar dari kiri; Dr. Ahmad Hassan, Dr. Amin al-Muqbil, Dr. Mutahhar  Ahmad dan Yasser Abduh Saleh. Paling kanan Presiden PAS, melayani para tetamu dari negara Yaman itu]

MARANG: Empat cendekiawan dari negara Yaman mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, di Rusila dekat sini petang Sabtu 4 Ogos bersamaan 15 Ramadhan.

Mereka adalah As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, As-Syeikh Dr. Ahmad Hassan Soleh al-Faqeh, As-Syeikh Dr. Mutahhar Ahmad Muhammad Mahmud dan Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb dari dua buah universiti terkemuka negara Yaman.

Dr. Amin Ali adalah Dekan Kuliah Syari’ah Universiti Al-Iman yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Fiqh Perbandingan.

Dr. Ahmad Hassan adalah Pembantu Timbalan Rektor (Presiden) Universiti Al-Iman Shu’un ‘Ilmi yang mempunyai Ijazah kedotoran dalam bidangTafsir

Manakala Dr. Mutahhar Ahmad merupakan Ketua Lembaga Akademik Universiti Al-Iman yang mempunyai kepakaran dalam bidang Hadith dan Syeikh Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb memiliki Master dalam bidang Fiqh Islami.

Buletinonline di maklumkan para ulama Yaman tersebut menziarahi Ustaz Hadi dalam rangka lawatan kerja mereka ke negara ini di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.

Mereka yang telah berada di tanah air sejak pertengahan Julai sebelum ini menyampaikan beberapa kuliah di Masjid Wilayah Persekutuan dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh ke empat-empat ulamak Yaman tersebut dalam program Dawrah dan Ziyarah 2012 bermula 17 hingga 27 Julai lalu ialah kuliah hadith dan syarah kitab Matan al-Arba'in,  Siyasah Syar'iyah; Syura, Demokrasi & Oligarki serta Adab pemerintah Ahlus Sunnah terhadap rakyat.

Selepas zalimi pelajar, Umno tabur pula fitnah


(Nasrudin dengan ditemani Mohd Nor memberikan sumbangan)

KUALA TERENGGANU: Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.

Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang ‘kononnya’ didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi.

Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju Bersih, ‘tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri’.

Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengharam kan Bersih.

Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.

Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu  ‘terbatal’ kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah  telah menggesa Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir

Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh  sebagai 'haram dan kotor’.

Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah ‘menangguk di air yang keruh’ dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu.

Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu.

[Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pintas Pemuda di Manir pada Mac 2012]

Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan.

Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perbelanjaan Muhamad Hasyim yang menuntut dalam jurusan perubatan.

Menurut laporan, sebanyak RM170,000 daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya.

Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanipulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu.

Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan ‘kesukaran dan kepayahan’ Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN.

Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula ‘blog-blog’ upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit.

Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3,500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat.

“Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,”kata Zaidan.

Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka.

Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT.

Pemimpin gelojoh hambur wang negara jadi muflis

Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut kerajaan segera laksana sistem ekonomi Islam yang menekankan persoalan keadilan sosial dan perbelanjaan yang berhemat.

Dengan meneliti pelbagai ketirisan wang nergara yang sangat tinggi melalui amalan rasuah, mengelak membayar cukai, perbelanjaan kepada projek mega yang tidak perlu dan bukan keperluan sebenar, kaedah perbelanjaaan yang sering tidak mengikut tatacara kewangan negara, anugerah tender yang tidak telus dan tidak memenuhi syarat yang sepatutnya, menuntut suatu pengurusan sistem ekonomi yang lebih terkawal, berhemat dan mengutamakan perbelanjaaan yang perlu sahaja dilaksanakan di negara ini.

Jelas kerajaan sekarang bukan lagi menjadi pengurus  wang negara yang baik bila tahap hutang negara  yang melonjak tinggi kepada lebih RM456 bilion manakala  pengaliran wang haram mencecah RM1 trilion.

Peningkatan hutang kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa amalan pengurusan kewangan mengikut sistem ekonomi sekarang sangat tidak mapan malah bergerak ke arah krisis yang merbahaya.

Kebergantungan perbelanjaan negara kepada wang petroleum Petronas juga sangat tidak mapan kerana ia akan menyebabkan kewangan negara akan sentiasa bergantung kepada sumber yang tidak kekal dan tidak berkelanjutan.

Anehnya pendapatan negara hanya meningkat pada kadar yang rendah walaupun wang petroleum diguna semaksimanya.

Kini didapati Perdana Menteri ghairah mengumumkan peruntukan di hampir semua acara Perhimpunan Rakyat. Setiap kali beliau berucap jutaan peruntukkan diumumkan. Apakah perbelanjaaan itu munasabah dan memenuhi keperluan yang sebenar, tidak dipedulikan.

Sistem ekonomi Islam adalah satu-satunya jalan alternatif yang mempunyai sistem yang mempunyai prinsip dan kaedah pengurusan kewangan yang cukup berdisiplin sekaligus pendidikan gaya hidup yang mapan di kalangan dirakyat.

Sistem ekonomi yang ada sekarang sangat rapuh kerana ia tidak memberi perhatian kepada elemen keadilan sosial dalam erti kata sebenar dan menggalakkan budaya perbelanjaaan membazir.  Sistem yang dilaksana sekarang jauh dari mengutamakan perbelanjaaan yang memelihara keutuhan kerohanian rakyat.

Malah sistem ekonomi yang ada sekarang amat esploitatif dan tidak mengendahkan keperluan masa depan.

Mapim berpendapat aspek kepimpinan ekonomi yang ada sekarang menjadi faktor utama kepada ssitem ekonomi menjurus kepada kebankrapan.

Kerajaan sekarang  hanya memikirkan wang yang perlu dibelanjakan semaksima mungkin asalkan sokongan undi rakyat diperolehi. Kegelojohan pemimpin kerajaan menghamburkan wang tanpa melihat implikasi jangka panjang akan benar-benar mendedahkan negara kepada keadaan muflis.

Namun dalam proses itu ketirisan tetap berlaku bila wang yang sebegitu tinggi mengalir kepada kroni yang membolot kekayaan dengan lumayan.

Pengurusan kewangan dalam ekonomi yang dilaksanakan selama ini mendedahkan negara kepada krisis ekonomi yang parah bila etika dan tatacara perbelanjaan kewangan yang betul tidak dipelihara.

Sesungguhnya Mapim meneliti bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak mempunyai disiplin perbelanjaan yang dapat menyelamatkan negara dari menuju kepada krisis seperti yang berlaku di Eropah.

Sangat jelas semua tanda perbelanjaan negara kini sudah tidak memperdulikan kesan jangka panjang yang akan ditanggung oleh rakyat. Dengan negara menduduki tangga ke 5 dalam isu pengaliran wang haram di dunia, dengan mengekalkan sistem ekonomi yang ada, pastikan akan meletakkan negara sebagai negara yang bakal berhadapan dengan isu muflis.

Mapim menyarankan agar sistem ekonomi Islam berdasarkan syariat dilaksanakan secara menyeluruh bukan sahaja dalam sistem kewangan dan perbankan tetapi dalam seluruh dasar negara.

Penerapan disiplin kewangan dalam Islam hendaklah dilaksanakan dalam semua tatacara perbelanjaan agensi kerajaan, manakala Islamisasi ekonomi mikro dan makro perlu segera dilaksanakan.

Penulis ialah Setiausaha Agung Mapim.

Air .. Kroni ???


(Tan Sri Khalid bercakap kepada pemberita)

SEPANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru Kerajaan Pusat mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat dalam isu air Selangor.

Jelasnya, jika Kerajaan Pusat terus enggan membenarkan penstrukturan semula air seperti yang dicadangkan Kerajaan Negeri, ini bermakna mereka mengutamakan kepentingan individu berbanding rakyat.

“Itu adalah pilihan Kerajaan Pusat samada membuat keputusan untuk keutamaan rakyat atau terus berkeras meneruskan Langat 2 demi mengkayakan kroni mereka dan membebankan rakyat.

“Daripada keputusan itu juga, rakyat sudah tentu dapat menilai siapa yang lebih utama di mata Kerajaan Pusat,” jelasnya dalam satu sidang media selepas Majlis Pemberian Hak Milik Individu kepada penduduk Taman Murni di sini pagi tadi sebagaimana yang dilaporkan media Selangorku.

Sebelum ini, Kerajaan Pusat menerusi menteri kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Datuk Seri Noh Omar mendakwa Selangor akan berhadapan dengan krisis air jika projek pemindahan air Langat 2 tidak diteruskan di Selangor.

(Gambaran kartunis AMN terhadap isu Langat 2)

Akan tetapi Kerajaan Selangor berpendirian bahawa masalah bekalan air terawat adalah berpunca daripada kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menguruskan pembekalan dan pengagihan.

Kerajaan Negeri hanya akan meluluskan Langat 2 jika ia dapat mengambil alih operasi air terawat daripada Syabas.

Tetapi ini ditentang oleh Kerajaan Pusat yang mahukan Langat 2 walaupun ia akan menelan belanja RM 6 bilion.

Abdul Khalid juga mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Kah Fui kepada forum air Selangor bagi mendengar penerangan berkenaan status bekalan air.

“Saya menjemput Datuk Seri Peter Chin untuk memberi penerangan di dalam forum air yang Kerajaan Negeri anjurkan nanti.

“Kita sudah menghantar surat jemputan tapi setakat ini tiada sebarang balasan daripadanya dan itu memang itu sudah biasa berlaku,” sindir beliau.

Kerajaan Negeri akan mengadakan forum di seluruh peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula Selasa ini khusus bagi menjelaskan kepada rakyat Selangor tentang isu air.--Selangorku.

Saya sokong Islam - Farah Asyikin

GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat. 

Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.

Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.

Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin(gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab. 

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian. 

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini.  

Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?

"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru.  Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu. 

Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus. 


Detik-detik penghijrahan


Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan 
menghanyutkan dirinya. 

"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.

Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2. 

Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.

"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.

"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata. 

Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.

"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya.  

Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya. 

Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.

Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana  diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.

"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.

Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.

Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.


Sumber

NFC dan Sharizat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mula mendengar kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.


(Rafizi dan Zuraidah ketika bercakap kepada media selepas perbicaraan)

Perbicaraan yang bermula hari ini telah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubung dakwaan kontroversi beliau dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat dalam keterangannya sebagai saksi utama berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam NFC Holding dan tidak tahupun suaminya membida projek itu.

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 10 Ogos ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubungan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal NFC.

Kes saman RM100 juta ini dikemukakan oleh Shahrizat berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang telah didedahkan oleh kedua-dua pemimpin dari PKR itu.

Sementara itu, Rafizi yang ditemui selepas perbicaraan menyatakan keterangan yang dilakukan oleh Shahrizat hari ini sudah dijangkakan dan tidak mengejutkan beliau.

"Kita telah nenjangkakan keterangan yang beliau berikan hari dan ia tidak mengejutkan kita.

"Kita tunggu pada Jumaat ini bagi memulakan soal balas dari pihak peguam berhubung keterangan yang dilakukan nanti," jelasnya.

Tambah Rafizi lagi, kenyataan yang diberikan oleh Shahrizat hari ini menunjukkan beliau dan Zuraida adalah pemilik kepada media di negara ini yang boleh mempengaruhi seluruh rakyat Malaysia.

"Gambaran yang diberikan olehnya menunjukkan kami berdua telah berjaya mempengaruhi rakyat di negara ini melalui sebaran media.

"Seolah-olah kami ini pemilik Utusan Malaysia ataupun TV3, begitu jauh andaian yang diberikan olehnya," sambungnya.

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu keterangan Shahrizat hari ini lebih kepada latar belakang beliau bagi menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang baik.

"Penceritaan latar belakang yang kemas dan apa yang kita harapkan penceritaan yang kemas ini mempunyai keputusan sebaliknya," kata Zuraida.

Pihak defenden, Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh manakala Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri.

Shafie Abdullah pula bertindak sebagai peguam yang mewakili Shahrizat sebagai plantif.

Sebelum itu pada 19 Januari yang lalu Shahrizat telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau berhubung projek NFC.

Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida telah memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan bekas menteri tersebut.

Sementara itu turut hadir memberi sokongan adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan juga beberapa exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kamar mahkamah hari ini dipenuhi dengan penyokong PKR yang turut hadir dalam memberi sokongan.

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru