This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, 7 April 2012

Ugutan......


Ugutan bunuh: Pakatan Melaka cabar Ali Rustam





MELAKA, 7 April: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Melaka mencabar Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan pendirian terhadap tindakan seorang pemipin Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil yang membuat ugutan bunuh terhadap seorang penduduk di Bukit Baru Dalam.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata, ugutan tersebut merupakan suatu perkara yang serius dan menggambarkan bahawa Umno sudah tidak mampu untuk berdepan dengan PAS dan PR secara profesional.

"Ketua Menteri mesti memberikan kenyataan tentang isu ini.
"Keduanya Umno mesti bertanggungjawab dengan semua isu keganasan politik seperti ini.

“Dan ketiganya polis mesti bertindak segera dan tidak mendiamkan diri sahaja berkaitan isu sebegini kerana banyak laporan dibuat menjadi hambar dan tiada tindakan yang diambil," ujarnya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata sebagai Pengerusi Umno Negeri Melaka dan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Mohd Ali Rustam mesti bertanggungjawab dan menyatakan pendirian berhubungan insiden tersebut.

"Kita cabar Ali Rustam supaya nyatakan pendirian berkaitan kes ini kerana ianya sangat serius melibatkan unsur-unsur jenayah.

"Dia tidak boleh berdiam diri kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat dan keharmonian penduduk di situ," ujar Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri.

Beliau mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya ianya tidak berulang lagi.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan laporan bahawa seorang rumah yang tidak mahu namanya disiarkan telah membuat laporan polis bersama Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab.

Ini ekoran tindakan 3 lelaki yang dipercayai pimpinan Umno dan penyokong Umno Cawangan Bukit Baru Dalam yang datang mengugut beliau dan suami beliau kerana memasang bendera PAS pada rumahnya yang disewa menjadi Markas PAS.


Tonton

Task Force: Mahfuz sedia beri kerjasama Suruhanjaya Diraja KUALA LUMPUR, 5 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan dakwaanya wujud task force dalam masa yang sama beliau bersedia mendedahkan butiran terperinci kepada Suruhanjaya Diraja nanti. Beliau juga bersedia membantu Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk untuk meneliti semua dakwaannya berhubung wujudnya 'task force' untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Sumber Bertulis

Mesti Tonton

Lihat , Dengar dan Fahamilah Penyanyi, Aishah berkongsi pengalamannya di Program 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak - 4 April 2012

Duduk Bantah


Jika pemimpin ditangkap rakyat tetap berhimpun

Abdul Aziz Mustafa,07 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 7 April: Jika pemimpin ditangkap sekalipun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) yakin rakyat tetap membanjiri ibu kota dan tempat-tempat lain menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Dalam keadaan serba ketakutan setelah Bersih 2.0 dahulu mengakibatkan imej (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) merudum, saya yakin kerajaan Umno akan memperalatkan habis-habisan polis dan lain-lain pihak berkuasa untuk mematahkan perhimpunan Bersih 3.0 itu," kata beliau.

Beliau menjangkakan, sama seperti menjelang perhimpunan Bersih 2.0 lalu, para pemimpin parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan ditangkap dengan harapan untuk menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun.

"Tetapi, walaupun hampir semua para pemimpin tertinggi ditangkap awal-awal lagi ketika perhimpunan Bersih 2.0 belum pun bermula, rakyat tetap membanjiri Kuala Lumpur berhimpun menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Berhimpun tanpa pemimpin.

"Lautan manusia berhimpun di KLCC dan di pelbagai tempat di Kuala Lumpur.

"Kebangkitan itu hampir 100 peratus kebangkitan rakyat, tiada pemimpin tertinggi dan itulah sebabnya para pemimpin Umno 'kencing di dalam seluar' mereka," kata Mohamad.

Antara begitu ramai pemimpin tertinggi yang ditangkap sebelum perhimpunan Bersih 2.0 dahulu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Mohamad sendiri dilanggar sebelum diseret ke dalam lokap malah beliau terpaksa menjalani pembedahan selepas itu akibat dilanggar.

Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku, Mohamad yakin lebih ramai rakyat yang akan membanjiri Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain pada perhimpunan Bersih 3.0 hujung bulan ini.

"Hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).

"Dalam pada itu muncul semakin banyak bukti mengenai kewujudan 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti," katanya.

Semua itu, kata Mohamad, menjadi pemangkin dan pendorong kebangkitan rakyat tidak kira ada pemimpin atau tidak ada pemimpin.

"Tangkaplah pemimpin mana sekalipun, ia tidak akan dapat menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih," tegas beliau.

Mohamad memberitahu, beliau memang mengimpikan kebangkitan tanpa pemimpin di negara ini.

"Di dalam ceramah-ceramah saya, selalu saya menyatakan impian saya untuk melihat kebangkitan tanpa pemimpin seperti yang berlaku di Mesir sehingga tergulingnya Hosni Mubarak.

"Kebangkitan itu tidak digerakkan oleh mana-mana pemimpin parti politik tetapi dicetuskan oleh anak-anak muda aktivis rakyat seperti Wail Ghonim," katanya.

Beliau juga yakin selagi lapan tuntutan Bersih ditunaikan, rakyat tetap berhimpun dan berhimpun.

"Selepas Bersih 3.0, akan ada Bersih 4.0, Bersih 5.0, Bersih 6.0 dan seterusnya dan seterusnya selagi pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil," tegas beliau.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Sumber

Wednesday, 7 March 2012

Selangor akan dedah tender runding terus

SHAH ALAM, 7 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membentangkan dokumen-dokumen yang melibatkan pemberian tender secara rundingan dari tahun 2006 hingga 2010 agar rakyat tahu keadaan sebenar.


Beliau berkata, dokumen-dokumen ini akan dibentangkan dan dibincangkan pada persidangan Dewan Negeri Selangor untuk mendapatkan kelulusan sebelum disiarkan kepada umum. 


Persidangan tersebut akan bermula 19 Mac sehingga 23 Mac ini dan akan dirasmikan Sultan Selangor, Tuanku Saifuddin Idris Shah.


Proses pembentangkan tersebut katanya perlu mengikut prosedur kerana dokumen berkenaan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang memerlukan kelulusan dewan negeri sebelum disiarkan kepada umum.


“Kita mengutamakan ketelusan dalam pentadbiran dan kerana itulah kita akan bentangkan dokumen-dokumen tender supaya rakyat tahu dan membuat penilaian terhadap keputusan-keputusan yang kita buat, ” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.


Menurutnya, pemberian tender secara rundingan bukanlah sesuatu yang baharu dan telah diamalkan oleh Barisan Nasional sekian lama dan adalah amat pelik mengapa pembangkang di Negeri Selangor sekarang berubah pendirian.


Adakalanya juga terdapat kes tertentu yang memerlukan kerajaan negeri memberi projek atau tugasan secara terus dalam keadaan kecemasan, jelasnya.


“Sebagai contoh apabila kejadian tanah runtuh, kita perlu melantik juru perunding seperti IKRAM untuk menyiasat tahap keselamatan dengan segera.  


"Dalam keadaan sebegini, kita tidak perlu meminta sebut harga. Tindakan ini tidak bercanggah dengan prosedur SPRM kerana telah mendapat kelulusan Exco dan Pegawai Kewangan Negeri,” katanya.


Sumber Sohih 

Saturday, 19 November 2011

Apa Makna Audit Negara?



Generasi awal Islam meneriman pendidikan Ilahi daripada Rasulullah S.A.W sepanjang hayatnya dalam semua aspek ibadah, cara hidup bermasyarakat dan berpolitik. la adalah amalan manusia yang dimasukkan dalam perhitungan baik dan jahat, adil dan zalim, seterusnya dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat. Apabila seorang yang ditugaskan ke suatu wilayah, pulang membawa hasil pungutan harta zakat dan cukai, lalu menyerahkannya kepada Rasulullah S.A.W dengan menyatakan, "Ini semua adalah tugas saya memungutnya dan ini pula diberi hadiah kepada saya", dengan murka Rasulullah S.A.W bersabda, "Adakah sekiranya kamu berada di rumah ibu dan bapa kamu tanpa menjalankan tugas ini, maka hadiah ini diberi juga kepada kamu?"

Kemudian Rasulullah S.A.W keluar ke masjid menyampaikan ucapan mengingatkan semua yang bertugas dalam urusan umat, supaya berwaspada menerima hadiah yang diberi kerana jawatan, kerana ada unsur rasuah yang menjadi harta dan rezeki haram, bukan kerana hadiah sebenar secara ikhlas.

Ketika Rasulullah S.A.W uzur sebelum wafatnya, dipapah ke masjid bagi menyampaikan amanat terakhir, antaranya Baginda menegaskan, "Sekiranya ada kalangan kamu yang aku jatuhkan maruahnya sila datang dan lakukan hukuman terhadapku, sekiranya ada yang aku ambil hartanya sila nyatakan supaya aku menggantinya".

Apabila Islam mendapat kemenangan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab R.A, beliau berjaya menumbangkan dua kuasa besar yang kaya dan zalim iaitu Rom dan Parsi, maka banyaklah harta peninggalan dua kerajaan yang paling kaya itu menjadi milik negara. Lebihan daripada harta yang dibahagikan mengikut keperluan penduduk daerah yang wajib diberi dengan adil, dibawa ke Madinah, pusat kerajaan Islam pada masa itu, supaya dibahagikan kepada pihak yang lain pula antaranya kain untuk pakaian, yang dikira harta sangat bernilai padazaman itu. Kain yang banyak diagihkan kepada penduduk Madinah.

Setelah beberapa hari Umar keluar ke masjid dengan pakaian baru lalu menyampaikan ucapan, "Dengar dan taatlah!". Baru sahaja beliau menyampaikan mukadimah, tiba-tiba seorang di kalangan yang hadir menyampuk, "Kami tidak mahu".

Khalifah Umar bertanya, "Mengapa?". Orang itu menjawab, "Daripada mana kain diambil untuk baju yang kamu pakai ini? Kerana mengikut setiap orang yang mendapat bahagian kain semalam, tidak cukup untuk baju yang besar seperti kamu?" (Umar berbadan besar dan tinggi).

Lalu Umar meminta anaknya Abdullah memberi penjelasan. Abdullah menjawab, "Saya berikan kain bahagian saya bagi mencukupkan baju yang ayah saya pakai".

Khalifah Umar diaudit oleh seorang rakyat biasa, bukan Ketua Audit Negara kerana sehelai baju yang dipakai dan diragukan mengambil secebis kain yang diambil secara tidak jujur dalam pembahagian harta, yang boleh dibahagi dan Khalifah juga berhak mendapat bahagiannya.

Apabila seorang raja menghadiahkan kalung perhiasan berharga kepada isteri Khalifah Umar al Khattab R.A (Ummu Kalthum binti Ali bin Abi Tolib), Umar terus meminta isterinya menyerahkannya kepada Baitu al Mal (Perbendaharaan Nagara).Begitu juga Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada zaman kerajaan Muawiyyah meminta isterinya (Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan) supaya menyerahkan permata berharga yang dihadiahkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan (ayahandanya) ketika perkahwinannya, sebelum Umar bin Abdul Aziz menjadi Khalifah. Hadiah itu dikembalikan kepada Baitul Mal kerana Umar bin Abdul Aziz menganggapnya ia boleh menyalahgunakan harta negara

Inilah contoh generasi awal yang menjadikan kedudukan mereka dalam kepimpinan adalah amanah, bukan sahaja amanah daripada rakyat malah lebih besar daripada itu ialah amanah daripada Allah, yang diisytiharkan sejak mencipta manusia pertama Nabi Adam A.S, bapa kepada seluruh manusia, bahawa memerintah negara adalah amanah paling besar disenaraikan selepas beribada kepada Allah.

Apa yang berlaku menunjukkan Islam mendahului demokrasi Barat, memberi hak kepada rakyat dan wakil rakyat bahkan semua pihak dalam negara melakukan muhasabah terhadap kerajaan dan pemimpin di semua peringkat. Dalam negara demokrasi moden diambil amalan ini, apabila dilantik Audit Negara, audit bebas, dalam dan luar dengan telus melakukan muhasabah, tidak cukup dengan Jabatan Audit Negara.

Parlimen dan media boleh mendedahkan segala penyelewengan harta rakyat dan negara seluruhnya. Rakyat pula diberi hak yang sama dan menjadi hakim melalui pilihan raya yang adil, bebas dan bermoral sehingga rakyat boleh menghukum dengan menjatuhkan pemimpin itu melalui pilihan raya setelah mendengar hujah pemimpin dan rakyat, tanpa apa-apa tekanan, ugutan dan sogokan. Bahkan ada pemimpin yang berundur sebelum pilihan raya kerana menjaga maruah diri dan mendedahkan diri untuk disiasat walaupun yakin tidak bersalah.

Di negara Malaysia yang tercinta ini, setiap tahun kita membaca Laporan Audit Negara yang telah menjalankan tugas dengan terperinci dalam laporannya. Di samping tersurat, ada juga dikatakan tersirat dengan banyaknya, tersebarnya berita cincin berjuta harganya dan berbagai-bagai cerita habuan kemewahan dan pembelian kemewahan, menggunakan kedudukan dan pangkat. Semuanya tidak ada penjelasan seperti anak Khalifah Umar yang boleh dijawab dan didengar oleh rakyat, atau tindakan berani Khalifah sendiri terhadap diri dan keluarganya. Tidak juga seperti di negara yang benar-benar menghayati deraokrasi.

Keadaan ini berlaku kerana Laporan Audit Negara sekadar dibentang tanpa apa-apa tindakan selepasnya, laporan media kalau ada hanya sekadar bacaan cerita tanpa susulan atau menjadihikayat yang menarik dibaca untuk hiburan. Rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil kerana badan kehakiman rakyat melalui pilihan raya tidak mampu mengendalikan urusan pilihan raya yang adil, walaupun dibekalkan dengan teknologi maklumat yang dikatakan paling canggih daripada negara maju dan ekonominya tidak terjejas dengan ribut taufan yang melanda ekonomi dunia.

Seolah-olah Malaysia tidak berada di alam dunia yang bulat berpusing. Media di sini kaya dengan laporan maklumat sebelah pihak dan terlalu bakhil untuk melaporkan golongan yang mengkritik kerajaan BN yang memerintah, ada pula kesalahan yang dilindungi undang-undang kerahsiaan, walaupun menjadi penyakit yang membarah. Seterusnya Laporan Audit Negara hanya menjadi bacaan, adapun yang tersirat semuanya menjadi cerita yang tidak berkesudahan. Sehingga orang yang dahulu mati dan yang masih muda dimakan usia.

Setelah cerita yang terdahulu diletak dalam lipatan sejarah hitam negara tanpa pemutihannya, timbul pula cerita baru, bantuan tidak sampai kepada sasaran setelah stadium runtuh, jambatan rebah, kuda lumba harga terlalu mahal dan sebahagiannya tidak dapat berlumba, bilik komputer runtuh, komputer terlalu mahal, beli senjata hanya untuk tayangan hari kemerdekaan tetapi tidak mampu mempertahankan negara dan banyak lagi yang tidak tersenarai dan cerita kebocoran harta negara yang disimpan menjadi rahsia dan tidak muncul di alam nyata.

Semua perkara berlaku begitu rupa kerana memperkecilkan amanah dan tiada maruah diri. Pepatah menyebut, "Sekiranya tidak ada rasa malu, buatlah apa sahaja". Lebih malang bagi negara apabila kemungkaran berlaku, banyak orang menjadi syaitan bisu.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidah dan sekiranya tidak mampu hendaklah benci dalam hati, inilah selemah-lemah iman".

Laporan Ketua Audit Negara dan teguran terbuka adalah mencegah dengan lidah. Kebencian dalam hati adalah tidak menyokong lagi pemimpin yang dibejati mungkar. Kita menunggu tindakan undang-undang oleh mereka yang mencegah kemungkaran dengan tangan atau mereka juga tidak berkuasa kerana tangannya lesu, tiada pemisahan kuasa dalam sistem pemerintahan negara. Pentadbiran dan penguatkuasaan bergerak mengikut kehendak tangan ghaib yang berada di belakang atau tangan terdedah digerakkan oleh jasad yang tidak ada rasa malu sedikitpun kerana tiada harga diri seorang manusia yang sebenar, tanpa maruah dan tanpa kepercayaan kepada adanya hari pembalasan, di kala mulut terkunci dan anggota yang tidak bermulut akan bercakap mendedahkan segala-galanya.

Akhirnya Rasulullah S.A.W memberi amaran, "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran, atau kamu diam sahaja, maka Allah timpakan bala bencana orang-orang yang jahat memerintah kamu dan doa orang-orang yang baik tidak diperkenankan oleh Allah".

Atau sudah berlaku laksana cerita penglipur lara yang mengisahkan cara mengalahkan seekor beruk garang dengan memberinya tiga biji telur, dua biji supaya dipegang oleh kedua-dua belah tangan, sebiji bagi diletakkan ke dalam mulut, menyebabkan beruk itu kaku tidak dapat bertindak kerana sayang melepaskan telur yang digenggam dan mulut juga tidak dibuka kerana menjaga telur yang dikemam

Jangan pandang remeh rakyat alami masalah mental

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Lebih 5 juta rakyat Malaysia dijangka mengalami masalah mental atau gila dalam jangka 5 tahun lagi disebabkan pelbagai faktor.

Kajian tersebut dibuat oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang turut disiarkan di dalam blog kementerian terbabit dan beberapa blog media tempatan.

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kajian bahagian itu menunjukkan mereka yang berpotensi menjadi gila dalam jangka masa itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak yang dianggarkan 20 peratus termasuk lelaki dan perempuan.

Menurut beliau, manakala selebihnya terdiri daripada golongan dewasa yang dianggarkan sebanyak 11.2 peratus iaitu 3.3 juta orang termasuk lelaki dan wanita.   

Katanya, kajian tersebut dikeluarkan pada 14 November lalu dan berdasarkan kajian itu jelas menunjukkan Malaysia sedang menuju keadaan yang tidak rasional menjelang tahun 2020. 

"Tetapi kita amat kesal kerana pihak Kerajaan BN sehingga kini masih memandang sebelah mata perkara itu dengan tidak melakukan langkah-langkah yang komprehensif dan konkrit bagi mengatasinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan laporan Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, menurut beliau, bilangan rakyat Malaysia yang telah menjadi gila sehingga akhir tahun 2010 berjumlah 2,220 orang. 

Katanya, jumlah tersebut sepatutnya semakin berkurangan, tetapi anggaran kajian itu menjelang tahun 2020 ternyata semakin meningkat dengan angka yang amat membimbangkan.  

"Menyedari perkara itulah saya telah membangkitkan persoalan mengenainya pada persidangan Dewan Rakyat pada 15 November lalu, tetapi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan ternyata jauh menyimpang," katanya. 

Pada persidangan Dewan Rakyat 15 November lalu, pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh beliau meminta Menteri Kesihatan menyatakan penyelesaian pihak kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara. 

"Antara faktor yang boleh dikenalpasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Jadi apakah kementerian mempunyai rancangan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang telah dikenalpasti berisiko tinggi?" katanya. 

Timbalan Menteri Kesihatan, jelasnya, tidak pun menjawab pertanyaan beliau itu, sebaliknya mengatakan mereka yang menjadi gila disebabkan pengambilan alkohol, manakala orang gila terbabit dengan pembunuhan dikatakan amat kecil disebabkan berjaya dikawal dengan rawatan dan perubatan, berbanding penagih alkohol.

Menurutnya, berdasar jawapan itu jelas menunjukkan pihak Kerajaan BN atau Kementerian Kesihatan tidak mempunyai perancangan yang komprehensif atau menyeluruh dan konkrit atau kemas bagi mengatasai masalah itu.

"Sedangkan menurut kajian pelbagai pihak, seseorang yang berisiko menjadi gila itu bukan sahaja kerana faktor keturunan, tetapi juga stress yang berpunca dari pelbagai faktor termasuk kegagalan dalam peperiksaan, rumah tangga dan dalam hidup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. 

Untuk mengatasi masalah itu, pihak Kementerian Kesihatan, tambahnya, sepatutnya mengambil langkah-langkah yang komprehensif dan secara bersepadu dengan turut melibatkan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Kementerian Wanita, Masyarakat dan Keluarga.

Katanya, selain itu, pihak Kerajaan BN juga sepatutnya turut menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mencegah dan merawat mereka yang berisiko menjadi gila, termasuk menerusi kaedah-kaedah lebih berkesan terutama melibatkan aspek agama. 

"Namun kesemua itu ternyata tidak dilakukan bagi mengatasinya. Malah setelah dikenalpasti berpunca dari alkohol, tidak pula dilakukan langkah yang sepatutnya bagi mengatasinya," tegasnya. 

Beliau juga kesal kerana pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang berisiko menjadi gila sehingga kini tidak ditambah dan hanya berjumlah 0.08 peratus atau 228 orang sahaja. 

"Dengan langkah-langkah pencegahannya yang tidak komprehensif dan tidak konkrit, apakah yang mampu diharapkan oleh rakyat negara ini kepada pihak Kerajaan BN bagi mengatasi masalah itu," ujar beliau kesal.


Sumber Sohih

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru