Tuesday, 14 June 2011

Kembalikan RM594 juta wang Yayasan Selangor

AMPANG, 14 Jun: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa agar Perdana Menteri membuktikan kata-katanya supaya segera mengesan semula RM594 juta dan 50 unit kondominium milikan Yayasan Selangor yang 'hilang' sewaktu pentadbiran Umno Selangor sepanjang 1991 hingga Mac 2008.
Ini ekoran sesi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Ampang dua hari lalu ada mendakwa bahawa kononnya pentadbirannya sentiasa telus dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, sebanyak 15 projek dan 10 syarikat telah dikenal pasti sebagai punca ketirisan mega itu berlaku.
Katanya, kehilangan RM594 juta itu adalah suatu yang amat serius kerana ianya melibatkan dana awam dan wang pembayar cukai rakyat di negeri Selangor.
Tambahnya, pihak yang bertanggungjawab harus segera dibawa ke muka pengadilan kerana wang rakyat harus segera dikembalikan.
“Maka, andai benar Perdana Menteri mahu membantu rakyat seperti yang didakwanya, saya menggesa agar beliau bersedia menggunakan kuasanya, walau dengan apa cara sekalipun, supaya RM594 juta dan 50 unit kondominium milik Yayasan Selangor dapat dikembalikan semula, seterusnya dapat diagihkan untuk program pembangunan dan kebajikan rakyat, khususnya di Selangor,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru