KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya sekali lagi diganggu oleh NGO pro-Umno selepas diserang menggunakan telur, kayu, batu dan kon plastik pada 11 Mac lalu.
Motif gangguan yang bermula sekitar jam 3.00 petang itu dipercayai sama dengan serangan terdahulu iaitu menuntut Naib Presiden PKR, Tian Chua memohon maaf kerana dikatakan menghina pasukan keselamatan dalam insiden di Lahad Datu.
Bantahan tersebut disertai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai).
Kira-kira 30 ahli NGO berarak ke bangunan pejabat sambil membawa kain rentang mengutuk Tian Chua dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka turut melaungkan 'Hancur PKR', 'Runtuh PKR' dan 'Hancur Tian Chua'.

0 comments:
Post a Comment