Wednesday 10 April 2013

Persada sedia bantu Husam ambil Putrajaya


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor & Kuala Lumpur (PERSADA) mengalu-alukan langkah PAS mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi P125 Parlimen Putrajaya pada PRU nanti.

Menurut Setiausaha Agong Persada, Razali Mat Ail pencalonan Husam dilihat sebagai satu pengiktirafan yang tinggi kepada ketokohan dan keterampilan beliau.

Katanya, Husam telah mempamerkan rekod yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan dan organisasi sebagai anggota exco kanan dan Naib Presiden Pas.

Tambahnya, Husam diyakini mampu memikul tugas dan amanah jika terpilih mewakili Parlimen Putrajaya berdasarkan rekod lampau beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini.

"Kami juga menyeru kepada seluruh pengundi Putrajaya khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya menilai dan meneliti keupayaan, kemampuan dan sumbangan Husam sepanjang kariernya dalam politik dan kerajaan, seterusnya memberikan kepercayaan dan undi kepada beliau," katanya.

Persada juga akan mengambil langkah membantu Husam menawan Putrajaya dengan menggerakan jentera kempen mereka secara aktif.

Persada juga menyeru anak-anak Kelantan diperantauan untuk bersama mereka bagi memastikan kemenangan kepada Husam yang merupakan kebanggaan anak Kelantan seluruhnya.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding di kerusi parlimen antaranya Husam Musa di Putrajaya, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu di Pendang, dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing di Pokok Sena dan Pulai.

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru