This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday 9 May 2011

Peta Pejabat Utama PAS Pusat


Image

Ahli Parlimen PAS sesi 2008-2012

Ahli Parlimen PAS sesi 2008-2012PDFCetakEmel
Ditulis oleh mujahidah   
FRIDAY, 09 Mei 2008 19:40
Pada Pilihanraya ke 12, PAS menang di 23 kawasan Parlimen daripada 66 kawasan. Sembilan di Kelantan, Satu di Terengganu, Dua di Perak, Satu di Wilayah Persekutu Kuala Lumpur, Enam di Kedah dan Empat di Selangor.
  1. Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menang di Marang mengalahkan Calon BN, Ahmad Ramzi bin Mohamad dengan majoriti 2,747. Tuan Guru Abdul Hadi memperolehi 33,435 undi manakala Ahmad Ramzi memperolehi 30,688 undi.
  2. Image
  3. Haji Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS menang di Bachok mengalahkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti 2901 undi. Ustaz Nasharudin memperolehi 28,835 undi manakala Dr Awang Adek memperoleh 25,934 undi.
  4. Image
  5. Dato' Kamarudin Jaffar, Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki dengan majoriti 9,377. Dato’ Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyrah memperoleh 27,337 undi.
  6. Image
  7. Salahuddin Haji Ayub, Ketua Dewan pemuda PAS Pusat menewaskan pencabarnya dari BN, Abdul Ghani bin Mamat dengan majoriti 10,642 undi. Salahuddin memperoleh 27,179 undi manakala Abdul Ghani memperoleh 16,537 undi.
  8. Image
  9. Mahfuz Haji Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat juga turut menang di Pokok Sena menewaskan Calon BN, Abdul Rahman Ibrahim dengan majoriti 5731 undi. Mahfuz memperolehi 29,687 undi manakala Abdul Rahman memperolehi 23,956 undi.
  10. Image
  11. Dr Mohd Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat beralih angin ke Kuala Krai, Kelantan menewaskan Calon BN Che Musa bin Che Omar dengan majoriti 4,984 undi. Dr Hatta memperolehi 23,562 undi manakala Che Musa memperolehi 18,578 undi.
  12. Image
  13. Dato' Ab Halim bin Ab Rahman turut mengekalkan kerusinya buat kali kedua di Pengkalan Chepa apabila menewaskan calon BN, Rahim Mohd Zain dengan majoriti 11,311 undi apabila Dato' Abdul Halim memperolehi 26,763 undi manakala Rahim memperolehi 15,452 undi.
  14. Image
  15. Dr Dzulkifli Ahmad selaku Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat juga turut menang di Parlimen Kuala Selangor apabila mnewaskan Calon BN, Jahaya bin Ibrahim dengan majoriti 862 undi. Dr Dzulkifli memerolehi 18,796 undi manakala Jahaya memperolehi 17,934 undi.
  16. Image
  17. Dr Lo' Lo' Haji Mohd Ghazali pula berjaya menewaskan Calon BN di Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaludin bin Haji Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Dr Lo' Lo' memperolehi 17,857 undi manakala Datuk Aziz memperolehi 15,885 undi.
  18. Image
  19. Dr Hjh Siti Mariah bt Mahmud juga turut menang di Kota Raja, Selangor apabila menewaskan S.Vigneswaran a/l M.Sanasee dengan majiriti 20, 751 undi. Dr Siti Mariah Merolehi 38,630 undi manakala S.Vigneswaran memperolehi 17,879 undi.
  20. Image
  21. Mujahid Haji Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat menang di Parit Buntar Perak apabila menewaskan Abdul Rahman Suliman dengan majoriti 7,551 undi. Mujahid memperolehi 21,221 undi manakala Abdul Rahman 13,670 undi.
  22. Image
  23. Siti Zailah bt Mohd Yusuf, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan menang di Rantau Panjang Kelantan menewaskan Calon BN, Mohd Afandi bin Yusof dan calon Bebas Isma Airfath bin Hassanuddin dengan majoriti 4,486 undi. Siti Zailah memperolehi 19,344 undi, CAlon BN memperolehi 14,858 undi manakala calon Bebas hilang deposit memperolehi 330 undi.
  24. Image
  25. Dr Mohd Hayati bin Othman menang di Pendang buat kali kedua apabila menewaskan Calon BN, Md Rozai bin Shafian dengan majoriti 4,073 undi. Dr Mohd Hayati memperolehi 27,311 undi manakala Md Rozai memperolehi 23,238 undi.
  26. Image
  27. Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah, bekas Speaker DUN Kelantan berjaya di Kota Bharu, Kelantan menewaskan Calon BN, Datuk Mohamad Fatmi bin Che Salleh dengan majoriti 11,288 undi. Dato' Wan Rahim memperolehi 32,129 undi manakala Datuk Fatmi memperolehi 20,841 undi.
  28. Image
  29. Khalid Abdul Samad menang di Shah Alam Selangor menewaskan calon BN yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Aziz Shamsuddindengan majoriti 9,314 undi. Khalid memperolehi 33,356 undi manaka Datul Abdul Aziz memperolehi 24,042 undi.
  30. Image
  31. Taib Azamuddin Md Taib menang di Baling menewaskan Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim dengan majoriti 7,613 undi. Ustaz Taib memperolehi 36,074 undi manakala Abdul Azeez memperolehi 28,461 undi.
  32. Image
  33. Dato Ibrahim Ali juga turut menang di Pasir Mas atas tiket PAS dengan majoriti 8,991 undi menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi bin Mahmad. Dato Ibrahim memperolehi 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi memperolehi 19,682 undi.
  34. Image
  35. Dr Che Rosli Che Mat juga turut menang di Hulu Langat, Selangor menewaskan Calon BN, Markiman bin Kobiran dengan majoriti 1,745 undi. Dr Che Rosli memperolehi 36,124 undi manakala Markiman memperolehi 34,379 undi.
  36. Image
  37. Muhammad bin Husin juga menang di Parlimen Pasir Puteh dengan menewaskan Calon BN Amran bin Mat Nor dengan kelebihan 3,968 undi. Muhamad Husin memperolehi 28,365 undi manakala calon BN memperolehi 24,397 undi.
  38. Image
  39. Roslan bin Shaharum buat kali pertamanya berjaya di Bukit Gantang, Perak menewaskanBendahari Umno Malaysia (calon BN), Abdul Azim bin Mohd Zabidi dan calon Bebas Mohganan A/l P.manikam dengan majoriti 1,566 undi. Calon PAS, Roslan memperolehi 20,015 undi manakala Calon BN memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas hilang deposit memperoleh 872 undi.
  40. Image
  41. Calon Nasir Bin Zakaria menang di Padang Terap menewaskan calon BN, Ghazali bin Ibrahim dengan majoriti 369 undi. Calon PAS Nasir mendapat 15,003 undi manakala calon BN memperoleh 14,634 undi.
  42. Image
  43. Mohd Firdaus bin Jaafar menang di Jerai Kedah menewaskan penyandang sebelum ini calon BN Datuk Badruddin bin Amiruldin dengan kelebihan 2,299 undi. Mohd Firdaus memperolehi 26,510 undi manakala Datuk badruddin memperolehi 24,211 undi.
  44. Image
  45. Che Uda bin Che Nik menang di Sik, Kedah menewaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Othman bin Desa dengan kelebihan 481 undi. Calon PAS, Cikgu Che Uda memperoleh 16,864 undi manakala Calon BN memperoleh 16,383 undi.
  46. Image

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

PAS Alat DAP, Tun Mahathir Semakin Merapu.

Parti Islam Se-Malaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa PAS alat DAP, ketika beliau merasmikan  Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. PAS hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  1945 yang mewakili orang Melayu. Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
PAS alat DAP adalah modal lapok Umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti PAS alat DAP?. PAS boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual  kepada Vicent Tan.
Nampaknya Tun Dr Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulama' yang berada di dalam Umno menubuh PAS,  kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab. Faktanya ialah ulama' keluar untuk menubuhkan PAS kerana teguran ulamak mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulamak merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada Umno supaya Islam terpelihara. Dulu Tun menipu rakyat mengatakan PAS ditubuhkan restu penjajah, hakikatnya Umno ditubuhkan atas restu penjajah. PAS ingin mengingatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam setiap masa, insyaAllah PAS akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam.
PAS merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan PAS zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga PAS ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan. Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya PAS ditendang kerana menentang undang-undang  darurat di Parlimen. Bukankah waktu itu PAS dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji  Datuk  Asri?

Serba Sedikit Perihal PAS


Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di SingapuraMelaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.
Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".
Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah. PAS juga adalah sebagai dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Sejarah penubuhan

Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).
Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.
Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).
PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.
Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.
Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.
Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.
Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.
Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di IpohPerak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.
Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.
PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.
Selain Angkatan Pemuda Insaf (API)Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.
MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.
Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.
Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.
Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
  1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
  2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
  3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
  4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
  5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
  6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
  7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
  1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
  2. Persatuan ulama dari Kedah.
  3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
  4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
  5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
  6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
  7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
  8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
  1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
  2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
  3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
  4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
  5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
  6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
  7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung
Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:
  1. Tuan Haji Yahya Joned
  2. Tuan Haji Uthman Talib
  3. Tuan Haji Mohammad Nor
  4. Tuan Haji Zabidi Ali
  5. Tuan Haji Abdul Wahab
  6. Tuan Haji Assaiya
  7. Muhammad Mahzub
  8. Tuan Haji Ahmad Nadur.
Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.
Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.
Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.
Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).
Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

Presiden

NamaTempoh perkhidmatan
Hj Ahmad Fuad bin Hassan1951 - 1953
Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku)1953 - 1956
Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi)1956 - 1969
Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin menjadi tahanan ISA)1965 - 1966
Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda1969 - 1982
Tuan Guru Haji Yusuf Rawa1982 - 1989
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor1989 - 2002
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang2002 - kini

Kepimpinan


Kepimpinan PAS Pusat

NamaJawatan
Mursyidul AmTuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan Mursyidul AmTuan Guru Dato’ Dr. Hj Haron Din
PresidenDato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Timbalan PresidenUstaz Nasharudin Mat Isa
Naib Presiden IDato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden IISalahuddin Ayub
Naib Presiden IIIDato' Hj Mahfuz Omar
Ketua Dewan Ulama'Ustaz Dato' Ustaz Hj Harun Taib
Ketua Dewan PemudaUstaz Hj Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan MuslimatUstazah Hjh Nuridah Salleh
Setiusaha AgungDato' Hj Mustafa Ali
BendahariDr Mohd Hatta Ramli
Ketua PeneranganUstaz Hj Idris Ahmad
Pengarah PilihanrayaDato' Hj Abdul Halim Abdul Rahman

]Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat


Pesuruhjaya Negeri

Ahli PAS bagi Parlimen Malaysia ke-12

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru