This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday 27 March 2013

Pemergian Sheikh Muhammad Abdullah kehilangan besar buat PAS



KUALA LUMPUR: Pemergian Ketua Dewan Ulama PAS Kedah Sheikh Muhammad Abdullah yang meninggal dunia tengah hari ini disifatkan sebagai kehilangan besar buat PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Allahyarham adalah seorang guru dan ulamak yang tidak pernah jemu mengajarkan ilmu kepada masyarakat.

"Bagi pihak PAS, saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli-ahli mengucapkan takziah terhadap Allahyarham.

"Pemergian beliau satu kehilangan kepada PAS dan rakyat Kedah Amnya. Jasa beliau dalam mengembangkan ilmu kepada masyarakat melalui institusi pendidikan dan kuliah-kuliahnya dan penglibatan beliau dalam politik sangat dihargai," katanya.

Allahyarham Sheikh Muhammad Abdullah , 72, meninggal dunia kira-kira jam 2.45 petang tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah dimasukkan ke wad hospital berkenaan, semalam.

Mengulas lanjut, presiden PAS juga berkata, Allahyarham adalah salah seorang di antara wakil rakyat awal PAS di Kedah apabila memenangi pilihanraya Dun Langgar dalam pilihanraya 1985 bersama Ustaz Azhari Abdul Razak dan Ustaz Fadzil Noor.

"Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang soleh dan diberi kesabaran kepada ahli keluarga dan seluruh pendokong PAS di Kedah," katanya.

PRU13: Tempoh 10 minit macam 'ajak-ajak ayam'


KUALA LUMPUR: PAS menghargai keputusan kerajaan memberikan ruang kepada parti politik muncul 10 minit melalui Radio Televisyen Malaysia untuk menjelaskan manifesto pilihan raya, namun melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' sahaja.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media.
Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan.
"... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih.
"PAS menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa semua parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masing-masing.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS masih belum membincangkan tawaran itu sama ada mahu menggunakan platform tersebut atau tidak.
"Setakat ini, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Pandangan serupa turut dikongsi PKR yang mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan Pakatan Rakyat menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.
Menurutnya, tempoh masa dan syarat yang diumumkan Rais kelmarin seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah pro Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu.
"Kita masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak.
"... tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?
"Rais perlu mempertimbangkan semula, jangan memperbudakkan kita," katanya.

Tarikh bubar Parlimen patut diumum awal



KOTA BHARU - Ketika tarikh pembubaran Dewan Rakyat menjadi teka-teki, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemerintah sekarang takut untuk umumkannya lebih awal, selain bimbang berdepan dengan kekalahan.

Menurutnya, berbanding dengan negara lain, tempoh mengundi akan dimaklumkan lebih awal sama ada dalam tempoh tiga bulan sebelumnya ataupun selain itu.

"Sekarang ini negara kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bila-bila masa. Di Eropah negeri-negeri Eropah tiga bulan nak mengundi sudah diumumkan.

"Negeri (negara) kita ini takut nak bagi tahu, seperti budak dadah takut nak oyat kor dadah. Tak tahu takut kor gapo (tidak tahu apa yang sebenarnya ditakutkan untuk umum)," kata beliau ketika Ceramah Perdana anjuran Majlis Tindakan Pengkalan Chepa di sini.

Hadir sama pada program itu, Speaker Dun, Datuk Nasarudin Daud; Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali dan Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menegaskan, kemungkinan parti lawan takut untuk menerima kekalahan pada PRU13.

Bagaimanapun bagi beliau kekalahan pada Pakatan Rakyat bukan sesuatu yang ditakutkan tetapi lebih menakutkan adalah selepas kalah.

"Lepas pada Umno kalah baru banyak masalah akan timbul. Ini yang kita takut benar sebenarnya," katanya lagi.

Jambatan retak: Pemuda buat laporan SPRM



KOTA BHARU: Mengambil kira kepentingan orang ramai, Pemuda PAS Kelantan hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu jambatan retak.

Laporan itu dibuat Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Zuhairi Ismail di pejabat SPRM negeri di Lundang kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abd Rahman, Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari, anggota jawatankuasanya, peguam Abdul Rashid Yah dan Presiden NGO R, Nazri Deraman.

Zuhairi berkata, laporan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan orang ramai dikhuatiri boleh berlaku sesuatu terhadap pengguna jalan raya sekiranya tiada langkah segera diambil.

“Ini kerana keretakan itu dilaporkan berlaku di bahagian sambungan laluan bertingkat berdekatan KB Mall yang agak mengusarkan orang ramai,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman mendedahkan jambatan itu berlaku keretakan di bahagian penyambungan.

Katanya, keretakan tersebut dapat dilihat dengan mata kasar iaitu 1.2 milimeter berlaku di penyambungan di kawasan jajaran jambatan baru menghala ke Wakaf Siku.

Menurutnya, keretakan berkenaan boleh melibatkan keselamatan orang awam sekiranya tidak ditangani segera.

Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga mengakui ada keretakan pada sambungan di laluan bertingkat berhampiran KB Mall.

Ketua Penolong Pengarah Teknikal JPP, Ir Mohd Zaki Mohd Zain dilaporkan berkata, kerosakan itu telah dikenal pasti jurutera yang ditugas dalam kumpulan audit.

“Jambatan itu bukan retak tetapi dari segi kejuruteraan dipanggil hair line crash iaitu keretakan halus berpunca kerja-kerja konkrit dilakukan,” katanya.

Bapa bantah MUET ada tarikh luput


Assalamualaikum,

Saya sebagai seorang bapa, baru-baru ini dikejutkan oleh keputusan pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang telah mengeluarkan pekeliling bahawa sesiapa (pelajar) yang telah mengambil MUET sebelum tahun 2009 perlu mengambil peperiksaan semula.

Ini menunjukkan bahawa ianya mempunyai tarikh luput. Apakah relevannya semua ini? Adakah berunsurkan wang semata-mata?

Bukankah pihak MPM sendiri berperanan untuk memartabatkan mutu pendidikan di Malaysia? Tambahan pihak pembangkang sendiri telah mewar-warkan bahawasanya pendidikan mampu diberi secara percuma.
Isu keputusan MPM menjadikan MUET mempunyai tarikh luput tidak masuk akal dan dapat dilihat di sini ianya isu untuk MPM sendiri mengaut keuntunngan semata-mata dan bukannya menaiktaraf Bahasa Inggeris.

Tambahan lagi, bukankah peranan MPM di bawah pucuk pimpinan Barisan Nasional berusaha mencari idea untuk menambahbaikan sistem pendidikan negara setanding luar negara, seperti Singapura contohnya.

Jika keadaan ini berterusan nyata sekali anak-anak generasi kini akan ditinggalkan dengan satu masalah negara yang meruncing, ditambah dengan isu rasuah yang begitu bernanah dewasa ini.

Jika MUET mempunyai tarikh luput, tidakkah Ijazah, STPM, SPM, PMR dan sebagainya juga perlu ada tarikh luput? Di mana hala tuju MPM itu sendiri?

Ia membebankan rakyat semata-mata, bukannya sama-sama berusaha untuk menaik dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai sistem pendidikan bertaraf internasional dan berjaya melonjak nama negara dari segi pendidikannya yang diiktiraf dunia.

Langkah MPM ini merupakan langkah kebelakang yang dilihat merugikan anak bangsa terutama anak Melayu. MPM juga nampaknya seperti tidak mempunyai satu dasar yang mantap dan berkesan dalam menangani isu ini.

Mengapa MPM sendiri sejak dari awal tidak menetapkan prosedur bahawa MUET mempunyai tarikh luput. Ini tidak, MUET sudah berbelas tahun, sekarang baru ianya diheboh-hebohkan.

Saya berharap Menteri Pelajaran mengambil serius tentang masalah ini kerana ia melibatkan masa dan wang, terutama pelajar senior.

Sekian, terima kasih.
Bapa Prihatin.

Dekati pengundi Melayu dengan program dakwah

LENGGONG: PAS Lenggong menggunakan pendekatan dakwah dan program-program keagamaan dalam mendekati pengundi Melayu di seluruh kawasan Parlimen itu.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria(gambar) menjelaskan melalui program bentuk dakwah ini telah memberi kesan kepada pengundi Melayu untuk bersama-sama Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, PAS juga telah menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Kebajikan Islam Lenggong (Perkisa) yang bertindak untuk melaksanakan pelbagai program dakwah tersebut.

"Di sini kita memberi penekanan khusus kepada pengundi Melayu dengan mengadakan program keagamaan.

"Ini adalah cara terbaik untuk kita menyampai maklumat melalui cara yang dibenarkan Islam kepada seluruh pengundi Melayu,"jelasnya.

Kata beliau lagi, masyarakat Melayu di sini mula menunjukkan sikap mahukan perubahan politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Biarpun pada 2008, majoriti yang diperolehi Umno agak besar, namun bibit-bibit perubahan dan sambutan terhadap program Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini menampakkan bahawa suasana politik di sini sudah berubah.

Dalam masa yang sama, beliau juga memberitahu bagi golongan pengundi muda mahupun bukan Melayu turut diberi perhatian yang khusus.

Jelasnya, mereka telah menubuh NGO, Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) untuk menarik golongan itu bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

NGO itu lebih berperanan kepada mendedahkan maklumat berkaitan rekod penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Umno sepanjang mereka memerintah Perak.

"Melalui GAML kita bawa anak muda bersama-sama kita untuk mereka melihat dengan mata mereka sendiri penyelewengan yang dilakukan Umno.

"Sebagai contoh isu-isu berkaitan tanah kerajaan yang menjadi milik pemimpin Umno kemudian dijual kepada kroni, tindakan ini memberi kesan kepada golongan muda," katanya.

Lagi demo NGO pro-Umno depan ibu pejabat PKR



KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya sekali lagi diganggu oleh NGO pro-Umno selepas diserang menggunakan telur, kayu, batu dan kon plastik pada 11 Mac lalu.

Motif gangguan yang bermula sekitar jam 3.00 petang itu dipercayai sama dengan serangan terdahulu iaitu menuntut Naib Presiden PKR, Tian Chua memohon maaf kerana dikatakan menghina pasukan keselamatan dalam insiden di Lahad Datu.

Bantahan tersebut disertai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai).

Kira-kira 30 ahli NGO berarak ke bangunan pejabat sambil membawa kain rentang mengutuk Tian Chua dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka turut melaungkan 'Hancur PKR', 'Runtuh PKR' dan 'Hancur Tian Chua'.

Mandat: Umpama 'rampasan kuasa tanpa senjata'

KUALA LUMPUR: PAS beranggapan kerajaan hari ini sebagai satu 'rampasan kuasa tanpa senjata' apabila menafikan hak rakyat untuk memberikan mandat baru selepas lima tahun.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata rampasan kuasa tanpa senjata itu berlaku apabila rakyat sebagai pemilih kerajaan telah dinafikan hak mereka untuk memilih pemimpin dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata, mandat yang diperolehi kerajaan Barisan Nasional hanya berusia lima tahun, sebelum ia terbubar sendiri pada 28 April ini, selaras dengan tarikh sidang pertama parlimen.

"Hari ini sudah genap lima tahun 19 hari sejak mandat diberikan rakyat.  Walaupun dari sudut undang-undang ia akan terbubar 28 April ini, bagi saya mandat yang diberikan hanya lima tahun, bukan lima tahun 19 hari," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, sepatutnya tempoh lima tahun yang diberikan kepada rakyat sejak 2008 lalu telah dikembalikan kepada rakyat untuk memberi mandat baru.

Dalam pada itu, Mahfuz melahirkan kebimbangan sekiranya kerajaan banyak membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan dalam suasana mandat rakyat sudah berakhir.

"Saya menuntut kerajaan untuk memaklumkn apa-apa projek, pembinaan yang telah diluluskan selepas 8 Mac lalu, termasuk di Lima, Langkawi.

"Bagi saya, tidak wajar perkara seperti ini (projek selepas 8 Mac lalu). Kerajaan 'caketaker' pun tidak boleh meluluskan sebarang projek, sebaliknya sekadar menjalankan apa yang sudah ada sebelum ini," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Negeri Sembilan memandangkan Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya esok.

Saturday 2 March 2013

Sumbangan Lahad Datu

Mereka Telah Menjaga Negara Maka Itu ...


InsyaAllah Kami Akan Hulurkan Pada Keluarga Mereka

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru