This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday 19 November 2011

Apa Makna Audit Negara?



Generasi awal Islam meneriman pendidikan Ilahi daripada Rasulullah S.A.W sepanjang hayatnya dalam semua aspek ibadah, cara hidup bermasyarakat dan berpolitik. la adalah amalan manusia yang dimasukkan dalam perhitungan baik dan jahat, adil dan zalim, seterusnya dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat. Apabila seorang yang ditugaskan ke suatu wilayah, pulang membawa hasil pungutan harta zakat dan cukai, lalu menyerahkannya kepada Rasulullah S.A.W dengan menyatakan, "Ini semua adalah tugas saya memungutnya dan ini pula diberi hadiah kepada saya", dengan murka Rasulullah S.A.W bersabda, "Adakah sekiranya kamu berada di rumah ibu dan bapa kamu tanpa menjalankan tugas ini, maka hadiah ini diberi juga kepada kamu?"

Kemudian Rasulullah S.A.W keluar ke masjid menyampaikan ucapan mengingatkan semua yang bertugas dalam urusan umat, supaya berwaspada menerima hadiah yang diberi kerana jawatan, kerana ada unsur rasuah yang menjadi harta dan rezeki haram, bukan kerana hadiah sebenar secara ikhlas.

Ketika Rasulullah S.A.W uzur sebelum wafatnya, dipapah ke masjid bagi menyampaikan amanat terakhir, antaranya Baginda menegaskan, "Sekiranya ada kalangan kamu yang aku jatuhkan maruahnya sila datang dan lakukan hukuman terhadapku, sekiranya ada yang aku ambil hartanya sila nyatakan supaya aku menggantinya".

Apabila Islam mendapat kemenangan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab R.A, beliau berjaya menumbangkan dua kuasa besar yang kaya dan zalim iaitu Rom dan Parsi, maka banyaklah harta peninggalan dua kerajaan yang paling kaya itu menjadi milik negara. Lebihan daripada harta yang dibahagikan mengikut keperluan penduduk daerah yang wajib diberi dengan adil, dibawa ke Madinah, pusat kerajaan Islam pada masa itu, supaya dibahagikan kepada pihak yang lain pula antaranya kain untuk pakaian, yang dikira harta sangat bernilai padazaman itu. Kain yang banyak diagihkan kepada penduduk Madinah.

Setelah beberapa hari Umar keluar ke masjid dengan pakaian baru lalu menyampaikan ucapan, "Dengar dan taatlah!". Baru sahaja beliau menyampaikan mukadimah, tiba-tiba seorang di kalangan yang hadir menyampuk, "Kami tidak mahu".

Khalifah Umar bertanya, "Mengapa?". Orang itu menjawab, "Daripada mana kain diambil untuk baju yang kamu pakai ini? Kerana mengikut setiap orang yang mendapat bahagian kain semalam, tidak cukup untuk baju yang besar seperti kamu?" (Umar berbadan besar dan tinggi).

Lalu Umar meminta anaknya Abdullah memberi penjelasan. Abdullah menjawab, "Saya berikan kain bahagian saya bagi mencukupkan baju yang ayah saya pakai".

Khalifah Umar diaudit oleh seorang rakyat biasa, bukan Ketua Audit Negara kerana sehelai baju yang dipakai dan diragukan mengambil secebis kain yang diambil secara tidak jujur dalam pembahagian harta, yang boleh dibahagi dan Khalifah juga berhak mendapat bahagiannya.

Apabila seorang raja menghadiahkan kalung perhiasan berharga kepada isteri Khalifah Umar al Khattab R.A (Ummu Kalthum binti Ali bin Abi Tolib), Umar terus meminta isterinya menyerahkannya kepada Baitu al Mal (Perbendaharaan Nagara).Begitu juga Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada zaman kerajaan Muawiyyah meminta isterinya (Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan) supaya menyerahkan permata berharga yang dihadiahkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan (ayahandanya) ketika perkahwinannya, sebelum Umar bin Abdul Aziz menjadi Khalifah. Hadiah itu dikembalikan kepada Baitul Mal kerana Umar bin Abdul Aziz menganggapnya ia boleh menyalahgunakan harta negara

Inilah contoh generasi awal yang menjadikan kedudukan mereka dalam kepimpinan adalah amanah, bukan sahaja amanah daripada rakyat malah lebih besar daripada itu ialah amanah daripada Allah, yang diisytiharkan sejak mencipta manusia pertama Nabi Adam A.S, bapa kepada seluruh manusia, bahawa memerintah negara adalah amanah paling besar disenaraikan selepas beribada kepada Allah.

Apa yang berlaku menunjukkan Islam mendahului demokrasi Barat, memberi hak kepada rakyat dan wakil rakyat bahkan semua pihak dalam negara melakukan muhasabah terhadap kerajaan dan pemimpin di semua peringkat. Dalam negara demokrasi moden diambil amalan ini, apabila dilantik Audit Negara, audit bebas, dalam dan luar dengan telus melakukan muhasabah, tidak cukup dengan Jabatan Audit Negara.

Parlimen dan media boleh mendedahkan segala penyelewengan harta rakyat dan negara seluruhnya. Rakyat pula diberi hak yang sama dan menjadi hakim melalui pilihan raya yang adil, bebas dan bermoral sehingga rakyat boleh menghukum dengan menjatuhkan pemimpin itu melalui pilihan raya setelah mendengar hujah pemimpin dan rakyat, tanpa apa-apa tekanan, ugutan dan sogokan. Bahkan ada pemimpin yang berundur sebelum pilihan raya kerana menjaga maruah diri dan mendedahkan diri untuk disiasat walaupun yakin tidak bersalah.

Di negara Malaysia yang tercinta ini, setiap tahun kita membaca Laporan Audit Negara yang telah menjalankan tugas dengan terperinci dalam laporannya. Di samping tersurat, ada juga dikatakan tersirat dengan banyaknya, tersebarnya berita cincin berjuta harganya dan berbagai-bagai cerita habuan kemewahan dan pembelian kemewahan, menggunakan kedudukan dan pangkat. Semuanya tidak ada penjelasan seperti anak Khalifah Umar yang boleh dijawab dan didengar oleh rakyat, atau tindakan berani Khalifah sendiri terhadap diri dan keluarganya. Tidak juga seperti di negara yang benar-benar menghayati deraokrasi.

Keadaan ini berlaku kerana Laporan Audit Negara sekadar dibentang tanpa apa-apa tindakan selepasnya, laporan media kalau ada hanya sekadar bacaan cerita tanpa susulan atau menjadihikayat yang menarik dibaca untuk hiburan. Rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil kerana badan kehakiman rakyat melalui pilihan raya tidak mampu mengendalikan urusan pilihan raya yang adil, walaupun dibekalkan dengan teknologi maklumat yang dikatakan paling canggih daripada negara maju dan ekonominya tidak terjejas dengan ribut taufan yang melanda ekonomi dunia.

Seolah-olah Malaysia tidak berada di alam dunia yang bulat berpusing. Media di sini kaya dengan laporan maklumat sebelah pihak dan terlalu bakhil untuk melaporkan golongan yang mengkritik kerajaan BN yang memerintah, ada pula kesalahan yang dilindungi undang-undang kerahsiaan, walaupun menjadi penyakit yang membarah. Seterusnya Laporan Audit Negara hanya menjadi bacaan, adapun yang tersirat semuanya menjadi cerita yang tidak berkesudahan. Sehingga orang yang dahulu mati dan yang masih muda dimakan usia.

Setelah cerita yang terdahulu diletak dalam lipatan sejarah hitam negara tanpa pemutihannya, timbul pula cerita baru, bantuan tidak sampai kepada sasaran setelah stadium runtuh, jambatan rebah, kuda lumba harga terlalu mahal dan sebahagiannya tidak dapat berlumba, bilik komputer runtuh, komputer terlalu mahal, beli senjata hanya untuk tayangan hari kemerdekaan tetapi tidak mampu mempertahankan negara dan banyak lagi yang tidak tersenarai dan cerita kebocoran harta negara yang disimpan menjadi rahsia dan tidak muncul di alam nyata.

Semua perkara berlaku begitu rupa kerana memperkecilkan amanah dan tiada maruah diri. Pepatah menyebut, "Sekiranya tidak ada rasa malu, buatlah apa sahaja". Lebih malang bagi negara apabila kemungkaran berlaku, banyak orang menjadi syaitan bisu.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidah dan sekiranya tidak mampu hendaklah benci dalam hati, inilah selemah-lemah iman".

Laporan Ketua Audit Negara dan teguran terbuka adalah mencegah dengan lidah. Kebencian dalam hati adalah tidak menyokong lagi pemimpin yang dibejati mungkar. Kita menunggu tindakan undang-undang oleh mereka yang mencegah kemungkaran dengan tangan atau mereka juga tidak berkuasa kerana tangannya lesu, tiada pemisahan kuasa dalam sistem pemerintahan negara. Pentadbiran dan penguatkuasaan bergerak mengikut kehendak tangan ghaib yang berada di belakang atau tangan terdedah digerakkan oleh jasad yang tidak ada rasa malu sedikitpun kerana tiada harga diri seorang manusia yang sebenar, tanpa maruah dan tanpa kepercayaan kepada adanya hari pembalasan, di kala mulut terkunci dan anggota yang tidak bermulut akan bercakap mendedahkan segala-galanya.

Akhirnya Rasulullah S.A.W memberi amaran, "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran, atau kamu diam sahaja, maka Allah timpakan bala bencana orang-orang yang jahat memerintah kamu dan doa orang-orang yang baik tidak diperkenankan oleh Allah".

Atau sudah berlaku laksana cerita penglipur lara yang mengisahkan cara mengalahkan seekor beruk garang dengan memberinya tiga biji telur, dua biji supaya dipegang oleh kedua-dua belah tangan, sebiji bagi diletakkan ke dalam mulut, menyebabkan beruk itu kaku tidak dapat bertindak kerana sayang melepaskan telur yang digenggam dan mulut juga tidak dibuka kerana menjaga telur yang dikemam

Jangan pandang remeh rakyat alami masalah mental

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Lebih 5 juta rakyat Malaysia dijangka mengalami masalah mental atau gila dalam jangka 5 tahun lagi disebabkan pelbagai faktor.

Kajian tersebut dibuat oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang turut disiarkan di dalam blog kementerian terbabit dan beberapa blog media tempatan.

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kajian bahagian itu menunjukkan mereka yang berpotensi menjadi gila dalam jangka masa itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak yang dianggarkan 20 peratus termasuk lelaki dan perempuan.

Menurut beliau, manakala selebihnya terdiri daripada golongan dewasa yang dianggarkan sebanyak 11.2 peratus iaitu 3.3 juta orang termasuk lelaki dan wanita.   

Katanya, kajian tersebut dikeluarkan pada 14 November lalu dan berdasarkan kajian itu jelas menunjukkan Malaysia sedang menuju keadaan yang tidak rasional menjelang tahun 2020. 

"Tetapi kita amat kesal kerana pihak Kerajaan BN sehingga kini masih memandang sebelah mata perkara itu dengan tidak melakukan langkah-langkah yang komprehensif dan konkrit bagi mengatasinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan laporan Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, menurut beliau, bilangan rakyat Malaysia yang telah menjadi gila sehingga akhir tahun 2010 berjumlah 2,220 orang. 

Katanya, jumlah tersebut sepatutnya semakin berkurangan, tetapi anggaran kajian itu menjelang tahun 2020 ternyata semakin meningkat dengan angka yang amat membimbangkan.  

"Menyedari perkara itulah saya telah membangkitkan persoalan mengenainya pada persidangan Dewan Rakyat pada 15 November lalu, tetapi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan ternyata jauh menyimpang," katanya. 

Pada persidangan Dewan Rakyat 15 November lalu, pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh beliau meminta Menteri Kesihatan menyatakan penyelesaian pihak kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara. 

"Antara faktor yang boleh dikenalpasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Jadi apakah kementerian mempunyai rancangan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang telah dikenalpasti berisiko tinggi?" katanya. 

Timbalan Menteri Kesihatan, jelasnya, tidak pun menjawab pertanyaan beliau itu, sebaliknya mengatakan mereka yang menjadi gila disebabkan pengambilan alkohol, manakala orang gila terbabit dengan pembunuhan dikatakan amat kecil disebabkan berjaya dikawal dengan rawatan dan perubatan, berbanding penagih alkohol.

Menurutnya, berdasar jawapan itu jelas menunjukkan pihak Kerajaan BN atau Kementerian Kesihatan tidak mempunyai perancangan yang komprehensif atau menyeluruh dan konkrit atau kemas bagi mengatasai masalah itu.

"Sedangkan menurut kajian pelbagai pihak, seseorang yang berisiko menjadi gila itu bukan sahaja kerana faktor keturunan, tetapi juga stress yang berpunca dari pelbagai faktor termasuk kegagalan dalam peperiksaan, rumah tangga dan dalam hidup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. 

Untuk mengatasi masalah itu, pihak Kementerian Kesihatan, tambahnya, sepatutnya mengambil langkah-langkah yang komprehensif dan secara bersepadu dengan turut melibatkan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Kementerian Wanita, Masyarakat dan Keluarga.

Katanya, selain itu, pihak Kerajaan BN juga sepatutnya turut menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mencegah dan merawat mereka yang berisiko menjadi gila, termasuk menerusi kaedah-kaedah lebih berkesan terutama melibatkan aspek agama. 

"Namun kesemua itu ternyata tidak dilakukan bagi mengatasinya. Malah setelah dikenalpasti berpunca dari alkohol, tidak pula dilakukan langkah yang sepatutnya bagi mengatasinya," tegasnya. 

Beliau juga kesal kerana pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang berisiko menjadi gila sehingga kini tidak ditambah dan hanya berjumlah 0.08 peratus atau 228 orang sahaja. 

"Dengan langkah-langkah pencegahannya yang tidak komprehensif dan tidak konkrit, apakah yang mampu diharapkan oleh rakyat negara ini kepada pihak Kerajaan BN bagi mengatasi masalah itu," ujar beliau kesal.


Sumber Sohih

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru