This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday 23 October 2012

Himpunan bantah Chua Soi Lek esok

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.

Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.

Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14083-himpunan-bantah-chua-soi-lek-esok

Monday 22 October 2012

Pakatan Rakyat bersedia tawan Pahang


KUANTAN: Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pahang 2012 dengan tema ‘Ubah sekarang selamatkan Pahang’ yang berlangsung di sini semalam menzahirkan iltizam untuk menawan negeri Pahang.

Dalam penyataan bersama oleh ketiga-ketiga parti komponen di penghujung konvensyen itu, iltizam ketika-tiga parti itu dicerminkan daripada persetujuan bersama dasar dan polisi yang menguntungkan rakyat di kala kerajaan BN Pahang terbukti gagal mentadbir urus negeri Pahang dengan efisyen, telus dan amanah.

Penyataan yang dibaca oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu, memperakui janji untuk menawarkan dasar yang benar-benar berpaksi kepada kebajikan rakyat dalam menguruskan khazanah negeri, menjaga dan melestarikan alam sekitar serta membela masa depan peneroka Felda dan mengembalikan hak-hak Orang Asli.

[Gambar (Dari kiri) Leong, Tuan Ibrahim dan Fauzi menandatangani perisytiharan bersama sambil diperhatikan pimpinan Pakatan.]

Menurut penyataan itu lagi, pendekatan PR berasaskan keadilan dan kesaksamaan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit, juga meraikan partisipasi (penyertaan) wanita dalam pembangunan negeri.

“Menyedari bahawa rakyat negeri Pahang khasnya dan Malaysia keseluruhannya telah ditipu oleh BN selama 55 tahun yang telah menyebabkan kualiti hidup, ekonomi dan integrasi antara kaum-kaum bukan sahaja merudum malah berada di tahap yang kritikal, maka PR Pahang menzahirkan komitmen untuk melakukan islah bagi kesejahteraan serta mengangkat martabat rakyat bagi menikmati keadilan dan kekayaan negeri.

“Demikian itu, kami memberikan komitmen dan aku janji untuk merealisasikan segala tawaran kepada rakyat seperti yang dipersetujui bersama bagi menyelamatkan Pahang,” kata Tuan Ibrahim.

Penyataan bersama tersebut kemudiannya ditandatangani oleh beliau, Ketua Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah.

Kenyataan tersebut erupakan rumusan dan intipati daripada tiga kertas kerja yang dibentangkan sebelum itu.

Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail berkaitan isu-isu Felda dan diulas oleh Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal PKR Haji Suhaimi Said.

Kertas kerja kedua dibentangkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Tengku Puji berkaitan isu-isu tanah di Pahang, diulas oleh Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Pahang Syed Ali Badaruddin Syed Othman dan wakil Orang Asli.

Sementara kertas kerja ketiga berkaitan ekonomi negeri Pahang dibentangkan oleh Ketua DAP Cabang Indera Mahkota Lee Chean Chung dan diulas oleh Ahli jawatankuasa PAS Pahang Hassanuddin Salim.

Seramai 700 perwakilan ketiga-tiga parti dari seluruh Pahang hadir.

Sementara itu Tuan Ibrahim dalam ucapan penggulungannya sebelum itu menyeru semua ahli dan penyokong PR Pahang agar memfokuskan iltizam untuk merampas negeri Pahang daripada BN.

“Justeru jangan terganggu dengan soal-soal remeh-temeh sebaliknya tumpukan kepada isu-isu besar. Selepas daripada itu, rujuklah kepimpinan jika berlaku sebarang permasahan,” katanya.


Chua Soi Lek idola penulis blog seks


(Alvin dan aksinya yang menjadikan Chua Soi Lek idolanya)

KUALA LUMPUR: Selepas menyerang PAS dan memperlekeh Islam, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini boleh berbangga dengan aksi ranjangnya apabila menjadi idola penulis blog seks dan partinya kini juga mendapat sokongan daripada Perkasa.

Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan, pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang bakal dikenakan tindakan oleh universiti tersebut menulis bahawa Chua adalah idolanya, secara seksual.

“Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi,” kata Tan dalam laman Facebooknya.

Tan dipercayai sedang memberikan respon kepada Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang berkata parti MCA tidak boleh menerima tindakan beliau dan teman wanitanya Vivian Lee, 23 yang terlibat dalam aktiviti seksual dan memuatnaiknya ke dalam blog mereka.

Komen Tan terhadap Chua, yang terkenal dengan video skandal seksnya dengan seorang wanita di bilik hotel yang tersebar kepada umum, seperti satu penampar teruk kepada MCA yang mengambil peluang di perhimpunan agong mereka untuk menghentam habis-habisan pemimpin PAS.

Selain itu, walaupun menghina hudud dan Islam bertubi-tubi, MCA hari mendapat sokongan daripada Perkasa.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertegas, “MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP” dan berkata penghinaan MCA terhadap hudud adalah “terpaksa”.

“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu. Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh,” kata Ibrahim yang dipetik laman FMT.

Skandal seks Chua hampir membunuh karier politiknya, tetapi pemimpin yang berumur lebih 60 tahun lebih itu kembali menjadi presiden MCA pada 2010 apabila berjaya memenangi hati perwakilan partinya.

Hujung minggu lalu, Chua mempertahankan kenyataan seorang pemimpin wanita MCA bahawa Nik Aziz telah menggalakkan rogol terhadap wanita bukan Islam.

"Kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.

"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," kata Chua.

“Saya boleh mendapatkan pita tersebut serta-merta jika anda berminat untuk menontonnya,” kata Chua, tidak merujuk kepada video seksnya tetapi ucapan Nik Aziz.

Semalam Harakahdaily melaporkan bahawa sumber dalaman Umno berkata Umno kini resah bahawa undi Melayu akan beralih kepada PAS selepas parti syaitan yang dikenali membiarkan orang seperti Chua menyerang ulama seperti Nik Aziz dengan biadap sekali.

“Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Terima kasih, MCA sengaja nak jatuhkan Umno


Terima kasih MCA. Itulah ucapan yang boleh Dewan Ulamak PAS Pusat ucapkan kepada MCA hari ini.


Terima kasih kerana membantu untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno dalam PRU13 nanti.

Ucapan berterusan pemimpin MCA berkaitan hudud sememangnya disengajakan bagi menjatuhkan Umno dalam PRU ke13.

MCA tahu Umno tidak akan membantah sebarang kenyataan mereka tentang hudud kerana Umno bukan pejuang hudud dan juga bukan pejuang hukum-hakam Islam. Yang dikenali sebagai pejuang Islam oleh rakyat Malaysia adalah PAS

Terima kasih MCA kerana dengan jelas mempamerkan mereka adalah penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.

Justeru, orang Islam tidak perlu lagi teragak-agak bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat dan bukannya kekal bersama Barisan Nasional yang dianggotai oleh MCA, penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.

Selama ini walaupun lebih 55 tahun merdeka, rupa-rupanya hudud dan undang- undang Islam gagal dinobatkan di Malaysia kerana tentangan MCA manakala Umno pula sangat takutkan MCA dan sangat menjaga hati MCA.

Umno hanya berani berkokok menyerang PAS tetapi sangat kecut dan penakut berhadapan dengan MCA.

PAS istiqamah memperjuangkan Hudud, sementara Umno memang berpura-pura mempertahankan Islam, terutama apabila mula ditolak oleh rakyat dalam PRU12. Dalilnya mereka tidak berani membantah MCA yang jelas mempersendakan hudud.

Dalam masa yang sama, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula semakin mesra hudud dan undang-undang Islam walaupun PR masih baru dibentuk persefahamannya antara 3 parti PAS, PKR dan DAP.

PAS tetap akan memperjuangkan hudud menurut lunas demokrasi sebagaimana telah ditegaskan oleh Presiden PAS. Pelaksanaan hudud adalah hak umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.

Justeru, umat Islam diseru untuk bersama PAS dan meninggalkan Umno yang memang gagal mempertahankan hudud dan undang-undang Islam.

Dr Khairuddin A. Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

Piala Malaysia: Kelantan umum ganjaran Rabu ini


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengumumkan ganjaran khas untuk pemain bola sepak negeri yang telah berjaya mengharumkan nama negeri ini pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia pada 20 Oktober lalu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditemui memberitahu perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat exco Rabu ini dan ianya akan diumumkan selepas mesyuarat itu kepada media.

“Insya Allah, exco yang berkaitan akan membuat pengumuman selepas mesyuarat exco,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kemenangan berkenaan di samping 22 Tahun Kelantan Meneraju Kemenangan.

Beliau juga turut menyifatkan kemenangan itu juga sebagai hadiah untuk pentadbiran kerajaan Kelantan yang kini genap pada usia 22 tahun setelah kerajaan itu berjaya dibentuk hari ini.

Katanya, sebelum ini kerajaan Kelantan telah memberikan tiket umrah kepada pemain, imbuhan kepada jurulatih ketika itu termasuk sebuah rumah kepada penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

“Orang sudah berbuat budi, kita selaku kerajaan tentu saja akan juga berbudi kepadanya,” ujarnya.

Katanya, Islam memang mengajar hambanya membalas budi serta menyenangkan hati mereka, termasuk orang yang memberikan senyuman.

Beliau juga turut mendapat gambaran bagaimana pasukan Kelantan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juara pada malam itu demi untuk mengharumkan nama negeri.

“Dalam fikiran saya turut terfikir, sekiranya anak muda berusaha menjuarai perlawasan bola sepak setiap musim, begitu juga dengan royalti yang kini juga dituntut oleh anak muda.

“Saya juga berharap kesungguhan bola sepak yang dikuasai anak muda, akan memberi kejayaan juga pada tuntutan royalti oleh anak muda bersama R,” ujarnya.

“Walaupun saya ni dah berusia, tetapi kegembiraan kerana kemenangan itu tidak dapat saya gambarkan dengan perkataan,” ujarnya.

“Bila dah berusia ni memang tak boleh bermain dah, tetapi sewaktu saya muda dulu memang saya ni kaki bola, sewaktu saya duduk di pondok Jertih, saya bermain bola ditendang oleh kawasan saya, menyebabkan lutut saya sampai sekarang masih bermasalah,” ujarnya.

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru