This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday 20 July 2012

Ramadhan 1433Hijiriah


Daripada :- 

PAS TAMAN DESA SUBANG , SEKSYEN U5 , 
SHAH ALAM , SELANGOR DARUL EHSAN,
SELANGOR 

Kepada:- 

SEMUA PELAWAT BLOG KAMI 

Friday 6 July 2012

Umno Johor digesa bawa hudud kepada kerajaan negeri


KUALA LUMPUR: (Harakahdaily oleh Salmiyah Harun)PAS Johor menggesa Umno negeri itu mengemukakan cadangan pelaksanaan hukum hudud untuk semua kaum kepada kerajaan Johor.
Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang juga merupakan Naib Ketua dewan Ulamak PAS Pusat berkata, cadangan itu tidak pernah dibuat oleh mana-mana negeri sama ada di Terengganu ataupun Kelantan.
"Dalam konteks Terengganu dan Kelantan, PAS bagi pilihan kepada orang bukan Islam sebagaimana dipraktikan zaman Nabi, iaitu apabila ada orang bukan Islam melakukan jenayah mereka diberi pilihan sama ada nak ikut hukum kitab Taurat ataupun al Quran," katanya kepada Harakahdaily.
Pada 20 Jun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.
"Kalau begitu minta Ayub buat cadanganlah bahawa hudud itu untuk semua kaum dan warga negara tidak kira bangsa dan agama, kita minta dia cadangkan," kata Mahfodz.
Mahfodz juga mengalu-alukan niat murni Adun Johor terbabit dan mahu cadangan itu dirangka dengan betul-betul di kalangan mereka.
"Jangan hanya hendak PRU sahaja pandai bercakap, lepas PRU hilang semua apa yang pernah dicadangkan," katanya.
Beliau turut menegaskan hukum hudud adalah hukum Allah tidak ada istilah 'hudud PAS' atau 'hudud Umno'.
Cadangan Ayub itu, rupa-rupanya tidak pernah dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri sebelum ini, sehinggakan Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman sendiri tidak berani memberi respons berhubung cadangan ini.
Ayub sebagai dipetik berkata, beliau mahu lihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan “hudud sebenar’ yang didakwa berbeza dengan hudud PAS.

Haji, pilihan raya dan Umno


Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun.  Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.
Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN  walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi  sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.

PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.

Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Firman Allah:
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19
(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan Allah (menegakkan agamanya )? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ).

Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.

Firman Allah:
إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا  . (النساء ).
Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.)

Maka pilihanraya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat Allah menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati Allah dan Rasul.

Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.

PAS hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. PAS tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya, kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap PAS melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.

Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.

Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh  alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar.

Presiden PAS

Isu Tangguh Haji - Merumitkan Sesuatu Yang Mudah


Isu tangguh haji masih hangat diperkatakan oleh media-media pro Umno.
Kenyataan saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru “ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya” – dalam kata yang lebih spesifik – “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya” telah diputarkan seolah-olah ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan Malaysia.
Namun begitu, ia tidak hairan – selepas  kontroversi PTPTN yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene – mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat.
Bajet 2013 yang disebut bajet pilihanraya akan diumum pada September 28. Tarikh Hari Raya Haji adalah 26 Oktober.
Sudah ada bayangan pilihanraya umum 1985 di musim haji bakal berulang.
Isu tangguh haji ini sebenarnya mudah – betulkah PRU-13 akan diadakan di musim haji?
Masalahnya tiada yang tahu.
Apakah mungkin PRU-13 diadakan di musim haji?
Masalahnya ialah mungkin.
Apakah yang perlu dilakukan jika PRU-13 diadakan di musim haji?
Salahkan perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU-13 diadakan di musim haji.
Adakah orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunai haji? Calon, wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihanraya akan terus juga dengan niat menunai haji.
Tiada yang bertanya.
Walhal, soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan pilihanraya di musim haji?
Jawapannya jelas tidak.
Apakah jaminan ia tidak berlaku?
Tiada. Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan “SEKIRANYA” Umno demi untuk menang, mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus dengan PRU-13 yakni “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya” disarankan tangguh haji.
Golongan ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji – mereka adalah veteran. Dalam Umno tak pasti pula.
Isu ini adalah mudah.
Kalau yang cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu.
Tapi Umno merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihanraya.
Segalanya akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal.
Tiada yang risau ingin menunai haji.
Tiada yang risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihanraya.
Bahkan, untuk seluruh warga yang bekerja, samada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh merancang sebaiknya dengan tarikh pilihanraya diketahui.
Namun penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno.
Mereka perlukan talian hayat – mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang boleh mengalih perhatian.
Betulla juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik ke perdana menteri.
So, bila perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?
Senyum.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

P'raya Presiden: PAS ucap tahniah kepada Ikhwan


KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir semalam.

Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi Mesir yang memilih calon Ikhwan, sebagai Presiden baru, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin.

Kemenangan itu juga turut mencipta rekod baru apabila buat julung kalinya presiden dari Ikhwan memangi pilihanraya itu selepas 83 tahun perjuangannya.

“Saya sendiri akan menunaikan solat sunat syukur dua rekaat tengahari ini dan insyaallah malam nanti saya akan meneruskannya pula di rumah.

“Saya juga berdoa dan berharap semoga umat Islam di seluruh dunia termasuk pejuang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat yang sama bagi melahirkan rasa syukur di atas kemenangan itu,” ujarnya.

Katanya, semoga dengan cara itu akan mempertingkatkan lagi hubungan dan kekuatan kepada perjuangan Islam di dunia ini, termasuk Malaysia.

Katanya, tidak ada orang Islam di muka dunia ini yang tidak gembira dengan kemenangan Ikhwan Muslimin di bawah partinya (Kebebasan dan Keadilan).

Katanya, walaupun selepas 83 tahun Asyahid Hassan Al-Banna meninggal dunia setelah ditembak di siang hari sehingga tidak ada orang yang berani mengangkat mayatnya ketika itu, akhirnya perjuangan itu menang juga.

Kata Tuan Guru, usaha ‘juak-juak’ sekular seperti CNN, Reuters, bekerja keras untuk menangkan calon mereka akhirnya tewas juga.

Dengan kemenangan Ikhwan, beliau berkeyakinan ianya akan terkesan di Malaysia di mana perjuangan Islam di Negara ini juga akan menemui kemenangan.

“Dengan dunia tanpa sempadan ini manusia dapat melihat secara terus apa yang berlaku tanpa ditapis,” jelasnya.

Sambungnya,  walaupun perjuangan Islam di Malaysia tidak bebas akibat ditekan dan dikongkong, apa lagi  tidak mempunyai media, namun dengan langit tanpa sempadan itu, ianya akan membantu kemenangan PAS di Malaysia.

Tuan Guru berpendapat kemenangan itu sudah tentu pengundi Mesir mendapat hidayah dari Allah selepas rakyat mereka selama ini dibunuh, dikurung dalam penjara.

“Pelbagai seksa di bawah kerajaan Mesir yang terdahulu, Jammal Abdul Nasir, Anwar Saddat, Hosni Mubarak.

“Mereka membuat macam-macam pada pejuang ikhwan ada yang dibakar janggutnya supaya janggut hilang dan kulit melecur,” ujarnya.

Katanya, tindakan itu tidak ubah seperti zaman firaun yang melakukan kepada pengikut Nabi Musa.

Sambungnya kekayaan manusia tidak sama dengan kesempurnaan Allah yang memiliki segala-galanya.

Tuan Guru seterusnya berkata, Shah Iran merupakan pemipin yang terkaya dunia zaman pemerintahannya, namun tidak mempunyai zuriat hasil perkahwinan dengan isterinya Surayya.

“Suraya dan Shah Iran tidak mempunyai zuriat walaupun kaya sekalipun kerana tidak mampu membuat zuriat sendiri selain Allah,” ujarnya.

Akibatnya, Shah Iran berkahwin lain dengan Farah Debba sehingga mendapat zuriat empat orang anak, tetapi kerajaan Shah diguling kemudiannya oleh komunis.

Menurutnya pejuang Islam di seluruh  dunia, seperti Ikhwan di Mesir, PAS di Malaysia, Masyumi di Indonesia dan lain-lain lagi pasti akan bertambah kuat dalam memperjuangkan kebenaran Islam walaupun ditentang pelbagai cara di tempat masing-masing.

Malah, katanya bukan itu sahaja kebangkitan Islam di Eropah juga semakin meningkat.

Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS


JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.

Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran.

Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.

“Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah,” katanya.

Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang.

Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.

Talam: MCA tak tahu beza 'beli' dengan 'ambil alih'

KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Chua Tee Yong yang juga Ketua Biro Muda Profesional MCA gagal untuk membezakan antara 'membeli' aset dan 'mengambil alih' aset sebagai sebahagian daripada latihan pemulihan hutang.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Chua dan pasukan pemimpin MCA Selangor membuat dakwaan tidak berasas dan remeh dan mereka harus meminta maaf secara terbuka kerana mengelirukan rakyat Malaysia dengan pemahaman kewangan korporat yang tidak mencukupi.

Dalam sidang medianya, Tony menjelaskan, Talam Corporation Bhd tidak menerima satu sen pun daripada perjanjian itu, tetapi telah berpisah dengan RM676 juta asetnya.

Menurut Tony, Chua Tee Yong sebenarnya keliru malah beliau sedar bahawa Talam berhutang kerajaan Selangor RM392 juta. 

Setelah membuat rundingan, jelas Tony, Talam telah bersetuju untuk membuat bayaran penuh sebanyak RM392 juta dalam bentuk wang tunai dan aset, dalam 2 pecahan iaitu bahagian pertama adalah pada 12 Mac 2010, manakala yang kedua adalah pada 9 April 2010. 

Menurut Tony, Talam membayar secara tunai kepada kerajaan Selangor sebanyak RM12.7 juta bagi menyelesaikan hutang negeri sejumlah RM392 juta, pendapatan selebihnya adalah untuk menampung pinjaman yang diambil dari bank oleh Talam untuk membeli tanah tersebut.

"Secara ringkasnya, Talam membayar RM12.7 juta dalam bentuk wang tunai dan menetap baki dalam aset hartanah. Apakah kita diperdaya oleh aset?

"Beberapa aset-aset ini masih mempunyai baki tertunggak dengan bank. Ini bermakna bahawa jika negeri itu mengambil alih aset-aset ini, negeri ini akan perlu untuk "menyelesaikan" pinjaman terkumpul ini. Dalam kes ini, MBI mengambil alih RM676 juta aset dari Talam, yang mempunyai RM266.2 juta pinjaman terkumpul dan RM30.5 juta yuran lain yang perlu dibayar. Oleh itu, nilai bersih yang terbaru kepada MBI ke atas hartanah tersebut setelah ditolak pinjaman dan yuran, akan menjadi RM379.2 juta," jelas Tony.

Tambah Tony, dengan menambah RM379.2 juta kepada RM12.7 juta, Talam akan diselesaikan dalam hutang penuh sebanyak RM392 juta, ini bermakna bahawa Menteri Besar Incorporated (MBI) telah mengumpul bernilai RM392 juta tunai dan aset tambahan sebagai sebahagian daripada latihan tersebut.


Jumlah RM266 juta yang dibayar secara tunai kepada Talam sebagaimana didakwa oleh Chua adalah sebenarnya caj yang terhutang dibayar kepada bank dan ini menjadi tanggungjawab Selangor setelah tanah itu menjadi hak kerajaan.

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia pada bulan Mac dan April 2010, Pua berkata RM676 juta dalam aset yang diambil alih oleh kerajaan negeri Selangor dari Talam sebahagiannya digunakan untuk mengimbangi RM379 juta hutang Talam kepada negeri.

Tegas Tony, maklumat ini adalah daripada dokumen awam yang diperoleh dari Bursa Malaysia dan tidak semestinya mendapat daripada kerajaan negeri.

Tony juga mempersoalkan apakah kerajaan negeri Selangor yang mempunyai MBI yang digubal untuk mengambil alih hutang Talam terhutang kepada Unisel (RM255 juta), Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (RM115 juta) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (RM22 juta). 

"Ini bermakna bahawa MBI akan melakukan koleksi untuk hutang di atas berjumlah RM392 juta secara langsung dari Talam.

"Hutang-hutang yang sebelumnya tidak kira, dan tiada usaha telah dibuat oleh anak-anak syarikat negeri Selangor masing-masing untuk mengutip hutang ini," tegas Tony.

Oleh itu untuk memastikan bahawa semua hutang tertunggak yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri dikumpulkan, Tony berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah menjadikan misi peribadinya untuk memastikan bahawa pembayar Selangor tidak akan diperdaya.

"Mereka mempunyai 24 jam untuk menarik balik tuduhan yang tidak berasas mereka. Jika tidak, saya akan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada masa yang sama esok menafikan dakwaan mereka bahawa Selangor telah "terlebih bayar" untuk tanah  yang menjalankan pemulihan hutang," tegas Tony.


Sumber

Makin lambat PRU, banyak skandal Najib terdedah


KUALA LUMPUR: Nampaknya semakin jauh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung semakin banyak tembelang Perdana Menteri pecah dan semakin sukar beliau menepis segala dakwaan yang dihadapkan kepadanya.


Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu skandal campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta  yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent menandakan negara ini bakal menuju kehancuran.

“Dalam pendedahan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR mendakwa laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, George Kent juga didakwa tidak ada kepakaran membina projek LRT dan hasil rekod projek syarikat George Kent juga membuktikan bahawa syarikat itu hanya pernah mengendalikan projek bernilai RM40 juta yang tidak memenuhi kriteria projek LRT Ampang yang bernilai RM1 bilion.

Sehubungan itu, kata Riduan pihaknya merasakan campur tangan PM dalam urusan pengendalian projek ini amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Soalnya, kata beliau apakah PM mahu menggadaikan keselamatan orang awam dengan syarikat yang tidak memenuhi spesifikasi projek.

“Mengapa begitu beria-ia PM menganugerahkan projek kepada syarikat ini walhal telah dilaporkan bahawa syarikat ini sememangnya tidak layak mendapat projek ini?

“Adakah sesuatu kepentingan lain diperolehi oleh PM atau ahli keluarganya melalui penganugerahan projek ini?” kata beliau.

Dalam hal ini, tambahnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menutup mata melihat skandal sebesar ini berlegar di depan mata tanpa tindakan.

Menurutnya, skandal itu menguji integriti badan itu dan mahu melihat sejauh mana wibawanya bagi mengendalikan skandal sebesar ini.

Namun demikian, ujar Riduan ramai boleh mengagak bagaimana kesudahan episod kisah ini dan siapa yang akan untung dan terselamat, sebaliknya siapa pula yang bakal terjerat dan disiasat.

“Kesemua pendedahan ini menunjukkan bahawa sudah sampai masanya era pemerintahan BN berakhir kerana para pemimpin negara pada hari ini sudah terlalu bermasalah dan berpenyakit,” ujarnya.

Justeru, ujar beliau dalam beberapa bulan akan datang, entah berapa banyak lagi projek sulit akan didedahkan yang menggemparkan dan mensensasikan negara.

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru