This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, 11 December 2012

PR berjaya tembusi kubu BN kawasan Ali Rustam

BUKIT KATIL: Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat BN di Peti Undi Tambak Paya, apabila satu ceramah penerangan anjuran DAP berjaya diadakan di Taman Tambak Paya di sini malam tadi.

Sebelum ini Pakatan Rakyat sukar untuk mengadakan program di kawasan Ketua Menteri itu disebabkan tiada pihak yang berani membenarkan pekarangan rumah mereka dijadikan tapak ceramah.

Pakatan Rakyat juga menghadapi situasi yang sama untuk mengadakan program tersebut sehingga tapak program terpaksa ditukar tiga kali kerana tuan rumah telah diugut pihak tertentu yang dipercayai mendapat arahan pimpinan BN.

Pengarah Program, Gandhi Rajan (gambar)berkata kejayaan PR mengadakan program malam tadi membuktikan bahawa rakyat sudah berani membuat perubahan walaupun mereka diugut.

"Rakyat sudah buka mata, mereka tidak takut lagi, apa yang penting mereka mahu buat perubahan demi masa depan anak cucu mereka dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, maruah dan sebagainya.

"Walaupun ada gangguan dan provokasi malam tadi, kita tetap meneruskan program kerana kita tahu program ini aman dan bukan mahu buat kacau," ujar Gandhi yang juga Naib Pengerusi DAP Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi dalam ucapannya kesal kerana kerajaan Barisan Nasional terus mengamalkan dasar perkauman dan diskriminasi terhadap sekolah-sekolah Tamil di mana ianya seolah-olah sekolah kelas kedua.

"Pasal apa sekolah itu diberi nama 'Jenis Kebangsaan’ apa itu ‘jenis’, kita pun tidak faham.

"SJKT, SJKC semuanya ada 'jenis' nampak macam sekolah ini kelas kedua, ini diskriminasi kepada rakyat kaum India,"ujar Ravi penuh semangat.

Adun Senawang,  Gunasekaran pula berkata tindakan kerajaan yang menafikan hak kaum India untuk mendapat kerakyatan Malaysia adalah satu pengkhianatan dan kezaliman kepada mereka yang terlibat.

"Ada ratusan ribu orang India yang layak tetapi tidak dapat kad pengenalan, mereka ini fasih bercakap Bahasa Malaysia dan sudah tinggal lama di Malaysia, tetapi orang Filipina yang ada di Sabah cakap Melayu pun tak tahu boleh dapat MyKad.

"Jelas kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kebajikan rakyat sendiri dan mereka menafikan hak rakyat," tambahnya.

Janji Najib bina rumah macam Mat Jenin

Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membina 20 ribu rumah mampu milik menerusi Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) dan pembinaan Monorail diandaikan 'Janji Mat Jenin' pada era globalisasi ini.

Dulu Mat Jenin dikaitkan dengan cerita rakyat sedang berangan-angan di pelepah kepala yang akhirnya apabila terkena angin sepoi- sepoi bahasa, dia pun jatuh ke tanah dan mati.

Angan-angannya berakhir di situ tanpa dapat direalisasikan untuk membuktikan apa yang dihajatinya dikotakan.

Mengimbau kembali kisah pembinaan perumahan oleh PRIMA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), kononnya kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan kehendak penduduk Melayu khususnya yang amat mengharapkan perubahan masa depan dengan menduduki rumah sendiri.

Namun, Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) sekadar 'tanam tebu tepi bibir' tetapi manisnya tidak langsung terasa.

Perkara itu terbukti berdasarkan rekod silam. Pada tahun 1984,  Kerajaan Negeri pimpinan Gerakan-BN di Pulau Pinang berjanji membina rumah untuk kakitangan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di atas 330 ekar tanah yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan dengan harga RM5.1 juta.

Sampai kini, sudah 28 tahun janji tersebut belum ditepati sehinggakan kawasan berkenan telah menjadi ladang kelapa sawit.  Ladang itu dikendalikan oleh sebuah syarikat kroni BN dengan sewa hanya RM7 ribu sahaja.

Begitu juga perumahan di Teluk Kumbar yang diusahakan oleh Pelaburan Harta Tanah Bumiputa Berhad (PHBB) sebanyak 235 unit di lot 405, 2303, 638, 639, 640 dan 641 di Mukim 11 Daerah Barat Daya, Pulau Pinang masih tidak jadi kenyataan.

Kerajaan Persekutuan tidak langsung menunjukan minat untuk menyelesaikan masalah itu tiba-tiba datang pula bersama-sama janji baru yang besar kemungkinan hanya janji pilihan raya.

Jika tidak percaya, sila tanya Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang, Saudara Rahmad Isahak atau Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Negeri, Saudara Iszuree Ibrahim. Hal ini kerana merekalah yang memperjuangkan banyak isu tanah dan perumahan di Pulau Mutiara ini.

Selain itu, perkampungan Melayu yang bakal musnah ialah di Batu Uban di usahakan oleh Era Kemas Sdn Bhd, juga milik kroni Umno.  Jadi, di mana maruah Umno kerana para pemimpin atasan mahukan janji ditepati sedangkan kroni yang mementingkan projek terus rakus menghalau penduduk asal kerana mengejar keuntungan.

Menyentuh mengenai Monorel pula, perkara itu bukan sesuatu yang baru. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Barisan Alternatif (BA) semasa diterajui Presiden PAS, Dato' Fadhil Mohd Noor.

Perkara ini pernah disuarakan oleh Adun Permatang Pasir, Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang (1999-2004), Abdul Rahman Kader atau Ketua Pembangkang (2004-2008), dan Phee Boon Poh yang kini menjawat jawatan exco. Mereka tertanya-tanya kemapa BN pada ketika itu tidak berminat membina Monorel untuk mengatasi masalah kesesakan terutamanya di sebelah pulau.

Tetapi, ketika hasrat untuk melihat rumah mampu milik dan monorail masih tidak kesampaian, kini ditambah pula isu pembinaan Jambatan Pulau Pinang Ke dua yang menghubungkan Batu Kawan dan Batu Maung.

Kerajaan BN juga harus melihat kembali kes 103 keluarga di rumah pangsa Mak Mandin, Butteworth. Mereka dijanjikan rumah kos rendah sejak 1985, namun tidak pernah ditunaikan sehinggalah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyelesaikanya dengan memberikan 103 unit secara percuma bahkan mengembalikan balik pembayaran wang tunai yang dibayar kepada Kerajaan Negeri.

Dalam hal ini, rakyat wajar mengetahui setiap menjelangnya pilihan raya pasti ada janji baru akan diberikan dan apabila keputusan pilihan raya yang memihak kepada BN, janji tinggal janji dan ditinggalkan begitu sahaja.

Oleh itu, bagi mengajar sikap angkuh mengatakan hanya Umno dan BN sahaja yang boleh memberikan kemewahan adalah teriakan anak kecil yang kecewa.

'Perdana Menteri untuk semua' gagal ditonjolkan sebaliknya Perdana Menteri untuk Umno-Bn yang berlaku. Tiada sebab rakyat Pulau Pinang tidak boleh menolak Umno-BN sebagaimana penolakan dalam PRU12 yang lalu.

Sunday, 2 December 2012

AMANAT PRESIDEN PAS-Buat Petugas PRU13





WAHAI orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allahsupaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Maksud Ali Imran: 200)

SELURUH ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah, dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, semata-mata mencapai keredaan Allah.

Persiapkanlah diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi.

Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.

Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam.

Marilah kita, ahli dan penyokong PAS, terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepada-Nya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT.

Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA.

Petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketika menghadapi provokasi melampau pihak lawan, agar mereka juga dapat beralih bersama-sama menyokong perjuangan.

– Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang –

AMANAT PRESIDEN PAS

Buat Petugas PRU13

BERTARIKH: 1 JUN 2012, KOTA SARANG SEMUT, ALOR SETAR KEDAH, DARUL AMAN

Pemimpin Umno kaut keuntungan jual tanah di P Pinang


Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak. 

Macam-macam adegan lucu yang timbul daripada para perwakilan di PWTC, seperti perwakilan Sabah yang memperlekehkan penyeludupan wang tunai RM40 juta yang menjadi sumbangan politik Umno Sabah sebagai “jumlah yang kecil” malah tidak mencukupi, serta perwakilan Pemuda Umno yang menghebahkan dengan megahnya bahawa Umno telah dipilih oleh Tuhan untuk diberi amanah dan kuasa untuk memerintah negara Malaysia.

Jika benar Umno itu parti terpilih Tuhan, maka tidak perlulah Umno bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Apakah gunanya mandat rakyat jika kemenangan Umno sudah ditakdirkan Yang Maha Esa?

Satu lagi lawak besar yang muncul dari PWTC adalah kenyataan perwakilan Pulau Pinang Datuk Rahim Saibu yang dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”. 

Beliau juga mendakwa dalam sesi perdebatan bahawa keperluan rakyat untuk perumahan mampu milik tidak dipedulikan langsung dan “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri.

Umno sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. 

Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya.

Tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar Geoge Town.


Justeru, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung.

Datuk Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh Umno sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan Umno negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar.

Tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Dalam erti kata lain, dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta.

Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin Umno, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?

Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran Umno-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata.

Dasar kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk menghapuskan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan melalui Agenda Ekonomi Saksama yang akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.

Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri.

3 selebriti sertai Bicara Selebriti ke-7

KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk seorangnya dari Indonesa aktres Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira, menjayakan Bicara Selebriti Ke-7 malam tadi.

Dua orang lagi, Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris.

Buat julungkalinya sejarah program selebriti, ianya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, berbanding sebelum ini diadakan di Balai Islam, KTC dan KB Mall.

Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob di JKR 10, petang semalam.

Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam.

Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama.

Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini.

Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,”ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru.

Maaf diterima jika Umno tukar dasar - TGNA

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahlulu.

Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam.

Syarat kedua, jelas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Dan syarat ketiga, katanya, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri.

"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.

Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.

"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya.

Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.

Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa.

Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. 

Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)

"Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.


Tuesday, 23 October 2012

Himpunan bantah Chua Soi Lek esok

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.

Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.

Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14083-himpunan-bantah-chua-soi-lek-esok

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru