This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 24 September 2012

XPRESI HIJAU KASIH NABI SAW DI DEPAN KEDUTAAN AMERIKA, 21 SEPT 2012


< Isu > 

KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
XPRESI HIJAU KASIH NABI SAW DI DEPAN KEDUTAAN AMERIKA, 21 SEPT 2012
03 Dzu al-Qa'idah 1433 bersamaan 18 September 2012

Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS  terhadap pelawaan pemuda UMNO dalam isu Himpunan membantah Penghinaan Ke atas Rasul saw.

Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya apa yang jadi isu ialah penghinaan ke atas nabi saw. Adapun siapa nak bantah filem hina nabi tu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita.

Bantahan ini tanggungjawab setiap individu muslim utk nyatakan sikap terhadap penghinaan keatas nabi mrk. Lucunya, kenduri belum lagi bermula, dah ada yang nak berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri kemudian datang dan ambillah mana - mana kerusi dan meja kosong. Apa yang nak bising - bising ? Nak cari publisiti murah ?

Kami DPPM sedari awal, sejak Rabu [ 12 Sept ] lalu telah memutuskan dua program utama dalam menangani isu ini :

1. Himpunan Munajat dan bantah penghinaan ke atas Nabi saw di seluruh masjid negeri masing - masing pada jumaat [14 Sept ] selepas solat jumaat.
[ Ianya telah berlangsung dengan baik, aman dan jayanya termasuk di Sabah dan Sarawak ]

2. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw dan bantah penghinaan ke atas Nabi saw di kedutaan Amerika pada jumaat
[ 21 Sept ] ini. Solat Jumaat di masjid Tabung Haji .

Semua warga perihatin dijemput hadhir.

Kami telah umumkan kpd media 2 program itu sejak Rabu 12 sept yang lalu. So apa polemiknya ?

Tiba - tiba Isnin lepas  [ 17 Sept ] saya dimaklumkan bahawa pemuda UMNO ada mengajak pemuda PAS untuk turun demo sekali. Itupun saya hanya tahu melalui media. Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 sept ini, kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw. yang dihina sedemikian rupa oleh musuh - musuh Islam. Kalau 17 sept baru nak jemput kami, memang terlalu lambat lah sebab kami dah setup segalanya lebih awal.

Saya pun hairan kenapa isu ini dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan nak tunjuk hero kepada masyarakat ? Kalau nak demo turun saja lah , tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan pemuda PAS baru nak turun demo ? Ini bukan isu politik antara parti umno dan pas, ini isu penghinaan ke atas Nabi saw. Maka usahlah polemikkan perkara ini semata - mata nak buktikan kamilah hero ! Orang kampung semua sudah kenal .  Siapa yang serius mahu pertahankan Islam dan kesuciannya dan siapa pula yang hanya mahu mencari political millage dan menggunakan media untuk memposisikan diri.

Kami DPPM konsisten dalam membentuk sikap terhadap isu - isu sebegini. Tindakan membantah penghinaan ke atas Nabi saw adalah kewajipan paling minima yang mesti dilakukan. Justeru itu ia bukanlah perbuatan yang sia - sia malah menjadi satu amal yang dikurniakan pahala oleh Allah swt.

Saya sekali lagi menyeru seluruh warga perihatin samaada muslim mahu pun non muslim agar menyertai Himpunan Aman membantah provokasi jahat pihak tertentu dengan menghina Islam dan Nabinya saw di hadapan kedutaan US pada Jumaat 21 Sept ini .

Fokus pada isu sebenar. Hadir pada 21 Sept ini. Solat jumaat di Masjid Tabung Haji. Sejurus selesai solat, kita berarak ke kedutaan US. Saya tidak mempunyai cukup masa untuk melayan karenah orang yang nak berebut meja makan sebelum masa kenduri. Nak datang , datanglah ... Kenapa perlu buat bising dan cipta polemik ?  Jumpa anda di sana .....

Disediakan oleh ;
Nasrudin bin Hassan
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Islamist Democrats mengelirukan


< Ruang Ilmiah > 
Oleh: Ahmad Mouhyideen bin Hasyim
PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang memperjuangkan kedaulatan agama sentiasa berusaha untuk menerangkan Islam kepada semua lapisan dan golongan masyarakat sama ada muslim atau non muslim. Mengemukakan matlamat yang jelas dan prinsip yang tegas adalah keperibadian PAS yang berlandaskan ajaran Quran dan Sunnah serta perjalanan dakwah Nabi S.A.W.
Pun begitu, timbul satu golongan baru dalam PAS yang menggelarkan dirinya sebagai Islamist Democrats yang agak liberal dalam pemikirannya. Artikel ini akan cuba melihat dan mengkaji istilah dan pemikiran golongan tersebut guna untuk menilai sejauh mana ia bertepatan dengan aspirasi PAS untuk memperjuangkan Islam.
Istilah Islamist Democrats:
Bagi memahami apa kehendak sebenar golongan ini dengan istilah tersebut, mereka telah menerangkan bahawa Islamist adalah kata sifat (adjective) dan Demokrat adalah kata nama (mausuf/noun). Oleh itu, ia boleh diterjemahkan sebagai 'pejuang demokrasi yang Islamik'.
Jelasnya, golongan ini menggunakan Istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS. Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam.
Islamist Democrats pengaruh Barat:
Penganalisis Barat selalu menggunakan pelbagai istilah dan label untuk mengklasifikasikan Islam dan pejuangnya seperti Islam Liberal, Islam Sekular, Islam Progresif, Islam Ortodoks, Islam Protestan, fundemantalist, reformist, Post Islamism dan lain-lain. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Islam dan pejuangnya mempunyai pelbagai versi. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-merendah dan memburuk-burukkan persepsi orang ramai terhadap kumpulan Islam. Sebagai contoh, pejuang Islam dilabel sebagai golongan fundemantalist untuk menggambarkan mereka sebagai golongan yang kuno, tegar agama dan tidak ada kompromi.
Perlabelan Islamist Democrats hakikatnya adalah menggunakan method yang sama yang digunakan oleh penganalisis Barat. Islamist Democrats sebagaimana yang diterangkan sebelum ini adalah untuk membezakan diri mereka daripada golongan Islamist. Ia tidak lain untuk menggambarkan bahawa mereka lebih pandai berpolitik, menyuarakan mesej dengan bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat awam dan melalui cara yang lebih lunak.
Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Pertama; mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan keduanya; mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya. Justeru, perlabelan Islamist Democrats secara mafhum yang berlawanan dengannya membawa maksud golonganIslamist adalah golongan yang terlalu memaksa orang lain untuk menerima pendapat mereka, agak kuno daripada sudut pendekatan dan tidak pandai berpolitik.
Method perlabelan ini tidak seharusnya berlaku dalam gerakan Islam. Ia sangat mengelirukan orang ramai. Ia adalah untuk membina persepsi yang buruk kepada golongan Islam yang mereka gelar sebagai Islamist. Budaya perlabelan seperti ini adalah budaya Barat yang perlu ditolak.
Perbezaan Perjuangan PAS dengan golongan Islamist Democrats:
Daripada istilah Islamist Democrats yang membawa maksud pejuang demokrasi yang Islamik, kita dapat fahami bahawa asas perjuangan golongan ini adalah demokrasi dan Islam hanyalah sifat kepada perjuangan tersebut. Penekanannya adalah kepada demokrasi sementara Islam hanya untuk memperincikan lagi ciri demokrasi tersebut. Dari sudut ini, golongan ini telah membuat kesilapan yang sangat besar. Secara tidak sengaja, ia telah menukar penekanan daripada perjuangan Islam kepada perjuangan demokrasi. Istilah ini juga seterusnya meletakkan ciri Islamik menjadi hanya salah satu ciri sahaja kepada Pejuang Demokrasi.
Persoalan yang timbul ialah sejauh mana ia bertepatan dengan kehendak Islam dan ajarannya yang menjadi tunjang kepada perjuangan PAS. Adakah perjuangan PAS memperjuangkan demokrasi atau memperjuangkan Islam? Pasti jawapannya adalah memperjuangkan Islam kerana dalam perlembagaan PAS jelas menyatakan demikian.
Ia adalah perjuangan yang menjadi mata rantai perjuangan para Anbiya'. Fathi Yakan berkata: "Apabila saya mengaku sebagai muslim maka saya wajib bekerja untuk Islam ... Saya harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam." (Apa Ertinya Saya Menganut Islam, 2000).
Adapun demokrasi hanyalah wasilah yang digunakan oleh PAS untuk menegakkan Islam. Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang: "PAS mengemukakan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud di peringkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi." (Harakahdaily, 13 Ogos 2012).
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Saya adalah daripada kalangan orang yang meminta demokrasi dengan sifatnya sebagai wasilah yang memudahkan dan terkawal untuk mencapai tujuan kita dalam kehidupan yang mulia ini yang mana kita mampu di dalamnya menyeru kepada Allah dan kepada Islam ..." (Min Fiqhi Ad-Daulah, 1997).
Justeru, perjuangan golongan Islamist Democrats bercanggah dengan perjuangan PAS dan gerakan Islam yang lain. Perjuangan mereka tidak boleh diterima kerana asas perjuangan mereka adalah demokrasi, bukannya Islam.

Perjuangan Islamist Democrats berbentuk cebisan, tidak menyeluruh:
Golongan Islamist Democrats menyatakan bahawa mereka hanya mahu memainkan peranan dalam proses tadbir urus berdemokrasi dan tidak akan memaksakan pendirian mereka ke atas sesiapa sama ada yang bersifat politik mahupun agama. Kenyataan mereka ini adalah sesuai dengan perkataan 'demokrasi' yang memberikan kebebasan memilih tanpa paksaan terhadap seseorang.
Kenyataan ini sebenarnya menyerlahkan lagi pendirian dan perjuangan mereka terhadap demokrasi dan bukannya Islam yang menyeluruh. Islam sifatnya syumul dan menyeluruh. Dalamnya terdapat perkara yang berkaitan toharah, solat, puasa, menunaikan zakat, haji, ekonomi, undang-undang jenayah sehinggalah urusan negara dan pentadbiran.
Imam Hasan Al-Banna berkata: "Islam adalah sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Ia adalah akhlak dan kekuataan atau rahmat dan keadilan. Ia adalah thaqafah dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman ...." (Nazorat fi Risalah at-Ta'lim, 1990).
Mohd Abdullah al-Khatib dan Mohd Abdullah al-Halim menulis: "Imam Al-Banna dalam pemikirannya dalam perkara ini ketika menulis Risalah at-Ta'lim memulakannya dengan rukun Faham. Ini adalah kerana bekerja untuk Islam dan berkumpul sekitarnya tidak mungkin sebelum memahaminya. Beliau sangat mengambil berat agar kefahaman Ikhwan adalah kefahaman Islam yang sebenar, tidak meninggalkan salah satu aspek daripada aspek-aspek Islam." (Nazorat fi Risalah at-Ta'lim, 1990).
Memperjuangkan hanya proses tadbir urus yang berdemokrasi hanyalah cebisan dan satu aspek daripada apa yang terkandung daripada Islam dan bertentangan dengan contoh tauladan perjuangan Junjungan Nabi S.A.W.
Justeru, tidak peliklah mereka mengelak daripada memperjuangkan dasar PAS yang amat jelas dan syumul. Mereka menggesa agar PAS tidak menimbulkan isu Hudud kerana perbincangan dan perdebatan isu ini pada pandangan mereka membawa kesan yang negatif.
Ia berbeza dengan pendirian PAS melalui Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang yang tegas dengan prinsip dan dasarnya dalam isu Hudud. Beliau berkata: "PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka ... PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya." (Harakahdaily, 13 Ogos 2012).

Islamist Democrats Sedunia?
Golongan ini selalu mendakwa bahawa Islamist Democrats yang tidak membicarakan tentang doktrin Negara Islam dan undang-undangnya adalah sejajar dengan perubahan pendekatan oleh pejuang dan gerakan Islam seluruh dunia sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah melalui Arab Spring. Ia lebih dikenali sebagai Post Islamism oleh Barat.
Dakwaan ini jika diperhatikan tidak ada asasnya.  Dr. Mursi sebelum menjadi Presiden Mesir ketika menyampaikan ucapannya sebagai Presiden Parti al-Hurriyyah wal Adalah sempena muktamarnya yang pertama berkata: "Parti ini lahir daripada rahim Ikhwan Muslimin dan natijah daripada perjuangan Ikhwan yang panjang tetapi ia adalah terpisah daripada sudut pentadbiran dan kewangan. Ia adalah parti politik yang berusaha untuk mendapatkan kuasa dengan bersumberkan Islam." Beliau menyebut bahawa syiar parti yang pertama adalah Mesir dan ia adalah tujuan kita yang pertama yang akan kita bergerak daripadanya kepada daulah Islamiyyah (Negara Islam). Agama rasmi Mesir ialah Islam dan ia adalah sumber perundangan.  (Al-Yaum as-Sabi', 23 Julai 2011).
Jelas bahawa Dr. Mursi tanpa berselindung menegaskan prinsip partinya untuk menegakkan Negara Islam dan Islam adalah sumber perundangan. Walaupun beliau tegas dalam kenyataan tersebut, beliau tetap menang dalam pilihanraya Presiden yang pertama selepas kejatuhan Husni Mubarak.
Dr. Muhammad Badi', Al-Mursyidul al-Am bagi Ikhwan Muslimun pula menyeru agar para Ulamak dan Khatib menerangkan tentang kebaikan Hudud dan Syariat Islam dengan berkata: "Sekiranya para Ulamak dan Khatib berjaya menzahirkan kebenaran dan apa yang terdapat dalam Syariat Islam yang membawa kerahmatan, kebaikan yang banyak kepada manusia dan kebahagiaan di dunia serta akhirat maka masyarakat sendiri akan ingin melaksanakan Syariat Islam. Mereka akan mempertahankannya dengan penuh kekuatan dan keazaman." (ikhwanonline.com, 31 Mei 2012).
(Penulis adalah Ketua Majlis Fellow Penyelidik, Ulamak Pelapis Pusat merangkap ahli Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat)

Berani ke Najib 'jahit' mulut Dr M?

KUALA LUMPUR: Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani 'menjahit' mulut Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui bila pilihan raya boleh diadakan kerana Najib tidak dijangka berani menutup mulut Dr Mahathir.

"Hari demi hari Najib melihat kenyataan demi kenyataan Dr Mahathir yang makin memburukkan lagi peluangnya untuk mendapatkan kemenangan yang diharap-harapkannya untuk Umno dan Barisan Nasional.

"Dengan keadaan sedemikian, Najib tidak mampu mengadakan pilihan raya dalam keadaan peluangnya kian diburukkan seperti yang berlaku kepada Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2008 dahulu," kata Mahfuz.

Meskipun demikian, katanya lagi, Najib tidak berani menjahit mulut Dr Mahathir yang dilihat umum semakin hari semakin mengancam peluangnya.

"Menyuruh Najib menjahit mulut Dr Mahathir samalah seperti menyuruh tikus menggantung loceng ke leher kucing," katanya.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan "kita adalah syaitan yang orang kenal" akhirnya menyebabkan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya.

"Dr Mahathir menggunakan simpulan bahasa atau idiom Inggeris tetapi tindakannya itu menyebakan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya," kata Mahfuz (gambar).

Bekas Perdana Menteri juga, kata Mahfuz, menghakis keyakinan rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil apabila memberi gambaran jika Umno dan BN menang pilihan raya umum akan datang sekalipun, kerajaan pimpinan parti itu akan kekal lemah.

Malah, Dr Mahathir menyifatkan kerajaan yang kekal lemah itu menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan.

"Memburukkan lagi peluang Najib ialah apabila bekas Presiden Umno itu memberi gambaran bahawa kerajaan Najib ialah kerajaan yang menghampiri rasuah," kata Mahfuz.

Dr Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia menghampiri kepada pembelian undi.

"Dr Mahathir memang kata perbuatan Najib itu menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah. Tetapi, yang rakyat faham ialah kerajaan Najib mengamalkan rasuah untuk mendapatkan sokongan.

"Perkataan menghampiri yang Dr Mahathir gunakan itu hanya untuk melunakkan tetapi yang sebenarnya memang beli undi secara terang-terangan," katanya.

Wednesday, 19 September 2012

QR Code

Quick Respond Code ( QR Code ) PAS Taman Desa Subang 

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Kepada Pengunjung Blog Kami

Sila klik gambar dahulu kemudian imbas menggunakan telefon pintar anda ...

Harap Maklum ..

Sekian sahaja terima kasih .

Wassalam

PAS Taman Desa Subang ,
Seksyen U5 , Shah Alam


Friday, 14 September 2012

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir




1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru