This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, 12 April 2012

SPR Oh SPR


SPR penipu! Satu IC lama boleh pakai dua orang!





SEBELUM ini kita sudah dedahkan ratusan penipuan dan penyelewengan daftar undi SPR (sebut Suruhanjaya Penipu Rakyat) yang boleh disemak terus di laman web mereka.

Kali ini satu lagi kita dedahkan, manakala penipuan-penipuan lain akan didedahkan satu persatu selepas ini. Lihat nombor IC di bawah, ini.

NO IC lama yang serupa dimiliki oleh dua orang yang berbeza seorang berbangsa Cina manakala seorang lagi nampaknya berbangsa Melayu.





Bila ada dua orang menggunakan nombor IC lama yang sama, ini maknanya salah satu atau kedua-duanya adalah IC palsu. Kita telah memperolehi maklumat bahawa ada projek IC kepada warga asing yang tidak mempunyai IC lama lantas mereka mencipta IC klon.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana daftar SPR diselewengkan. Lebih banyak lagi pendedahan demi pendedahan akan dibongkar selepas ini.

Jelas dan nyata! BERSIH 3.0 28 April 2012 ini, rakyat Malaysia wajib turun di dataran Merdeka, Kuala Lumpur berhimpun secara aman untuk menghentikan penipuan Pilihanraya!

Sumber

Sumpah Ke Sesumpah


Tidak kenal Altantuya, Najib lafaz sumpah palsu?



MERUJUK kepada laporan Utusan Malaysia, 28 Ogos 2008, Perdana Menteri, Najib Razak telah melafazkan sumpah bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mengenali model Monggolia yang dibunuh kejam oleh dua anggota Polis yang juga merupakan pengawal peribadinya.

Akhbar propaganda Rejim Umno, Utusan itu juga melaporkan bahawa tiada sebarang dokumen, gambar, video berkaitan Najib ditemui di dalam peti besi yang menyimpan barang-barang milik Altantuya.



Blog-blog pro Barisan Nasional mendakwa bahawa kewujudan gambar Altantuya bersama Najib Razak adalah fitnah pembangkang. Sumpah yang dilafazkan Najib dilihat cukup untuk menafikan kewujudan gambar tersebut.

Namun semalam, dalam satu wawancara, Malaysiakini melaporkan bahawa, ayah kepada mendiang Altantuya, Setev Shaaribuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya yang diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.



Najib sudah bersumpah, namun kenyataan sumpahnya dilihat bercanggah dengan kenyataan ayah mendiang model monggolia itu.

Bila ada dua kenyataan bercanggah, maka salah satu adalah pembohong besar.

ReJaM© "Mari kita lihat siapa yang kena? "


Monday, 9 April 2012

Mengapa arah pindah RM308,700 ke akaun CEO TH?

KUALA LUMPUR, 9 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail.

Ketika bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan apakah alasan arahan pindahan wang itu.

"Mengapa? Untuk apa? Adakah ini bonus kepada CEO TH kerana kepandaiannya mengurus pelaburan TH dalam Silverbird? 

"Kalau benar pindahan wang itu adalah bonus untuknya, adakah pelabur-pelabur TH kerugian berjuta-juta ringgit, CEO pula dapat bonus?!" kata beliau.

Dalam ucapannya mengenai TH di Dewan Rakyat pula, Mahfuz membangkitkan beberapa isu yang penting dalam permaslahan TH iaitu kerugian yang dihadapi anak syarikatnya, Silverbird Bhd akibat penyelewengan wang syarikat, penggunaan wang TH berjumlah kira-kira RM500 juta untuk kompleks bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dan arahan pindahan wang tersebut.

Mengenai Silverbird, beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa penyelewengan kewangan di dalam syarikat tersebut tidak disedari oleh wakil-wakil TH dalam Lembaga Pengarah Silverbird?

"Apa tindakan disiplin dan tata tertib yang diambil oleh TH terhadap wakil-wakilnya dalam lembaga pengarah Silverbird?

"Adakah elaun Ahli Lembaga Pengarah diambil tetapi tidak ada akauntabiliti?" soal Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan mengapa TH tidak menempatkan wakilnya dalam pengurusan Silverbird sebagai Pengarah Eksekutif?

"Jika terdapat wakil Tabung Haji dalam pengurusan Silverbird kemungkinan pemyelewengan tersebut tidak berlaku," katanya.

TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu.

Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta.

Silverbird kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 iaitu syarikat bermasalah yang mesti mengemukakan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia.

"Apa tindakan pemantauan Jabatan Perdana Menteri terhadap isu ini dan terhadap kealpaan lembaga pengarah dan pengurusan TH sehingga menyebabkan kerugian berjuta wang pendeposit-pendeposit TH?

"Mengapa CEO TH tidak dipertanggung jawabkan terhadap kerugian Tabung Haji dalam Silverbird?

"Atau adakan JPM juga menghadapi Sindrom JK?!" katanya.

Mahfuz bagaimanapun tidak menjelaskan adakah sindrom JK itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengenai pembinaan kompleks pejabat kerajaan dengan menggunakan dana TH, beliau mempersoalkan adakah kerajaan akan menyewa kompleks tersebut daripada TH? 

"Kalau sewa, berapa sewanya dan berapa tahun pula baru dapat diperoleh semula kos binaan dan membuat untung? 

"Kalau TH sewa kepada kerajaan, sila bentangkan perjanjian penyewaan dalam Parlimen," katanya. 

Mahfuz juga mahu dibentangkan resolusi lembaga pengarah TH dalam pembinaan kompleks tersebut.


Sumber 

PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti

KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana  Menteri  untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan.   

Ini kerana, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang,  jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. 

"Bukan RM 43 bilion  seperti disebut," kata Husam yang juga Exco Ekonomi dan Kebajikan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau mempertikaikan, mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? 

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" soal beliau.

Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Antara tindakan yang boleh diambil, kata Husam  ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

Dengan itu, katanya, kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual  pembayaran tahunan yang tertentu.

Bagi beliau, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekaligus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan PM tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi undertaking dan menjadual semula pinjaman.

Saturday, 7 April 2012

Must Read


Malaysia di Ambang Kebengkrapan


Selepas 55 tahun pemerintahan, hutang negara kerajaan BN adalah kira-kira mencecah 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Keterhutangan Malaysia telah meningkat kira-kira 1% setiap tahun. Tetapi kewangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Awang Adek Hussin masih menegaskan bahawa tahap hutang kita masih terkawal "Ia tidak pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had diri yang dikenakan oleh kami atau ambang adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Dia tambahnya. paras hutang negara pada tahun 2007 adalah RM266 bilion tetapi meningkat kepada RM456 bilion pada tahun 2011 (53.8%). Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hutang itu meningkat oleh lompatan dan terikat selepas Mac 2008. Dengan penduduk seramai 28 juta, setiap rakyat Malaysia menanggung RM16000 hutang negara. Ini adalah apa yang kerajaan boleh menunjukkan selepas 55 tahun pemerintahan berterusan tanpa gangguan.

Selain Jika kita mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan persekutuan, pendedahan jumlah hutang kerajaan persekutuan mencecah RM573 bilion pada 2011 (bersamaan 67 peratus daripada KDNK). Ini adalah situasi yang membimbangkan memandangkan krisis hutang di Eropah dan Amerika Utara. Bagaimana tanah kerajaan dalam situasi ini? Berikut adalah beberapa skandal, perbelanjaan yang tidak dikira dan rosak amalan pemerintahan BN selama 55 tahun yang telah membawa hutang negara semasa.

1. Bekas Kerja Menteri, Datuk Seri S. Samy Vellu pernah berkata di Parlimen bahawa kerajaan telah digantikan dengan sejumlah RM38.5 bilion kepada 20 syarikat lebuh raya.RM1.3 bilion telah dibazirkan membina Kastam gajah putih, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kemudahan bagi pembatalan jambatan indah Malaysia-Singapura. Selepas melengkapkan pembinaan lebuh raya dengan wang pembayar cukai syarikat konsesi tol mengutip tol dari 30-60 tahun.
2. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Bank Negara telah kehilangan RM30 bilion dalam perdagangan pertukaran asing pada tahun 1990-an. Yang merupakan manipulator di belakangnya? (Menteri Kewangan Kedua, Nor mohamad yacub adalah bertanggungjawab bagi perdagangan Forex Bank Negara pada masa itu)3.Skandal Bank Bumiputra berkembar pada awal tahun 1980-an menyaksikan AS $ 1 bilion (RM3.2 bilion pada tahun 2008 ringgit)
4. Percubaan Maminco ke sudut pasaran dunia bijih timah pada 1980-an dipercayai telah menelan belanja kira-kira AS $ 500 juta. (RM1.6 bilion)
5. Perwaja Steel menyebabkan kerugian sebanyak AS $ 800 juta (RM2.56 bilion). Eric Chia, didakwa dengan rasuah untuk didakwa menerajui AS $ 20 juta (RM64 juta) kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong
6. Menggunakan RM10 bilion dana awam di Sdn Valuecap. Bhd. Operasi untuk menyokong pasaran saham.
7. Skandal perbankan RM700 juta kerugian dalam Bank Islam
8. Penjualan daripada M.V. Agusta oleh Proton untuk satu Euro membuat kehilangan € 75,99 juta (RM 348 juta)
9. Untuk 10 tahun yang lalu sejak Philharmonic Orchestra telah ditubuhkan, orkestra ini telah menelan sejumlah RM500 juta
10. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM3.2 bilion dalam pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dalam tempoh lima tahun yang lalu. Daripada jumlah itu, kerajaan telah membayar kekalahan RM2.21 bilion untuk pembelian maklumat dan teknologi komputer (ICT) peralatan yang tidak dapat memberi pecahan. Keseluruhan projek telah dibatalkan11. Komisen yang dibayar untuk pembelian jet dan kapal selam kepada dua buah syarikat swasta Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta.12.RM 100 juta bagi pengubahsuaian bangunan Parlimen dan kebocoran
13. Program Angkasawan Negara - RM 40 juta
14. Program Latihan Khidmat Negara - tahunan anggaran sebanyak RM 500 juta15. Eye On Malaysia - RM 30 juta dan RM5.7 juta lagi tiket percuma
16. RM 4,63 bilion, lembut-pinjaman 'kepada PKFZ
17. RM 2.4 juta dakwat kekal
18. RM32 juta sogokan eksport kayu balak yang melibatkan syarikat-syarikat yang disambungkan kepada Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya.
 Penyelamatan19. Dua penyelamatan Malaysia Airline System RM7.9 bilion
20. Sistem pengangkutan Putra (PWTC), yang bernilai RM4.486 bilion
21. STAR-LRT bailout bernilai RM3.256 bilion
22. Sistem Pembetungan Negara yang berharga RM192.54 juta
23. Seremban-Port Dickson Highway berharga RM142 juta
24. Penjara Kuching bernilai RM135 juta
25. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bernilai RM8.3 juta.
26. Le Tour de Langkawi bernilai RM 3,5 Juta
27. Pengedaran borong berpuluh-puluh juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di sebalik DEB untuk kroni, anak-anak dan saudara-mara pemimpin BN dan Menteri-Menteri yang bernilai berbilion-bilion ringgit.
28. Skandal AP telah berlaku tahun selepas tahun akan kembali selama lebih daripada tiga dekad, melibatkan jumlah sukar dibayangkan sejumlah wang berpuluh-puluh bilion ringgit
29. Pemberimilikan berpuluh-puluh ribu hektar tanah komersil dan konsesi perhutanan kepada anak-anak dan saudara-mara pemimpin BN dan Menteri-Menteri yang bernilai berpuluh-puluh bilion ringgit.
30. Perjalanan di seluruh Malaysia dan lihat sendiri berapa banyak gajah putih seperti gerbang megah, jalan berturap dengan batu bata khayalan, tiang lampu pereka, menara jam, bangunan Majlis Perbandaran yang kelihatan seperti Istanas, boros tempat ibadat, membaikpulih kediaman VIP, ditinggalkan atau kurang digunakan kerajaan kompleks sukan dan bangunan, dll! Digabungkan mereka dengan mudah boleh berjumlah beratus-ratus bilion ringgit!
31. Pembaziran dan dagangan hadapan minyak Petronas pada 1990-an berdasarkan harga minyak yang rendah kemudian. Sejak akaun Petronas adalah untuk mata Perdana Menteri sahaja, kita perlu benar-benar tidak tahu jumlah. Sebarang jumlah yang anda buat taruhan adalah COLLOSSAL!
 Terdapat banyak lagi skandal yang tidak terdedah kepada orang awam Malaysia. Kerajaan UMNO BN telah tidak belajar apa-apa pengajaran dan terus membelanjakan seolah-olah mereka dilahirkan untuk memerintah negara ini. Baru-baru ini 250 juta Shahrizat Jalil NFC penipuan adalah satu lagi kes di mana wang telah diberikan hanya untuk menghabiskan Shahrizat Jalil cara dan keluarganya mahu. Tiada prosedur yang betul dan tarikh akhir untuk membayar balik semula?

Walaupun semua skandal dan pembaziran, India di Malaysia dinafikan hak walaupun asas.Oleh itu, ini kerajaan yang kita mahu tinggalkan untuk anak-anak dan cucu kita? Mendaftar sebagai pengundi dan bertindak sekarang. ia sekarang atau tidak.

Ilmu


NASIONALISME DAN BAHAYANYA 
MUQADDIMAH
Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.
PENGERTIAN NASIONALISME
Di dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:
Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.
Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.
Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.
PERCANGGAHAN NASIONALISME DENGAN AGAMA ISLAM
Daripada kesedaran kita mengenai hakikat sebenar fahaman kebangsaan itu maka nyatalah kepada kita percanggahan yang tidak dapat dielakkan di antara ideologi nasionalisme dengan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam syariat Islam. Ia adalah percanggahan-percanggahan yang menuntut setiap Muslimin agar menolak sepenuhnya fahaman tersebut daripada diamalkan di dalam sebuah masyarakat beragama Islam. Ia adalah percanggahan yang lahir akibat daripada tabiat Islam sebagai sebuah ajaran yang berjuang untuk menyatukan manusia di atas asas pengabdian kepada Allah s.w.t. semata-mata dan di atas asas menegakkan keadilan Tuhan di dunia ini. Secara asasnya percanggahan tersebut bolehlah dibariskan kepada empat bahagian seperti berikut:
(1) Ia adalah fahaman yang membina penyatuan manusia di atas asas menerima pensyarikatan yang berlaku di kalangan manusia terhadap ketuhanan Allah s.w.t. di alam ini. Ia dengan itu adalah penyatuan yang tidak menjadikan kepentingannya membimbing manusia kepada mentauhidkan Allah s.w.t. dan kepada membulatkan kehambaan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Penyatuan yang meredhakan kekufuran seperti ini adalah bentuk penyatuan yang membawa penyesalan para pengamalnya di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Ankabut ayat 25 yang berbunyi:
Dan berkata Ibrahim: Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah s.w.t. adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tiada bagi kamu para penolong pun.
(2) Ia adalah fahaman yang membina kepentingan manusia di atas asas kepentingan di dunia semata-mata dengan melupakan kepentingan kesejahteraan manusia di akhirat. Kepentingan akhirat itu hanya dapat dicapai melalui ketaatan yang penuh kepada segala perintah Allah s.w.t. yang telah disampaikan oleh RasulNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Israa' ayat 18 dan 19 yang berbunyi:
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.
(3) Ia adalah fahaman penyatuan yang bercanggah dengan syariat Islam yang berhubung dengan hukum al-wala'. Yang dikehendaki dengan hukum al-wala' ialah ajaran Islam yang melarang Muslimin daripada memberikan hak persahabatan, perlindungan, kepimpinan, kasih sayang dan pertolongan kepada golongan kuffar dan musyrikin dalam perkara yang menyalahi ketaatan kepada Allah s.w.t. atau di dalam perkara yang menyalahi hak persaudaraan sesama Muslimin.
Dari sini dapatlah difahami bahawa hukum wala' di dalam masalah kepimpinan bukanlah semata-mata persoalan setakat memastikan kekuasaan mutlak tidak berada di tangan golongan kuffar seperti yang difahami secara menyeleweng oleh penulis buku "Permasalahan Agama dan Politik" tetapi ia sebenarnya adalah persoalan memastikan bahawa orang-orang kafir tidak mendapat kuasa yang boleh menghalang orang-orang Islam daripada melaksanakan ketaatannya kepada Allah s.w.t. secara sempurna.
Di dalam negara yang mengamalkan nasionalisme sekular pada hari ini kuasa yang diberikan oleh perlembagaan negara kepada Muslimin adalah kuasa yang tidak melibatkan kebebasan mereka melaksanakan hukum Allah s.w.t. atau dengan kata lain ia adalah kuasa yang tidak menafikan kemestian orang-orang Islam mentaati orang-orang kafir di dalam hukum dan peraturan ciptaan mereka. Oleh itu persoalan para khalifah Islam yang terdahulu melantik dan memberi ruang kepada orang-orang kafir menjawat beberapa jawatan negara tidaklah boleh disamakan dengan corak pentadbiran negara sekular pada hari ini. Pemberian jawatan kepada golongan kafir zimmi pada zaman itu adalah berlaku di dalam suasana terlaksanya hukum Allah s.w.t. secara sempurna dan megah dan tidak pula membawa kerugian kepada umat Islam.
Seterusnya perlulah diingatkan mengenai kesesatan penulis tersebut yang cuba meletakkan persoalan melantik orang-orang kafir di tanah air pada hari ini sebagai termasuk di dalam rukhsah yang dibenarkan oleh syariat Islam. Perlulah difahami bahawa rukhsah di dalam Islam adalah digantungkan di dalam perkara ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Ia sama sekali tidak dibenarkan dalam perkara maksiat dan mungkar seperti rukhsah yang difahami oleh penulis buku tersebut kerana rukhsah seperti itu adalah rukhsah yang membuka jalan untuk melakukan perkara yang amat mungkar iaitu menolak hukum Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan di dalam negara yang merupakan syarat kerjasama di antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam yang diletakkan oleh penjajah. Menolak hukum Allah s.w.t. dan menggantikannya dengan hukum ciptaan manusia adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam, firman Allah s.w.t. di dalam Surah As-Syura ayat 21 yang berbunyi:
Apakah mereke mempunyai sembahan-sembahan selain Allah s.w.t. yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah s.w.t. .
Seterusnya perlulah ditegaskan pula mengenai kesesatan penulis buku tersebut apabila beliau meletakkan perkara memberi sebahagian kepimpinan umat Islam kepada orang kafir sebagai termasuk di dalam taqiyyah yang dibenarkan oleh Islam. Perlulah difahami bahawa hukum taqiyyah hanyalah dimaksudkan oleh syarak sebagai rukhsah kepada orang perseorangan sahaja dan di dalam keadaan yang berkait dengan paksaan sahaja. Ia tidak dibenarkan untuk menjadi suatu kaedah umum yang boleh dipakai oleh umat Islam di dalam menghadapi golongan kuffar kerana hal tersebut akan menghilangkan kewajipan hukum jihad.
Adapun tindakan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu yang membayar ufti kepada kerajaan Siam itu dari sudut hukum syaraknya bukanlah termasuk di dalam perkara taqiyyah tetapi ia adalah termasuk di dalam persoalan siasah syari'yyah. Perlulah difahami dengan baik dan perlu dibezakan kedua perkara ini dengan jelas supaya tidak diperbodohkan oleh penulis buku tersebut dan seumpamanya daripada penyokong-penyokong fahaman sekular di tanah air.
Sesungguhnya umat Islam perlulah memahami bahawa di dalam keadaan negara pada hari ini Islam menjadikan jihad menurut peringkatnya sebagai kewajipan dan jalan menegakkan semula kedaulatan Islam itu.
(4) Ia adalah fahaman yang memusuhi usaha menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah di zaman ini sebagai sebuah ikatan politik umat Islam yang berasaskan aqidah dan syariat Islam. Kewujudan sebuah negara yang seperti ini adalah bercanggah dengan fahaman nasionalisme sekular. Perlulah difahami bahawa dari sudut sejarahnya gerakan fahaman nasionalisme di barat adalah bertujuan untuk menolak pemerintahan gereja di benua Eropah dan fahaman nasionalisme ini juga kemudiannya telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melahirkan penentangan bangsa Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah yang membawa kepada kelemahan dan kejatuhannya. Sesungguhnya menegakkan khilafah adalah wajib menurut hukum Islam. Dalam hal ini Imam Nawawi Rahimahullah telah berkata di dalam syarahnya kepada soheh Muslim dengan ucapan yang bermaksud:
"Para ulamak telah ijmak di atas kewajipan muslimin melantik khalifah."
Mengenai tugas khalifah itu pula antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hazmin di dalam kitab Muhalla. Beliau berkata:
"Hanya sanya Imam itu dilantik adalah untuk menegakkan sembahyang di kalangan manusia, memungut sedekah-sedekah mereka, melaksanakan hukum hudud mereka dan melaksanakan hukum di kalangan mereka dan berjihad melawan musuh mereka."
MENOLAK SYUBAHAT MENGENAI HAKIKAT ASSABIYYAH
Bagi melengkapkan perbincangan risalah ini dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah diberikan penjelasan mengenai hakikat assabiyyah dan hukumnya di dalam Islam. Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian assabiyyah. Mereka pertamanya telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam assabiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Keduanya mereka telah menyamakan nasionalisme yang dianuti oleh kerajaan yang memerintah sebagai fahaman nasionalisme yang pernah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith soheh yang bermaksud:
"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assabiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyyah." (Riwayat Muslim)
Oleh itu perlulah difahami bahawa kekeliruan ini adalah bertolak daripada tumpuan yang berlebihan kepada pengertian assabiyyah dari sudut bahasa sebaliknya melupakan pengertiannya dari sudut istilah menurut keterangan Rasulullah s.a.w. sendiri. Perlulah difahami bahawa mengutamakan pengertian lughawi dengan mengabaikan pemahamannya menurut keterangan Al-Quran dan Sunnah atau pemahaman para salafus soleh bagi sesuatu kalimah yang terdapat di dalam nas-nas syarak adalah merupakan cara perjalanan ahlul bidaah sepanjang zaman.
Di dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pemahaman sesuatu kalimah syarak mestilah dicari terlebih dahulu di dalam penjelasan Allah s.w.t. dan rasulNya dan para salafus soleh. Apabila telah tidak didapati barulah pegertiannya itu disandarkan kepada perbahasan lughawi. Di dalam hal ini pengertian assabiyyah telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam hadith baginda yang bermaksud:
"Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."
Di dalam pengertian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini, baginda telah mengikat pengertian assabiyyah kepada membantu di atas dasar kezaliman. Penjelasan Rasulullah s.a.w. yang amat bijaksana ini adalah menepati dengan tabiat kesungguhan Rasulullah s.a.w.. Baginda telah menjelaskan pengertian assabiyyah itu dengan cara yang mendidik manusia kepada perubahan di dalam hidupnya kerana Islam tidak memandang sebarang faedah kepada perkataan yang tidak membawa kepada taat dan amal. Jawapan baginda yang bersifat tarbawi dan sentiasa mempunyai aspek amali yang mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. adalah menjadi didikan Allah s.w.t. kepada baginda. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 189 yang berbunyi:
Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) Haji."
Manakala mengertikan assabiyyah dengan membahaskan maksud bahasanya adalah merupakan penyelewengan daripada pentakrifan Rasulullah s.a.w. dan mengandungi sejenis kegelapan dan kebodohan. Marilah kita bertanya adakah Rasulullah s.a.w. hendak mengajarkan kepada umatnya dari hadith tersebut mengenai kabilah arab? Tidak, tetapi Rasulullah s.a.w. ingin mengajarkan kepada umat baginda mengenai kewajipan meninggalkan kezaliman dan bahawa risalah Islam yang dibawa oleh baginda adalah memerangi kezaliman di dalam segala bentuknya, samada berbentuk fahaman, ajaran, syiar, budaya mahupun ikatan. Rasulullah s.a.w. ingin membentuk umat baginda sebagai umat yang bersih daripada kezaliman dan berjihad membebaskan manusia di dunia ini daripada kezaliman sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisaa' ayat 75 yang berbunyi:
Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah s.w.t. dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau. Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.
Apabila kita telah memahami bahawa assabiyyah itu ialah menolong bangsanya di atas dasar kezaliman maka pada ketika itu adalah jelas kepada kita bahawa fahaman nasionalisme sekular yang mempertahankan undang-undang sekular dan menolak undang-undang Allah s.w.t. yang diliputi oleh keadilan dari segenap sudut dan sisinya itu adalah fahaman yang benar-benar tergolong di dalam maksud hadith tersebut. Bahkan perlulah dinyatakan bahawa kezaliman yang menjadi tabiat fahaman nasionalisme moden itu adalah beratus kali ganda daripada kezaliman yang berlaku di dalam kabilah-kabilah Arab.
Kezaliman kabilah-kabilah Arab itu adalah berlaku kerana terlalu melebihkan keturunan mereka di dalam segala perkara, manakala kezaliman nasionalisme moden adalah kerana menyekutukan Allah s.w.t. S.W.T. di dalam salah satu daripada sifat UluhiyyahNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-An'am ayat 115-116 yang berbunyi:
Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Firman Allah s.w.t. S.W.T. lagi di dalam Surah Al-Maidah ayat 45:
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t., maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
Firmah Allah s.w.t. di dalam Surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah s.w.t. ) adalah benar-benar kezaliman yang besar.
Seterusnya bagi menolak syubahat yang kedua kita perlulah memahami terlebih dahulu kaedah penting yang dipakai oleh para ulamak Islam bermaksud "Sesuatu hukum itu adalah digantungkan kepada kefahaman". Memahami kaedah ini adalah amat perlu untuk melahirkan hukum yang tepat kepada mereka yang kelihatan mengamalkan sesuatu bidaah yang bercanggah dengan syariat Islam. Ia juga adalah amat penting untuk menjadi asas bagi mengetahui fahaman sebenar ulamak-ulamak Islam yang kelihatan memakai syiar-syiar golongan kuffar. Bertolak dari kaedah inilah Al-Allamah Syeikh Said Hawwa telah berkata:
"Bahawa setiap syiar yang memalingkan manusia dari mengambil jalan Allah s.w.t. S.W.T. sebagai maksudnya dan sembahannya adalah syirik. Dengan ingatan bahawa hukum ke atas seseorang dengan kekufuran atau syirik akbar adalah memerlukan kepada fatwa yang mendalam dari ahli fatwa kerana ihtimal bahawa di sana terdapatnya niat-niat yang tersembunyi yang mungkin membawa kepada peringanan hukum ke atas pengamalnya, seumpama ia menanggung lafaz-lafaz tersebut di dalam masalah ini di atas wajah yang menepati iktiqad yang betul."
Dengan kefahaman ini adalah jelas bahawa penulis buku Minda Melayu Baru menyamakan perjuangan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Haji Agoes Salim dengan perjuangan nasionalisme UMNO adalah tidak benar kerana nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh kedua-dua ulamak tersebut tidak melibatkan penolakan terhadap hukum Allah s.w.t. S.W.T. seperti UMNO. Ia adalah suatu penyamaan yang terburu-buru dan sebagai fitnah terhadap ulamak-ulamak Islam yang wajib ditolak. Semoga dengan penjelasan terhadap syubahat-syubahat ini akan dapat membuka kepada kita hakikat kesesatan nasionalisme itu tanpa sebarang keraguan lagi menurut timbangan syariat Islam. WAllahu A'lam wa Huwa yahdis Sabil.
Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Insan ayat 29-30 yang berbunyi:
Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali bila dikehendaki Allah s.w.t. . Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
PENUTUP
Sesungguhnya tidak ada jalan untuk melepaskan umat Islam di zaman ini seluruhnya daripada kesesatan beramal dengan fahaman nasionalisme selain daripada berusaha mendedahkan kepada umat Islam hakikat kesesatan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu sebagaimana juga segala ideologi kebendaan yang lain secara menyeluruh dan merata melalui kuliah-kuliah yang disampaikan di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok dan segala saluran pengajian agama di tanah air. Risalah ini hanyalah suatu pengenalan yang amat ringkas tetapi sebagai amaran yang amat keras kepada Muslimin mengenai ancaman bahaya fahaman nasionalisme kepada kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Semoga Allah s.w.t. menjadikan risalah ini bermanfaat kepada penulis dan sekelian Muslimin. Amin.
Oleh Al-Faqir ila Rabbihi
Abu Abdul Halim
Kaherah, Mesir.


Ingatan Buat SPR


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diperingatkan Jangan Khianati Amanah Pengundi


Kuala Terengganu, 16hb Mac 2012. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958 sebagaimana berlaku kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga sejumlah 31,294 pengundi yang didakwa dipindahkan tanpa kebenaran.
Urusan pilihanraya merupakan amanah terpenting negara kerana ia menentukan parti yang memerintah. Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan pilihanraya sewajarnya SPR tidak melakukan pecah amanah.
Dewan Ulama PAS Pusat memperingatkan semua petugas Suruhanjaya Pilihanraya yang terlibat dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 58 bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak".
Begitu juga peringatan Nabi saw kepada pengkhianat amanah. "Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat itu pasti memiliiki bendera di hari Qiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada urusan awam." Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim.
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat


Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru