This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, 19 May 2012

Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak ke Pulau Pinang


PULAU PINANG: Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.
Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama.
Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam.
Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.
Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani.
Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun.
Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depan ini.
"Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan.
"Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukkan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu.
Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali.
Akhbar yang menyiarkannya terlebih  bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN).
"Mana dia mufti bila bertembung isu itu.  Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya.
Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan.
Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.
Dipetik dari Harakahdaily (Oleh Mohd Sabri Said)

Imej Najib teruk takut mahkamah Perancis







KUALA LUMPUR, 19 Mei: Rakyat akan difahamkan mengenai ketakutan Perdana Menteri menghadapi mahkamah Perancis sama seperti mereka memahami isu lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya difahamkan bahawa ada kajian yang mendapati isu NFC menjejaskan imej Umno kerana ia memberi gambaran parti utama Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

"Saya yakin jika usaha memahamkan rakyat dijalankan dengan bersungguh-sungguh, imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan lebih teruk lagi kerana ketakutannya menghadapi inkuiri mahkamah Perancis bagi menyiasat urusniaga kapal selam Scopene antara Malaysia dan negara itu," katanya.

Mohamad berkata, para pengkaji menyifatkan Umno sebenarnya bergantung kepada imej Najib kerana imej parti itu disepakati telah lama tercemar dan hancur.

"Ketika Umno bergantung kepada imej Najib, kita bernasib baik kerana beliau sendiri yang memusnahkan imejnya dengan ketakutannya itu dan saya yakin rakyat akan melihat imej Perdana Menteri akan menjadi lebih buruk dari imej mereka yang dikaitkan dengan NFC.

"Ketakutan Najib itu adalah hadiah beliau yang sangat bernilai kepada rakyat yang berusaha menolak kuasa Umno," katanya yang yakin isu tersebut akan menjadi antara isu utama pilihan raya walaupun pilihan raya diadakan pada bulan Jun ini sekalipun.

Ketakutan Najib menghadapi mahkamah perancis itu juga mempunyai kesan yang jauh termasuk ke atas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Mohamad.

"Rakyat semakin bertanya, apakah yang hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri sehingga dia kelihatan takut sungguh untuk menghadapi inkuiri itu?

"Rakyat juga tertanya-tanya betulkan Perdana Menteri terlibat dengan rasuah dalam pembelian Scorpene dan adakah pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan dengan isu tersebut?" katanya yang yakin kesan isu tersebut lebih hebat lagi dari isu NFC.

Mohamad yakin, jika tidak ada benda yang hendak disembunyikan, Najib tentu tidak takut sama sekali dengan perbicaraan itu malah dengan senang hati dan berani sentiasa bersedia menghadapi inkuiri tersebut.

"Najib tak berani buat seperti senator Australia (Nick Xenophon) yang sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang negara ini kerana berada dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Itu sifat dan sikap orang yang yakin dia tidak bersalah dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Orang yang bersalah dan hendak menyembunyikan pekungnya tak mungkin berani buat seperti senator Australia itu," katanya.

Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi jawapan "tiada komen" bila ditanya mengenai siasatan mahkamah Perancis itu.

"Jawapan Muhyiddin itu memberikan makna yang sangat jelas dan menguatkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap ketakutan Najib menghadapi inkuiri tersebut," katanya sambil menyifatkan Muhyiddin memberikan jawapan yang sangat "straightforward" untuk difahami oleh rakyat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".


Sumber

Sunday, 13 May 2012

Pertembungan fatwa di Medan Tahrir


Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai  ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.

Mengingatkan peristiwa perhimpunan besar  rakyat Mesir di Medan Tahrir Kaherah, ia berlaku dalam keadaan percanggahan fatwa antara ahli jemaah fatwa Mesir dengan pengerusi majlis ulama sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradawi. Jemaah fatwa kata tidak boleh berhimpun, sementara Al-Qaradawi kata boleh berhimpun untuk menentang mungkar.

(Perhimpunan di Medan Tahrir, Mesir tanpa restu majis fatwa negara itu)

Justeru lebih 10 juta rakyat Mesir keluar menyahut seruan Al-Qaradawi. Hebatnya fatwa Al-Qaradawi itu, regim Mubarak terguling dan suatu pilihan raya diadakan. Syukur ke hadrat Allah, parti sekutu Ikhwanul Muslimun telah menang dan harapnya cahaya Islam terus gemilang di Mesir.

Meskipun di sebalik perhimpunan besar Medan Tahrir ada pihak tidak setuju kerana ada kejadian pertempuran dan kekecohan, namun ia sebagai nilai tribulasi yang mengharmonikan politik bernegara yang sebelumnya bergelumang dengan mungkar menyebabkan pelbagai kekecewaan umat Islam.

Namun kesannya peristiwa di Medan Tahrir itu, muncullah nilai harmoni politik bernegara berteraskan nilai-nilai keadilan sejagat  bertunjangkan Islam. Hakikatnya, urusan menentang perkara mungkar adalah tanggungjawab yang wajib.
Firman Allah SWT:
Bermaksud:  “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya” (Al-Nahl 16:90).

Bayang daripada peristiwa perhiumpunan besar Medan Tahrir pastinya tidaklah bertaraf perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Bersih 3.0 adalah sumbangan besar rakyat yang perihatin dengan kemelut politik Melaysia yang masih bergelumang dengan kekotoran yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Justeru Bersih 3.0 adalah bermatlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih agar berlaku suatu proses pemilihan rakyat secara adil dan telus. Matlamat ini tidaklah serupa dengan perhimpunan Medan Tahrir yang mengulingkan regim Mubarak. Maka sewajarnya matlamat Bersih 3.0 dapat disokong sama pihak Majlis Fatwa Kebangsaan.

(Perhimpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Dataran Merdeka)

Namun begitu, lain pula ceritanya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat amat berprasangka terhadap kesedaran rakyat Malaysia yang terluah menerusi perhimpunan Bersih 3.0. Justeru semua pihak harus merenung beberapa persoalan yang dapat memberi penilaian seadilnya kepada loghiknya perhimpunan Berisih 3.0.

Pertama, apakah kerja memasukkan sejumlah pengundi hantu (menyebabkan senarai pendaftaran pemilih jadi kotor)merupakah kerja maaruf? Ketahuilah, kerana wujudnya pengundi hantu itu, ada pihak yang mendapat untung (menang pilihan raya). Sedangkan ia satu taktik kotor. SPR sendiri pun sudah mengakui wujudnya nama-nama pengundi yang identitinya diragui. Ia turut disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), iaitu ada nama-nama berkenaan tiada dalam rekod JPN.

Paling diragui, dikatakan masih ada ramai nama pengundi yang umurnya melebihi 100 tahu dan beribu-ribu pula yang telah mati masih kekal sebagai pengundi sah. Justeru segala keraguan senarai pemilih itu pasti bersifat mungkar yang perlu dicegah. Justeru pengundi hantu adalah mungkar yang merosakkan amalan demokrasi dan di sisi Islam sesuatu yang mungkar, ia perlu dicegah.

Jika tidak dicegah, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pengundian dan ia memungkinkan pula ada pihak-pihak yang berkepentingan atau yang berkuasa, mengambil kesempatan untuk memastikan atas nama pengundi hantu itu ada pihak yang boleh hadir mengundi.

Kedua, persoalan pengundi hantu itu telah banyak kali dibangkitkan kepada pihak SPR sendiri. Termasuklah atas nama parti PAS dan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah acap kali membangkitkan, malah menyerahkan memerandum kepada SPR agar dapat diselesaikan. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar telah berjumpa wakil SPR yang disertai Datuk Nordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha SPR bersama Pengarah SPR Kelantan, dan turut menyampaikan maklumat sama untuk diambil tindakan pembersihan nama pemilih yang diragui termasuk yang mati.

Tidak ketinggalan juga, setiap kali pihak PAS menyertai siri-siri pilihaan raya kecil sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 seperti pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Manek Urai, Galas, Bagan Pinang, Merlimau dan Kerdau yang kesemuanya pihak parti PAS  sentiasa mengemukakan bukti-bukti mengenai keraguan dan ketidak telusan dalam proses pilihan raya.

Berikutnya pula, menerusi Pejabat Agung PAS, pihak Setiausaha Agung bersama dengan Pengarah Pilihan Raya PAS acap kali mengunjungi SPR berbincang dan menyampaikan pandangan termasuk memorandum untuk SPR mengambil langkah sewajar. Paling terkini lagi, pihak PAS turut menghantar wakil dalam jawatanakasa terpilih parlimen untuk penambahbaikan pilihan raya.

Namun, kesemuanya tiada hasil yang memuaskan. Dengan sebab itu, pendekatan NGO menubuhkan BERSIH dilihat sebagai saluran untuk rakyat bersama-sama menzahirkan tuntutan bersama agar pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno sekarang mengambil langkah positif ke arah penambahbaikan proses pilihan raya di negaraa ini.

Ketiga, cuba renungkan sejenak sekiranya pihak PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat berada sebagai penguasa Kerajaan, kemudian mengekalkan keadaan senarai pengundi hantu, pengundi mati dan seumpamanya dalam setiap kali pilihan raya, apakah pihak Umno dan Barisan Nasional tidak akan marah? Kita yakin Umno pun akan marah, maka apa sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh marah? Maka seadilnya pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib dapat berlapang dada untuk melakukan sesuatu penambahbaikan pilihan raya. Tidaklah sampai membebankan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membinc angkan apa-apa fatwa atas perkara yang sudah terang lagi bersuluh.

Keempat, berhubung dengan maruah fatwa. Sebenarnya menurut rekod, Umno sendiri  sudah banyak kali didapati tidak mematuhi fatwa.  Ia jelas mencabar maruah fatwa itu sendiri. Antaranya berhubung larangan meletakkan kalungan bunga di tugu pahlawan jelas tidak dipatuhi. Begitu juga, pernah Mufti Perak sekarang menegur secara sinis akan perbuatan Perdana Menteri dan isterinya yang hadir ke kuil Batu Caves bersubhat dengan perayaan agama Hindu.

Malah paling besar, berapa ramai pemimpin Umno dan isteri masing-masing yang melanggari (engkar) adab dan hukum pergaulan dalam Islam, sehingga ada pemimpin Melayu (baca Islam menuerut hemat Umno) yang menari tanpa menutup aurat di depan khalayak. Sedangkan perintah menutup aurat adalah hukum Allah yang termaktub di dalam Al-Quran. Jelas, Umno sendiri sudah tidak patuh kepada fatwa hinggakan hukum Al-Quran pun tidak dipatuhi. Apakah boleh kita katakan, sang Umno ini, hak Allah pun dia tolak?

Seterusnya yang kelima ketahuilah, sesungguhnya perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti ialah sejumlah pahala bukannya dosa. Tinggal lagi, bagaimana kita dan pemimpin Umno tetap yakin  bahawa kita akan dapat pahala. Sedangkan pahala itu datangnya dari Allah, kerana Nabi Muhammad sendiri tidak boleh beri pahala kepada umatnya.  Dalam hal ini, kita kena ingat, tatkala kita semua dibangkitkan di akhirat, hanya pahala bakal menyelamat kita. Kerana pahala seumpama ‘foreign currency’  (tukaran antara kebaikan dunia dengan untung akhirat) yang bakal dibentang di akhirat dan pasti menguntungkan sebagi tiket ke syurga.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam “Sijjiin” (Al-Mutaffifiin 83:4-7).

Persoalannya, bagaimana bagi Umno yang berjuang atas nama bangsa itu akan menerima pahala dari Allah. Sedangkan amalan dan dasarnya semacam menjauhi pahala. Antaranya masih mengekalkan nilai pilihan raya yang tidak bersih––kotor, berat sebelah dan tiada ketelusan sehingga banyak perkara yang diragui tentang pilihan raya itu sendiri. Apakah semua nilai yang tidak bersih sedang dikawal oleh pemimpin Umno ini tidak akan disoal di hari pembalasan kelak?  Kita yakin, pemimpin Umno pun masih ingat akan hari pembalasan. Sesungghuhnya Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya :


Maksudnya: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan – Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan (Al-Mutaffifiin 83:11).

Natijahnya untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak semestinya dengan pahala. Justeru itu, kita kena ikut landasan iman dan ehsan bagi meningkatkan amalan ibadat dan asas-asas ketakwaan kita terhadap perintah Allah SWT.

Maka lihatlah kepada perjalanan demokrasi di negara ini sekarang, mana-mana yang bercanggah dengan nilai-nilai keimanan dan kehsanan serta meruntuhkan ketakwaan pastikan ia diperbaiki demi mencapai keredaan Allah. Hanya keredaaan Allah jua bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Cadangan PAS untuk jaga kredibiliti Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR: PAS berpendapat  Majlis Fatwa Kebangsaan memerlukan saluran media sendiri atau memaklumkan fatwanya melalui sidang media agar penjelasan terperinci diberikan dalam sebarang fatwa yang dikeluarkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan ini boleh mengurangkan salah lapor kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis yang mempunyai kedudukan tinggi di kaca mata umat Islam itu.

Perkara ini perlu agar badan itu kekal berwibawa dan tidak dipertikaikan sebarang fatwanya.

Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.

“Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau berkata fatwa terbaru yang disebut Majlis Fatwa Kebangsaan bukanlah pelik atau bercanggah dengan nas.

“Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.

"Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS tidak pertikai kenyataan tersebut,” kata beliau.

Namun, tegas Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir ke Bersih 3.0 telah melakukan perkara bertentangan syarak.

Beliau menegaskan bahawa kehadiran seseorang dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak lebih-lebih lagi, jika ianya adalah sebahagian dari  penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.

“Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah sebenarnya mungkar yang lebih besar melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa.

"Pilihanraya yang tidak adil, menipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam adalah sebahagian daripada kemungkaran,” kata beliau.


Hadir Bersih 3.0

Atas dasar itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 bagi  menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.

“Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan.

"Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat,” kata beliau.

Sehubungan itu, tegas Tuan Ibrahim, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan.

Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang  diseleweng oleh media tradisi dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan, tambah beliau.

“Fatwa hanya melarang  menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus;  iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat.

"Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar,” kata belia

Rai beza pendapat, fokus dasar bersama Pakatan


(Pimpinan PAS dalam sidang media hari ini)

KUALA LUMPUR: PAS berpendirian isu hudud sudah lama selesai dan Pakatan Rakyat harus menumpukan perhatian kepada isu-isu bersama seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menangani masalah kemiskinan, menegakkan keadilan, mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan mengamalkan agama-agama lain dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak mahu ulangi lagi (kenyataan tentang hudud) kerana saya mahu tumpu perkara yang sekarang. Perkara itu (hudud) tunggu kita memerintah dahulu. Sekarang kita tumpu cabaran pilihan raya ke-13.

"Saya berpijak di atas apa yang saya buat. Isu (hudud) ini tak berbangkit. Isu ini dah selesai kita bincang dulu," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan karpal yang mahu beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.

Beliau juga berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang harus diraikan.

"Kalau ada perbezaan, itu perbezaan yang kita raikan antara satu sama lain," katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu hudud bukan menjadi fokus dan isu utama  PAS dalam pilihan raya ini.

Umno BN nak guna kaedah penjajah British lawan Majlis Peguam?





Majlis peguam




Kelmarin dulu Majlis Peguam berjaya buat satu mesyuarat agung luar biasa (EGM). Dalam mesyuarat agung luar biasa tu Presiden Majlis Peguam sendiri, bawa satu usul iaitu mengutuk keganasan polis ke atas wartawan dan juga peserta masa himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April lepas.

Usul tu disokong oleh 939 dari 1,270 ahli yang hadir, cuma 16 orang saja yang tak setuju dengan usul tu.

Selain tu mesyuarat agung luar biasa tu juga menggariskan 12 resolusi termasuk minta Menteri Dalam negeri dan ketua Polis Negara minta maaf kepada rakyat atas keganasan polis masa himpunan tu.

Memang Umno BN cukup tak puas hati dengan ketetapan mesyuarat Majlis Peguam tu yang secara terang kutuk kerajaan dan sokong Bersih 3.0 
Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 
Tapi nak buat macamana, Majlis Peguam adalah satu-satunya organisasi yang menghimpunkan semua pengamal undang-undang di negara ni.

Pasai itulah semalam Nazri Aziz setuju dengan cadangan nak ujudkan satu lagi organisasi lain untuk para peguam. Cadangan tu rasanya Nazri nak tiru cara penjajah British yang gunakan kaedah pecah perintah.

Yang lawaknya Nazri Aziz siap bagi alasan lawak, kononnya organisasi baru tu perlu ada pasai Majlis Peguam tak mewakili golongan yang ada kelulusan undang-undang tapi tak praktis undang-undang. Depa yang tak boleh jadi ahli Majlis Peguam ni pun boleh jadi ahli organisasi batu tu.

Juga untuk bagi nampak rasional lagi, Nazri juga kata Majlis Peguam dimonopoli oleh golongan tertentu pasai guna sistem pemilihan cara pos. Mungkin dia lupa yang ahli Majlis peguam tu semuanya peguam. kalau cara tu tak betul takkan depa semua tu bangang.

Yang kurang ajarnya Nazri ni bila diminta ulas pasai ketetapan EGM Majlis Peguam yang mintak Menteri Dalam Negeri dan ketua Polis Negara minta maaf, Nazri boleh kata yang pihak berkuasa tak buat salah apa-apa.
"Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia. Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya. - mStar.
Apa pun, yang paling lawak sekali Nazri siap bagi cadangan untuk organisasi baru tu, Akademi Undang-undang. Mungkin dia dia ni peminat setia Akademi Fantasia kut... Hahaha...

mStar melaporkan:

[Sumber: mStar]
Sumber

Lagi bukti penipuan dari pencacai


PALSU DARI PENCACAI UMNGOK


ASLI OLEH ZUNAR.



PENIPU, MENFITNAH , RASUAH
ITULAH
UMNO 





Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru