Sunday 13 May 2012

Rai beza pendapat, fokus dasar bersama Pakatan


(Pimpinan PAS dalam sidang media hari ini)

KUALA LUMPUR: PAS berpendirian isu hudud sudah lama selesai dan Pakatan Rakyat harus menumpukan perhatian kepada isu-isu bersama seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menangani masalah kemiskinan, menegakkan keadilan, mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan mengamalkan agama-agama lain dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak mahu ulangi lagi (kenyataan tentang hudud) kerana saya mahu tumpu perkara yang sekarang. Perkara itu (hudud) tunggu kita memerintah dahulu. Sekarang kita tumpu cabaran pilihan raya ke-13.

"Saya berpijak di atas apa yang saya buat. Isu (hudud) ini tak berbangkit. Isu ini dah selesai kita bincang dulu," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan karpal yang mahu beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.

Beliau juga berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang harus diraikan.

"Kalau ada perbezaan, itu perbezaan yang kita raikan antara satu sama lain," katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu hudud bukan menjadi fokus dan isu utama  PAS dalam pilihan raya ini.

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru