Sunday 6 May 2012

Mustafa garis 4 bekalan hadapi PRU13


TASEK GELUGOR, 3 Mei: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggariskan empat perkara penting sebagai bekal ahli PAS menjalankan aktiviti menjelang 'bunyi loceng terakhir' menandakan pilihanraya umum ke-13 makin hampir.

Empat perkara itu ialah pemimpin mesti tegas serta berketrampilan, memperkemaskan media baru yang menjadi elemen penting di era global, menyatukan tenaga dalam satu organisasi yang mantap dan mengatur strategi untuk memenangi hati dan minda rakyat.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tasek Gelugor kali ke-27 di Pusat Pendidikan  Islam Padang Menora, Tasek Gelugor semalam.

Baginya, perjuangan ke arah memartabatkan PAS dalam Pakatan Rakyat  amat wajar dititik beratkan  memandangkan musuh senantiasa mencipta berbagai cubaan untuk memisahkan kesatuan yang dibina kukuh agar berkecai.

"Bagi PAS kepimpinan wajar tegas untuk membina kekuatan bersama kepimpinan yang ada. Jangan termakan mengatakan PAS sudah hilang haluan kerana golongan ulama tersisih," jelasnya.

Katanya, untuk menangkis tohmahan itu, media baru yang ada harus bertindak secepat mungkin.

Beliau menambah, bukan itu sahaja malah sebagai organisasi yang bertahan lama, semua ahli parti mesti melahirkan ketaatan yang tinggi terhadap keputusan kepimpinan selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru