Saturday 19 May 2012

23 Apr 2012 - Ingat Mati

521899_373062432731807_100000841600527_1026316_1982580747_nLihatlah kajian yang dijalankan oleh orang bukan Islam. Kita bagaimana? Dalam agama Islam memang sangat menganjurkan setiap muslim untuk mengingati mati supaya tindak tanduk kita sentiasa perkara yang menuju kebaikkan. Mengingati mati sebagai kayu ukur sempadan untuk kita mengawal diri dan nafsu dari melakukan kejahatan, kezaliman dan penganiyaan sesama insan.


Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang.


Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup.


Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam.


Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi.


Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.


“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial.


“Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,”kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri.Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.


Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.


“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.


Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu.


Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya.


Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.


“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40 peratus lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.


Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. – Agensi



Sumber Luar

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru