This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, 24 June 2012

Rakaman manifesto akan jadi macam video Bersih

KUANTAN: Saranan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof untuk semua parti politik memberi kerjasama dan mencuba dulu sebelum mempertikai dan sangsi dalam cadangan untuk menyiarkan manifesto menerusi RTM secara rakaman telah ditempelak PAS. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa kredibiliti BN yang teruk adalah sebab utama mengapa pembangkang menolak cadangan SPR untuk menyiarkan manifesto secara rakaman. “Rekod BN yang tidak jujur dan beramanah...

Bimbang usaha BN swastakan syarikat awam

Tuan, Saya terbawa untuk menyuarakan kerisauan saya berkenaan perkara di atas. Seperti yang telah sedia maklum, pihak kerajaan BN sekarang dalam usaha untuk menswastakan beberapa syarikat GLC yang sewajarnya dimiliki dan diuruskan sebaik dan selanjutnya oleh pihak kerajaan Pusat. Saya berasa curiga seandainya usaha sebegini di buat agar urusniaga seperti UNISEL, SYABAS dan lain-lain seumpamanya akan memberikan keuntungan kepada...

Kenapa gas Kelantan naik ke Terengganu?

(Royalti menuntut gas Kelantan di naik ke negeri itu bukannya Terengganu) KUALA LUMPUR:  Gabungan profesional tuntut royalti, pendaratan minyak dan gas ke negeri Kelantan (Royalti) menuntut penjelasan daripada Petronas berhubung pelaburan sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin - MNB) yang menyebabkan gas Kelantan didaratkan ke Terengganu. Ini kerana, dalam tempoh lima tahun akan datang...

PRU 5 tahun sekali lalui perlembagaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya bersedia meminda perlembagaan supaya parlimen hanya dibubarkan apabila genap lima tahun demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar). Langkah sedemikian, katanya, boleh mengelakkan kekeliruan rakyat malah membantu mengurangkan politiking ketika bukan masanya. Parti yang memerintah juga, kata Mahfuz, tidak lagi boleh memanipulasikan waktu pilihan...

Occupy Balok-Gebeng tembusi sekatan polis

(Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim dan lain-lain di atas satu pentas khas yang dibuat dari lori) KUANTAN: Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas. Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai...

Wednesday, 13 June 2012

Dewan Rakyat tolak usul bincang kekejaman Syria

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak usul yang dikemukakan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bagi membincangkan kekejaman pembunuhan yang kini sedang berlaku dengan rakusnya di negara Syria. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut kerana tidak mahu campur tangan dalam kemelut yang berlaku di negara itu. Menurut Salahuddin, usul tersebut sebagai menyatakan keprihatinan dalam...

Adilnya BN: Ambil tanah sekolah beri kepada kroni

KUALA LUMPUR: Apabila soal keadilan yang merupakan undang-undang moral yang tertinggi tidak diamalkan, maka berlakulah sesuatu pengkhianatan.Lebih malang lagi, pengkhianatan itu dilakukan sebuah kerajaan yang bercogankatakan Tradisi Membela Rakyat apabila tanah yang diberikan kepada rakyat dirampas semula atas sebab politik sempit."Adalah tidak adil apabila tanah yang diberikan kepada rakyat bagi membangunkan sebuah sekolah, yang mana sebahagian...

Undi rakyat tumbangkan BN, bukan garam dan botol

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa lucu dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ‘garam dan botol’ yang digunakan oleh peserta Bersih adalah untuk menumbangkan kerajaan. “Bagi DPPWP, alasan Datuk Seri Nazri adalah jawapan ‘paling tidak cerdik’ yang pernah diucapkan oleh seorang menteri kabinet Malaysia,” KATA Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. Katanya, ia bukan sebagai...

Seorang lagi bekas pegawai kanan sertai PAS

(Haji Rahman [tiga dari kiri]  menerima sijil keahlian seumur hidup beliau dari Wahid dengan diperhatikan kakitangan Pejabat Agung PAS) KUALA LUMPUR: Seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi.Hari ini, Hj Abdul Rahman Taib, mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima sijil PAS beliau.Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji...

Sukuk kekal: PAS mohon penjelasan pelaburan KWAP

KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan terhadap tindakan membenarkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melanggan sepenuhnya bahagian pertama RM1.0 bilion Sukuk Juniro Kekal terbitan Malaysian Airline System Bhd (MAS).AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal bagaimana pelaburan itu boleh dibuat sedangkan sangat berisiko apatah lagi melibatkan wang pencen rakyat."Bon ini tidak ada penarafan, tidak ada jaminan, tiada tempoh masa dan sangat berisiko tinggi."Sebab itu kita mintak penjelasan kerajaan kenapa KWAP melanggan,"...

Kalau sekadar nasihat tak payah guna Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 13 Jun: "Kalau hendak beri nasihat, tidak perlu sampai guna Majlis Fatwa Kebangsaan," kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar).Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mashitah Ibrahim bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya memberi nasihat mengenai penglibatan umat Islam dalam demonstrasi jalanan.Mashitah dilaporkan menafikan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sebarang fatwa mengharamkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas.Sebaliknya...

Sunday, 3 June 2012

KAMI tidak mahu tanding pilihan raya

KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang calon dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presidennya, Khalid Ismath (gambar), mereka berkata walaupun mengambil sikap tidak bertanding, mereka terus bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). "KAMI masih akan terus bersama-sama SMM dalam koalisi untuk menyuarakan hak...

Himpunan Hijau “Semarak Perjuangan Serlah Keyakinan”

Himpunan Hijau pada 1hb Jun adalah ijtimak terbesar PAS bagi menggarap gelombang mujahadah seluruh ahli dan jentera parti bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13. Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap...

Keputusan tragedi berdarah kes Batu Burok esok

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menetapkan esok, 4 Jun sebagai tarikh memberi keputusan terhadap dua tertuduh kes Batu Burok pada 2007 lalu. Kedua-duanya Muhammad Azman Abd. Aziz, 21, dan Suwandi Ab. Ghani, 38, sebelum ini dituduh menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok 8 September 2007. Mereka juga ditembak oleh polis tersebut sehingga salah seorang daripada mereka...

Selepas selesai penipuan baru pilihan raya?

KUALA LUMPUR: Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan. "Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataannya kepada media. Berikut adalah kenyataan penuh beliau.   BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA Tarikh Pilihanraya...

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru