Tuesday 11 December 2012

Langgar syarat: Kerajaan didesak tarik balik TOL Lynas

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Solidariti Hijau menggesa kerajaan membatalkan lesen sementara (TOL) kepada Lynas ekoran keengganannya menghantar sisa toksid kilang itu ke luar negara.

Ini kerana, berdasarkan kenyataan dari empat menteri sebelum ini, lesen TOL Lynas diberikan dengan syarat bahan sisa toksid kilang itu dibawa ke negara asal iaitu Australia.

Zulkefly Mohd Omar (gambar) yang juga Pengerusi Green Wold mewakili 80 NGO Solidariti Hijau dalam kenyataannya berkata, terbukti sekarang Lynas akan melanggar syarat yang diberikan oleh kerajaan.

"Maka sewajarnya, Lesen Sementara Operasi(TOL) itu TERBATAL dengan sendirinya dan LYNAS Malaysia seharusnya tidak dibenarkan memulakan operasi kilang LAMPnya di Gebeng Kuantan," kata beliau dalam kenyataannya.

Pengarah Urusan Lynas, Datuk Mashal Ahmad dalam kenyataannya berkata, sisa buangan dari Kilang Lynas itu tidak akan dihantar keluar dari Malaysia kerana Lynas terpaksa mematuhi Konvensyen Antarabangsa yang menghalang eksport keluar sisa buangan berbahaya itu ke luar negara.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ucapannya mendesak kerajaan BN menghentikan operasi kilang Lynas selepas gagal mematuhi syarat yang diberikan kerajaan.

"Atau empat menteri yang membuat janji ini kena letak jawatan bagi mengambil tanggungjawab di atas kegagalan ini," kata Guan Eng.

Ekoran kegagalan itu juga, Zulkefly bersama dengan 80 NGO Solidariti Hajaunya akan menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada hari Khamis 13 Disember jam 10 pagi di pejabat MITI Jalan Duta Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru