This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 27 March 2013

Pemergian Sheikh Muhammad Abdullah kehilangan besar buat PAS

KUALA LUMPUR: Pemergian Ketua Dewan Ulama PAS Kedah Sheikh Muhammad Abdullah yang meninggal dunia tengah hari ini disifatkan sebagai kehilangan besar buat PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Allahyarham adalah seorang guru dan ulamak yang tidak pernah jemu mengajarkan ilmu kepada masyarakat. "Bagi pihak PAS, saya mewakili seluruh kepimpinan dan ahli-ahli mengucapkan takziah terhadap Allahyarham. "Pemergian...

PRU13: Tempoh 10 minit macam 'ajak-ajak ayam'

KUALA LUMPUR: PAS menghargai keputusan kerajaan memberikan ruang kepada parti politik muncul 10 minit melalui Radio Televisyen Malaysia untuk menjelaskan manifesto pilihan raya, namun melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' sahaja. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media. Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan...

Tarikh bubar Parlimen patut diumum awal

Published on Monday, 25 March 2013 09:29Written by ROSMIZA KASIM, Sinar Harian Online KOTA BHARU - Ketika tarikh pembubaran Dewan Rakyat menjadi teka-teki, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemerintah sekarang takut untuk umumkannya lebih awal, selain bimbang berdepan dengan kekalahan. Menurutnya, berbanding dengan negara lain, tempoh mengundi akan dimaklumkan lebih awal sama ada dalam tempoh tiga bulan sebelumnya ataupun selain itu. "Sekarang ini negara kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)...

Jambatan retak: Pemuda buat laporan SPRM

KOTA BHARU: Mengambil kira kepentingan orang ramai, Pemuda PAS Kelantan hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu jambatan retak. Laporan itu dibuat Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Zuhairi Ismail di pejabat SPRM negeri di Lundang kira-kira jam 2.30 petang tadi. Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abd Rahman, Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari, anggota jawatankuasanya,...

Bapa bantah MUET ada tarikh luput

Assalamualaikum,Saya sebagai seorang bapa, baru-baru ini dikejutkan oleh keputusan pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang telah mengeluarkan pekeliling bahawa sesiapa (pelajar) yang telah mengambil MUET sebelum tahun 2009 perlu mengambil peperiksaan semula.Ini menunjukkan bahawa ianya mempunyai tarikh luput. Apakah relevannya semua ini? Adakah berunsurkan wang semata-mata? Bukankah pihak MPM sendiri berperanan untuk memartabatkan mutu pendidikan di Malaysia? Tambahan pihak pembangkang sendiri telah mewar-warkan bahawasanya pendidikan mampu...

Dekati pengundi Melayu dengan program dakwah

LENGGONG: PAS Lenggong menggunakan pendekatan dakwah dan program-program keagamaan dalam mendekati pengundi Melayu di seluruh kawasan Parlimen itu.Yang Di Pertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria(gambar) menjelaskan melalui program bentuk dakwah ini telah memberi kesan kepada pengundi Melayu untuk bersama-sama Pakatan Rakyat.Menurutnya lagi, PAS juga telah menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Kebajikan Islam Lenggong (Perkisa) yang bertindak untuk melaksanakan pelbagai program dakwah tersebut."Di sini kita memberi...

Lagi demo NGO pro-Umno depan ibu pejabat PKR

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya sekali lagi diganggu oleh NGO pro-Umno selepas diserang menggunakan telur, kayu, batu dan kon plastik pada 11 Mac lalu.Motif gangguan yang bermula sekitar jam 3.00 petang itu dipercayai sama dengan serangan terdahulu iaitu menuntut Naib Presiden PKR, Tian Chua memohon maaf kerana dikatakan menghina pasukan keselamatan dalam insiden di Lahad Datu.Bantahan tersebut disertai oleh Jaringan...

Mandat: Umpama 'rampasan kuasa tanpa senjata'

KUALA LUMPUR: PAS beranggapan kerajaan hari ini sebagai satu 'rampasan kuasa tanpa senjata' apabila menafikan hak rakyat untuk memberikan mandat baru selepas lima tahun.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata rampasan kuasa tanpa senjata itu berlaku apabila rakyat sebagai pemilih kerajaan telah dinafikan hak mereka untuk memilih pemimpin dalam tempoh yang ditetapkan.Beliau berkata, mandat yang diperolehi kerajaan Barisan Nasional hanya...

Saturday, 2 March 2013

Sumbangan Lahad Datu

Mereka Telah Menjaga Negara Maka Itu ... InsyaAllah Kami Akan Hulurkan Pada Keluarga Mer...

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru