Monday 23 April 2012

Berpolitik Memilih Pemimpin Negara Adalah Tuntutan Beragama

Image Detail
Kuala Lumpur, 17hb Febuari 2012.Seluruh umat Islam digesa melibatkan diri dalam proses pilihanraya PRU ke13 yang bakal berlansung dengan mendaftar sebagai pengundi dan terlibat secara agresif dalam kempen-kempen pilihanraya bagi memilih pemimpin yang baik menurut Islam.
Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ust Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri ketika memperkatakan tentang tuntutan agama untuk melibatkan diri dalam politik untuk memilih pemimpin yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
"Inilah yang dilakukan oleh para Sahabat Nabi saw secara ijma' dan sepakat sebaik kewafatan Baginda s.a.w pada hari isnin 12 Rabi'ul Awal. Urusan pengkebumian Rasulullah s.a.w telah ditangguhkan sehingga  dua hari dua malam kerana mendahulukan urusan pemilihan Khalifah yang bakal menggantikan baginda saw sebagai pemimpin dan pemerintah negara Islam sehingga akhirnya terpilihnya Sahabat Nabi  s.a.w bernama Abu Bakar r.a. sebagai Khalifah menggantikan baginda saw," kata beliau.
"Oleh itu ulama-ulama yang membicarakan tentang politik pemerintahan dalam Islam seperti Abu Ya'la al-Farra' (meninggal tahun 458H) dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyyah menegaskan bahawa " melantik khalifah dan pemerintah adalah satu kewajipan," tegas beliau lagi.
Bahkan menurut beliau lagi, Imam Ahmad pengasas Mazhab Hambali menegaskan; "fitnah akan berlaku sekiranya tiadanya pemerintah menguruskan urusan manusia."
Ujar beliau, atas dasar inilah umat Islam tidak boleh memandang ringan urusan pendaftaran sebagai pengundi yang melayakkan mereka memilih pemimpin dalam PRU ke13.
"Kegagalan mendaftar sebagai pengundi bererti membiarkan orang lain menentukan siapakah pemerintah negara pada masa akan datang. Akhirnya ia memberi kesan secara langsung kepada tertegaknya atau runtuhnya agama," tegas beliau.
Justeru itu menurut beliau, adalah sangat tidak wajar bagi orang beragama membiarkan urusan pemerintahan dikuasai oleh golongan yang jauh daripada agama hingga akhirnya membawa kepada kerosakan dalam pengurusan harta negara dengan polisi-polisi pemerintahan yang songsang dan menyeleweng daripada landasan Islam.
"Malah Nabi Yusof alaihissalam telah meminta untuk menjadi pengurus harta negara kerana kebimbangan ianya dikuasai oleh golongan yang rosak akhlak dan tidak berkelayakan sebagaimana tawaran baginda yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Yusof ayat 55 bermaksud: "Jadikan saya penjaga khazanah bumi kerana saya seorang pemegang amanah (Hafiiz) lagi berilmu,"ujar beliau lagi.
Kata beliau, dalam keadaan dunia akhir zaman yang dipenuhi oleh golongan yang fasiq melanggar perintah Allah, orang-orang beragama perlu tampil menawarkan diri menjadi pemerintah untuk mengelakkan negara dikuasai oleh golongan yang rakus untuk menjadi pemerintah tetapi dalam masa yang sama mempunyai kerosakan akhlak dan perangai.

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru