Saturday 7 April 2012

Ugutan......


Ugutan bunuh: Pakatan Melaka cabar Ali Rustam





MELAKA, 7 April: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Melaka mencabar Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan pendirian terhadap tindakan seorang pemipin Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil yang membuat ugutan bunuh terhadap seorang penduduk di Bukit Baru Dalam.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata, ugutan tersebut merupakan suatu perkara yang serius dan menggambarkan bahawa Umno sudah tidak mampu untuk berdepan dengan PAS dan PR secara profesional.

"Ketua Menteri mesti memberikan kenyataan tentang isu ini.
"Keduanya Umno mesti bertanggungjawab dengan semua isu keganasan politik seperti ini.

“Dan ketiganya polis mesti bertindak segera dan tidak mendiamkan diri sahaja berkaitan isu sebegini kerana banyak laporan dibuat menjadi hambar dan tiada tindakan yang diambil," ujarnya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata sebagai Pengerusi Umno Negeri Melaka dan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Mohd Ali Rustam mesti bertanggungjawab dan menyatakan pendirian berhubungan insiden tersebut.

"Kita cabar Ali Rustam supaya nyatakan pendirian berkaitan kes ini kerana ianya sangat serius melibatkan unsur-unsur jenayah.

"Dia tidak boleh berdiam diri kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat dan keharmonian penduduk di situ," ujar Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri.

Beliau mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya ianya tidak berulang lagi.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan laporan bahawa seorang rumah yang tidak mahu namanya disiarkan telah membuat laporan polis bersama Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab.

Ini ekoran tindakan 3 lelaki yang dipercayai pimpinan Umno dan penyokong Umno Cawangan Bukit Baru Dalam yang datang mengugut beliau dan suami beliau kerana memasang bendera PAS pada rumahnya yang disewa menjadi Markas PAS.


0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru