Friday 20 April 2012

Sudah dijangka, DBKL diguna halang Bersih 3.0

Image Detail






KUALA LUMPUR:Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka memang sudah dijangka.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana memang tidak pernah sebelum ini permohonan mana-mana himpunan rakyat dibenarkan di situ.

"Walaupun peringkat awalnya pihak kerajaan tidak bermasalah dengan Bersih 3.0 tetapi akhirnya mereka menjadikan DBKL sebagai alasan untuk tidak membenarkannya. 

"Memang selama ini perhimpunan aman rakyat sering dianggap perhimpunan haram dan tindakan keras pasti akan diambil terhadap pesertanya. Tidak mustahil ia akan berlaku kali ini menjelang 28 April 2012 nanti," katanya lagi.

Bersih pada sidang media hari ini memaklumkan pihaknya menerima surat dari DBKL yang memaklumkan tidak mengizinkan Dataran Merdeka digunakan untuk himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.


Image Detail 


Mereka memberi alasan bahawa Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional".

Bagaimanapun Bersih hari ini memutuskan untuk tetap meneruskan himpunan itu di Dataran Merdeka.

Mengulas lanjut Suhaimi berkata, pihaknya tidak menganggap kebenaran menggunakan Dataran Merdeka sebagai isu utama penganjuran Bersih 3.0. 

Biarpun DBKL mempunyai hak ke atas padang Dataran Merdeka tetapi tidak mempunyai hak untuk menghalang perhimpunan tersebut, katanya lagi.



Sumber 

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru