Thursday 26 April 2012

SPR: Isytihar ahli Umno atau keluar parti

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menjelaskan sama ada mereka ahli Umno atau isytihar keluar parti.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan mengatakan mereka adalah ahli Umno, ia tidak sepatutnya berlaku.

"Sangat-sangat terkilan, tidak profesional di dalam menjalankan amanah yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong untuk menzahirkan kepercayaan awam," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, sepatutnya ahli-ahli SPR berkecuali dan tidak sopan bagi mereka mendaftar diri menjadi ahli politik.

Sebab, katanya apabila seseorang dilantik sebagai ahli SPR sebagaimana di dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan mereka perlu bertindak secara 'non partisan' supaya mereka diyakini dan dipercayai oleh rakyat.

Di dalam perlembagaan Perkara 114(2) menyebut 'pada melantik ahli SPR Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan sesuatu SPR yang mendapat kepercayaan awam'

"Apabila seseorang ahli SPF menganggotai parti politik pada masa sama tunjuk sikap prejudis sekali gus tidak mungkin dapat lahir kepercayaan awam. Mereka perlu bertindak dan memperlihatkan tidak memihak mana-mana parti politik," katanya.

Justeru, katanya mereka tidak boleh menjadi ahli parti kerana menampakkan diri mereka berat sebelah.

"Ahli-ahli politik sepatutnya isytihar keluar parti jika mahu jadi ahli SPR," tegasnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui sejak dahulu lagi ramai pihak melihat SPR tidak menunjukkan sikap 'non partisan'.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu.

Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Video Pilihan PAS Subang

Web TV PAS

Web TV PAS
Laman Media PAS

Translate

Konsert Tautan Kasih Di Kota Bahru